BAB 20

Romance Completed 21641

Baru masok ofis tengok chocolate semua dah habis. Hmm kata share. Walau aku tak suka berita baik dari boss tu tapi aku nak juga la merasa chocolate yang boss belanja tu. Sampai hati betul la. Huhuhu padan muka aku.

“Hi Manisah”.

Aku pelik. Sejak bila Tammy ni nak bermesra kat aku. Dulu ye lah masa sekolah. Lepas dia ketuk-ketuk mengada kat meja aku haritu nak pandang aku pun tak nak. Ni siap senyum sampai ke telinga.

“Hi Tammy.How are you. Happy semacam je”.

Adoi. Aku tak sepatut tanya soalan ni sebab nanti dia yang happy aku yang macam semut mati.

“Of course lah Manisah. Moment yang datang In shaa ALLAH hanya sekali Manisah”.

Tammy pegang tangan aku. Sama macam zaman sekolah dulu semasa dia bagitau dia jatuh cinta dekat Mat Jambu. Kita panggil dia Mat Jambu sebab sebutir jerawat pun tak lekat kat wajah dia. Macam tiap malam dia pakai bedak sejuk je kat muka dia. Hahahaha

“Tahniah Tammy. Aku tumpang happy”

“Manisah, you pun In shaa ALLAH tak lama lagi lah tu. Mungkin lepas aku kot. Rasanya ada yang tiap malam ashik terkenang kat you”

Aku tahu tu cuma basa-basi. Nak bagi penyedap dalam kata-kata.Tammy ni baik sebenarnya. Pandai ambil hati. Cuma dia akan kurang ajar bila ada yang mengutuk dia. Memang perangai dia dari dulu.

Dari jauh aku nampak boss aku pandang pada aku dan Tammy. Hari ini aku tak nak perasan. Aku tahu boss tengok Tammy bukan aku. Mata nya nampak bersinar. Nampak kebahagiaan di matanya. Remuk rasa hati ku. Kenapa aku harus sedih atas kebahagiaan orang lain? Jangan Manisah. Tak elok. Ingat perancangan ALLAH. Banyak-banyak zikir. Tapi hati aku pilu sangat. Aku sudah terasa sebak.

“Manisah are you ok? Kau menangis ke?”

“Eh Tammy ni kau jangan nak buat fitnah. My lens dah kering la”

“Kau pakai lens ke? Macam tak pakai pun”

Tammy dah mula jadi macam doctor mata. Dah la mengejut mesranya. Ni dah nak jadi doctor pulak.

“TAMMY! TAK MAU LAH!!”

Satu ofis jadi senyap. Aku Cuma dengar derap kaki datang ke meja ku. Aku kenal bunyi itu.

“ Apa ni? Macam budak-budak . Main-main tak ingat yang ni bukan sekolah?”

Boss tengok Tammy dan cubit pipi Tammy. Aku hanya mampu memaksa diri untuk senyum bila tengok Tammy dah mula manja kat boss.

“Tammy, aku nak buat kerja. Nanti kita sambung sembang ok. In shaa ALLAH aku datang nanti”.

Tammy menganguk dan mengikut langkah boss dari belakang menuju ke pejabat.

Semoga berbahagia boss. Aku akan cuba untuk melupakan boss. Buang jauh-jauh perasaan ini. Aku kena hormat mereka berdua. Jodoh itu ALLAH yang tentukan . Siapa aku untuk menyangkal.

Ya ALLAH. Aku mohon berikan aku kekuatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience