BAB 30

Romance Completed 21641

Pagi- Pagi ni aku dah hilang mood. Boss tak ada. Mungkin dia busy dengan perkahwinan dia yang bakal menjelang. Handsome nya boss pakai baju cara Melayu putih. Dapat aku bayangkan semasa majlis akad nikah tu nanti.

“Manisah!”

“Aku terima nikahnya boss!” . Hah kan aku dah melatah. Berulang kali rasanya aku pesan jangan kejutkan aku. Aku dongak. Alamak aii malunya aku.

“Saya beri salam awak tak jawab. Saya panggil pun awak tak dengar. Awak mengelamun? Angan-angan nak kawin? “

Aku geleng aku angguk. Signal YES dan NO ke otak tak sampai. Tu lah jadi angguk dan geleng. Boss dah senyum. Aku cuma diam. Malu teramat.

“Kuat betul awak angan-angan awal pagi ni Manisah”

Apa yang aku mampu buat hanya senyum dan bagi peace kat boss.

Baru boss nak beredar masuk ke biliknya ada orang ketuk pintu. Rasanya kalau staf ofis ni tak akan ketuk pintu. Siapa agaknya.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumsalam. Heyyy Nasran! Mimpi apa ni?”

Aku perhatikan lelaki yang baru masok itu lama. Jantung aku tiba-tiba berdebar. Muka aku terasa panas. Nasran. Nama yang sudah lama tidak bermain di bibir ku. Nama yang memang sudah ku lupakan. Nama yang ….

“Hey cutie. You kerja dengan Irfan? How are you? Awak tetap cute macam dulu lah. Ni yang I tak boleh tahan ni. ”

Aku cuma berbasa basi. “Yes. Kerani biasa saja”

“Irfan. Now aku jelous! ”

Boss lihat aku dengan pandangan yang tajam. Aku tak faham renungan itu. Muka boss tiba-tiba garang.

“Nas, Kau ada apa cari aku? Jom to my ofis”

Nasran pandang aku.”Cutie, minta your number. Nanti I contact you”

Dia kenyit mata. Aku balas dengan senyum. Muka aku memang terasa panas. Seperti di hipnotis aku tulis nombor talipon ku. Rasanya bukan sebab di hipnotis tetapi lebih kepada nak dia cepat berlalu.

Boss tenung aku. Aku takut. Macam singa nak makan kambing. Ish Manisah cari lah binatang yang comel sikit. Emm macam singa nak menerkam arnab. Aaaa arnab kan comel macam aku. Boss marah aku? Tapi kenapa? Kenapa lah boss selalu marah aku tanpa sebab.

Hmm Nasran. Selepas enam tahun kenapa jodoh datang kan ia pada saat aku sudah melupakannya?

Manisah, setiap yang hadir dalam hidup kita ada lah perancangan ALLAH atau tegurannya. Kau kena redha atau kena berfikir lebih mendalam. Mata hati itu tak akan buta jika kita sentiasa ingat ALLAH.

Perpisahan mengajar erti rindu..

Pertemuan mengajar erti menghargai..

Keduanya seperti mentari tengelamnya di rindu terbitnya di syukuri

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience