BAB 11

Romance Completed 21641

Sudah sampai rumah ni terasa boring pulak.. Sunyi rumah bila mak dan abah tak ada. Kata nya nak bermalam rumah mak su Aina. Ada kenduri tahlil.

Maksu Aina ni selalu buat kenduri tahlil untuk arwah bestfriend dia. Masa dulu pernah tanya kat maksu kenapa maksu buat tahlil untuk bestfriend dia . Khadijah namanya? Dia tak ada keluarga ke? Sedih juga bila dengar cerita. Maksu bagitau yang bestfriend dia tak ada keluarga. Anak yatim.Maksu Aina lah umpama adik dia. Kata maksu Aina lagi dia meninggal selepas melahirkan. Tapi bila aku tanya mana anak tu. Maksu Aina selalunya akan menangis. Aku pun tak berani lah nak tanya lagi sampai lah ni. Urusan orang tua. Tak boleh juga aku nak lebih-lebih. Tak elok. Apa-apa pun Alfatihah sentiasa aku sedekahkan. Tapi pernah sekali maksu Aina cerita kat mak. Masa tu aku pasang telinga. Maksu Aina bagitau anak Khadijah ada di Australia.

Hmm sunyi nya…. Apa aku nak buat ek. Aaaa sekodeng IG si mamat kaki gorilla dulu lah.

Hari ni dia post gambar indo mie tapi caption memang selalu OUT!

Caption dia? Nak tahu? Oh INDO MIE aku RINDU KAMU.

Dia ni duta Indo mie agaknya.

Aku nak post apa pulak hari ini? Hmmm tadi aku sempat snap picture dua ekor kucing sedang bercintan cintun .Romantik betul.

“Andainya aku kucing betina ini …

Belum sampai 5 minit aku post ada comment dari @imwatchinyou “andainya kau jadi kucing jangan suka berak merata-rata.. Nanti aku tak nak ngorat…”

Hmm Gorilla ni kan suka cari pasal.

“Aku kucing pun tak hingin dengan Gorilla. Gorilla jalan tonggek!”

Hahahaha tak pasal-pasal aku terbayangkan muka Gorilla dalam “Animal Planet”.

Gorilla ni kan kalau sehari tak comment tak sah.Tapi kalau dia tak ada cari-cari juga sebab dia sahaja yang comment macam sel otak dia belum berhubung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience