BAB 21

Romance Completed 21641

Jiwa kacau. Aku perlukan ketenangan. Apa lah aku ni. Baru hal macam ni jiwa dah kacau. Aku tak pernah suka lelaki macam aku suka kat boss ni. Pelik betul. Mak kata jiwa kacau kalau kita kurang solat. Hmmm aku rasa aku cukup solat. Mungkin kurang mendalami ni atau terlalu memikirkan hal dunia. Tak boleh ni . Tak boleh. Kena buat sesuatu.

“Manisah. Awak jogging ke later?”

Bila masa pula boss aku ada depan aku. Aku tengok Tammy dah tak ada. Dah balik agaknya. Ye lah dia pun kerja juga. Tapi dia boss. Aku kuli. Kalau aku tak sakit dulu .. hmmm

“Cik Manisah. Saya masih di depan ni awak dah berangan ?”

“Sorry boss. Yes see you later”

Boss senyum dan masok ofis. Dia tanya apa tadi? Kenapa aku jawab see you later? Ah mana saja lah.Abaikan saja aku pun dah tak ingat apa soalan dia. Lagi setengah jam nak balik. Balik minum petang kejap dengan mak abah lepas tu macam biasa beris wok. Hahahaha hari-hari aku rindu mak abah aku. Yang tak bestnya setiap kali nak menyakat sure abah dan mak take team kena kan aku balik. Hmmm romantic nya mak abah. Boleh kah aku dapat suami sebaik abah? Rasanya aku ni dah parah. Memang dah cukup umur nak kawin. Tapi aku cuma nak kawin dengan Irfan Iskandar sahaja. Eeeee tak malu. Jangan nak mengada Manisah. Bakal suami orang tu. Tak elok. Berdosa kalau merampas hak orang lain.

Hmm teringat pula aku cerita bestfriend maksu Aina. Wanita tegar. Dia bagi suami dia kawin lain tau-tau dia pulak yang merana. Hmm yang bini muda pula tak reti nak berterima kasih terus je main rampas suami orang. Nauzubillah tak nak la aku jadi perampas.

Aku pernah tengok gambar dia. Memang cantik. Bila dia tersenyum mata dia pun ikut tersenyum. Sama macam Irfan. Adoyaii parah aku ni semua pun dah jadi macam boss.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience