BAB 37

Romance Completed 21641

Pagi yang mengantuk. Hati aku masih sakit. Nak pergi ke tak ni? Alang-alang aku dah sakit hati ni pergi je lah biar sampai parah.

“Mak, cantek tak baju Manisah ni?”

“Canteknya anak mak. Dah macam prenses dah”

“Bukan prenses lah mak. Princess”

“Ah sama lah tu bukan mak nak masok exam pun nak menyebut bunyi orang putih. Orang putih tu kalau menyebut bahasa kita pun tak betul. Bangga kan sangat lah dengan bahasa diorang tu”

Mak cebik bibir.

“Ye lah mak. Sayang mak. Makin mak merajuk makin cantek tau tak”

“Manisah. Jangan lupa malam ni kita pergi rumah maksu Aina kamu”

Aku Cuma mengangguk. Mana-manalah. Aku dah penat nak fikir. Ikut je la apa nak jadi dengan aku ni.

“Manisah, maksu Aina cakap pakai baju kurung”

Aku angguk lagi. Sudah bersiap-siap nak pergi kenduri kawin IRFAN! Dia suka aku. Dia buat aku macam ni. Aku akan sakitkan hati dia. Tengok wajah aku semasa akad nikah. Biar dia tahu betapa sakitnya perasaan seperti itu.

“Manisah. Kamu ni kena sakit tekak ke atau dah bisu? Angguk terus”

“Ish mak ni ke situ pula. Ye mak . Saya dengar”

“Hmm bersuara pun kamu”

“Mak, Manisah jalan dulu ye”

“Ok. Elok-elok kat rumah orang tu. Mudahan kamu pun menjangkit juga aura kawin tu ye”

“Aamiin . In shaa ALLAH mak. “

“La Manisah. Dah cantek dengan shawl, baju kurung. Kasut tu jugak kamu pakai?!”

“Peace mak. Nanti masok rumah kan buka juga kasut. Tak ada masalah la mak. Assalamualaikum. Labiu mak “

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience