Jam dah masok pukul 8.30 pagi. Mati la aku ni. Caren ni pula suka bising. Takut boss encem aku tu dengar pulak. Hmm nanti tak pasal-pasal aku terpaksa dengar dia marah. Bukan apa aku ni lemah semangat. Tak pasal-pasal jatuh hati kat boss sendiri. Terus terang boss aku hemsem oooo.
Aku kena pasang strategi dulu. Hmmm OK aku masok dan jalan slow-slow dulu . Sure tak ada orang prasan punya lah.Bila sampai dekat meja Caren aku corner la jalan dari belakang dia. Kenapa la terpaksa melintasi minah kipas ni dulu baru meja aku. Ok. Tarik nafas. Hembus.
“Bismillahirahmaanirrahiim”.
“Manisah!Awalnya!”.
Hmm pantang mak jiran sebelah aku main perli-perli macam ni.
“Hi caren. Ni how ma?. Kau ni ada deria ke enam agaknya sebab aku dah jalan pelan-pelan kau masih dapat dengar aku datang?”.
“Pelan kata kau Manisah? Hentakan kasut boot kau tu pun dah bergegar cawan kopi di meja”. Caren geleng kepala.
“Caren aku datang awal ke lewat ke bukan ada kepentingan sangat pun. Aku Cuma clerk biasa sahaja. Kalau dah tak ada file nak kemas, surat nak taip. Takut aku gunakan harta syarikat main FB macam kau pulak. Tak ke berdosa tu”.
Alamak Caren dah tarik muka .Be ready….“ADOIII!!Caren mak kau buntingkan kau mengidam makan ketam ke?. Sakit la! Cubit tu biar la ayu! “
Share this novel