Series
32655
..........
"Assalamualaikum... " Laung Linda dari luar.
Linda atau nama panjangnya Norhaslinda merupakan anak kenalan Kamariah. Boleh dikatakan selang sehari pasti dia akan datang ke rumah tersebut untuk berbual kosong.
Dari situ la, lama kelamaan hubungan Aisyah dengan Linda menjadi rapat seperti hubungan adik beradik yang lain.
"Waalaikumsalam.. oh Linda.. masuk la." - Kamariah
"Ye Mak Cik. " Balas Linda dengan senyuman.
"Eh, mak tak datang sekali ke? " - Kamariah
"Mak..dia cakap sekejap lagi dia datang Chik." - Linda
"Habis Linda datang sorang ni, anak-anak mana? " Soal Kamariah lagi. Biasa la orang tua kan, kalau tak bnyak tanya tak sah.
"Anak-anak hari ni Abang Khairul ada dekat rumah. Jadi Linda mintak dia la tengokkan anak sekejap. Emm.. Sebab Linda pun datang sekejap je ni.. nak bagi jemput pisang ni dekat Aisyah. Dah berapa hari mintak Linda buatkan jemput pisang ni. Hari ni baru sempat buat." Terang Linda dengan panjang lebar.
'Amboi budak ni sampai suruh Kak Linda dia pulak buatkan jemput pisang ni. Emm.. '
"Amboi, Aisyah suruh Linda pulak buatkan jemput pisang ni? Emm.. Semalam, dia.. dia ada lah cakap dekat makcik yang dia rasa nak makan jemput pisang, Makcik ni dah kebetulan ada pisang masak dekat belakang tu buatkan la untuk dia. Tapi langsung tak di sentuhnya. Bila tanya, cakap nak makan yang kau buat. Aihh.. pelik perangai dia la sekarang ni." Bebel Kamariah.
"Makcik, makcik tak rasa ke macam Aisyah tu tengah pregnant ke? Sebab nampak macam dia mengidam teruk la." Ujar Linda dalm keadaan sedikit berbisik.
"Tu la pasal, makcik ada jugak rasa macam tu, tapi kau tahu je la makcik ni macam mana Linda oi.. Dan buat ke kerja lain, tak ingat dah apa yang diplan sebelum-sebelum tu."
Tersenyum Linda mendengar omelan Makcik Kamariah itu.
"Tak apa la makcik, jap lagi kalau ada peluang Linda cuba tanya dia ye." Tutur Linda dengan senyuman.
"Ye la Linda,eh Linda pergi la kat dapur,dorang adik beradik ada duduk dekat dapur tu ha.. minum petang. Pergi la Linda join sekali. Makcik nak ke belakang jap, nak tengok Pakcik kamu tengah buat apa. "
"Ha.. yela Chik. - Linda.
"Hai korang.." Sapa Linda sambil meletakkan bekas tupperware berwarna merah yang dipegangnya tadi di atas meja.
"Hai Kak Lin.. " - Aisyah
"Eh, duduk la.Weh Lin apa yang kau bawak ni? Buat susah-susah je." Ujar Nash sambil tangannya mencapai tupperware tersebut.
"Tu jemput pisang Cah punya. Dah berapa hari dia mengarut dengan aku nak jemput pisang yang aku buat."
"Ha, jemput pisang. Wow.. sedapnya.. Emmmm... " Terdengar sahaja yang itu adalah jemput pisang yang diinginkannya, terus sahaja tupperware itu dirampas dari Abangnya. Mujur sahaja isi dalamnya tidak tumpah.
Lantas jemput pisang itu di ambilnya satu lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Rasa manis pisang membuatkan tekak Aisyah terasa puas.
"Emmm.. sedapnya Kak Lin.. lega rasa tekak cah ni Kak Lin. Sedap sangat tau. " Bicara Aisyah. Sampai terpejam rapat matanya menikmati Jemput pisang tersebut.
Mendengar feedback itu dari Aisyah, Linda mula kebingungan. Ye la, jemput pisang biasa la,sapa-sapa yang pun akan rasa yang sama melainkan tambah bahan lain dalam adunan jemput pisang itu. Tapi dalam masa yang sama dia mula yakin dengan tanggapan dia sendiri.
'Tak sabar Kak Lin nak jadi unty Cah.' Ucap Linda dalam hati. Senyuman manis mula menghiasi wajah manisnya.
Melihat Aisyah yang selambar seperti tiada buat salah,membuatkan darahnya sedikit menggelegak.
"Weh, agak-agak la,pakai sambar je. Mintak tak boleh ke? Kalau jatuh tadi macam mana? Tak ke membazir?" Marah Nash. Suaranya sedikit meninggi.
Ye la, betul apa. Kalau tumpah semua tu kan dah tak dapat makan. Lagi-lagi Aisyah la, mesti menangis tak berlagu punya.
Share this novel