Bab 5

Short Story Series 32655

Fil memandang wajah Nash. Apabila mata mereka bersatu, Nash mula memberi isyarat dengan meletakkan tangan kananya di bahu kiri Kamariah.

Sengaja dia menggunakan bahasa isyarat kerana dia tidak mahu Aisyah dapat menangkap idea nakalnya itu. Niatnya hanya la untuk membuatkan Aisyah supaya memandang wajah Fil dan ketika itu jugak dia akan menangkap moment tersebut.

Tergeleng-geleng kepala Fil. Dia bukan tak nak buat.. Tapi dia takut kalau-kalau dia kena hempuk je nanti dengan Aisyah tu. Dah la mood Aisyah tengah swing.

'Mengarut je la Nash ni. Dia bukan tak tahu yang adik dia ni mood tengah kelaut. Nak sarung gelang tadi pun macam nak tak nak je. Tetiba nak suruh aku peluk pulak. Memang gila la. Kan tak pasal-pasal aku kena hempuk dengan Aisyah ni. Malu je. Kan jadi berita hangat pulak,baru kawin dah kena hempuk dengan bini. Ee.. Simpang malaikat 44.' Bebel Fil dengan idea Nash a.k.a Abang iparnya itu.

"Buat je la..nak takut apa,bukan haram pun."Marah Nash. Dia sebenarnya tak marah pun tapi sengaja dia menekankan sikit nada suaranya supaya nampak seperti marah. lagi pun tak ada lagi gambar muka Aisyah dari sebelum akad nikah sampai la sekarang. Sebab tu dia buat plan macam tu.

Nak tak nak Fil terpaksa la ikut kehendak Nash. Dengan perlahan dia menjalarkan tangan kirinya ke bahu kiri Aisyah. Sentuh sahaja bahu Aisyah serentak dengan itu juga tangannya ditepis kasar oleh Aisyah. Sungguh Aisyah terkejut dengan perbuatan Fil sebentar tadi. Secara tak langsung ingatan dia kembali teringatkan kejadian 2 minggu yang lalu.

Tiba-tiba bulu romanya meremang dan rasa takut mula bermaharajalela dalam dirinya. Ye,walaupun dia rasa berdosa terhadap Fil kerana menepis tangannya dari menyentuh badannya tapi perasaan takut tu mengatasi perasaan tu.

Dia mula menggosok kasar kedua tangannya seolah-olah sedang membuang rasa sentuhan yang dia tidak inginkan dari tubuh badannya. Air mata ketakutan dan rasa bersalah mula mengalir membasahi pipi mulusnya. Orang yang berada didalam bilik tersebut semua tak di endahkannya.

'Ya Allah kenapa masa ni jugak aku teringat kan benda ni semua. Berdosanya aku sebab tepis tangan dia tadi masa sentuh bahu aku.'

Wajahnya hanya menunduk. Tangannya masih lagi bekerjasasama membuang 'rasa' yang tidak diingininya itu.

Fil mula rasa bersalah begitu juga dengan Nash. Dia mula melangkah untuk mendekati adiknya namun dihalang Fil terlebih dahulu.

"Emm.. Mintak maaf Bu,Nash tapi boleh tak semua keluar dulu biar Fil je yang pujuk Aisyah. Ye?" Pinta Fil Farhan dengan sopan. Dia dengan Aisyah sekarang dah pun bergelar suami isteri jadi ini adalah menjadi salah satu tugas dia sekarang.

"Sory Bro."

"Tak ada apa la. Tak apa..kau keluar dulu,nanti aku keluar dengan Cah." Tutur Fil Farhan dengan senyuman di bibir. Tangan kanannya menepuk lembut bahu kiri Nash.

Dia pulak yang jadi tak senang duduk dengan keadaan sekarang ni. Dia pun rasa bersalah jugak sebenarnya sebab cuba untuk menyentuh Aisyah tadi.

Fil Farhan kembali melabuhkan punggungnya di sebelah Aisyah. Dia akan cuba untuk memujuk Aisyah dengan sehabis baik,dan dia berharap Aisyah boleh menerima kehadiran dirinya walapun dia tahu mungkin akan makan masa yang lama.

"Ehem." Fil Farhan berdehem sekali sebelum memulakan bicaranya. Dia agak kekok dan takut jugak sebenarnya,tapi dia cuba untuk kawal perasaan tersebut dengan sehabis baik.

"Cah.." Sapa Fil Farhan dengan nada suara yang lembut.

Dari tadi lagi,duduk je Fil Farhan sebelahnya semerbak bau perfume menusuk masuk ke lubang hidungnya.
Wajahnya masih lagi menunduk.Takut,malu,berdebar semua ada. Nak aje dia lari tapi apakan daya.

'Ya Allah,wanginya..tergugat iman aku main wangi macam ni. Huh..sabar cah sabar.Jangan nak macam-macam la hati weh.' Warning Aisyah pada hatinya sendiri. Yes Aisyah seorng gadis yang suka kan bau perfume lelaki. Pelik ke? mungkin. Tapi itu la hakikatnya.

Jemari Fil Farhan mula menyentuh lembut dagu runcing milik Aisyah. Dengan perlahan wajah Isterinya itu diangkat supaya dia boleh menatap lama wajah yang telah lama menjadi suri dalam hatinya itu.

Dalam diam,masing-masing cuba mengawal resah di hati dengan sehabis baik.

'Fuh..Dia nak buat apa pulak ni..ya Allah selamatkan la aku..!'Jerit Aisyah dalam hati.Fil Farhan tersenyum saat menatap wajah isterinya itu.

'Ya Allah..cantiknya ciptaan Mu. Sempurna.'Puji Fil Farhan dalam hati.

"Buka mata please." Pinta Fil Farhan. walaupun dia tahu yang Aisyah tak akan membuka matanya tapi dia sengaja nak menyakat isterinya itu.

'Aa.. sudah,suruh aku buka mata pulak dah. Lepas tu sat lagi buka baju pulak ker? ha?! no.no.no. Ibu..!! TOLONG!!!' Aisyah menjerit tapi sayang sekali sebab hanya la didalam hati dan tidak dilontarkan. Sampai ke situ sekali si Aisyah ni fikir.

Perlahan-lahan kelopak matanya di buka namun anak matanya hanya memandang kebawah tepat pada dada bidang Fil Farhan. Saat ini dia tidak sangup lagi untuk bertentang mata dengan Fil Farhan.

'Uisshh..sado nya si Fil ni.. ' Dalam takut-takut pun sempat lagi mata tu teroka bahagian dada si Fil Farhan ni.

Perasaan yang tadi takut mula beransur hilang namun digantikkan pula dengan perasaan malu dan segan. Seluruh tubuhnya kini terasa panas,ni confirm pipi dia merona kemerahan.

'amboi pandang dekat bawah je.Aku ni sikit punya hensem tak nak pandang ke.'

"Sayang..." Usik Fil Farhan dengan nada yang sengaja dileretkan.

Tersentap jantung Aisyah bila gegedang telinganya mendengar panggilan yang dipanggil oleh Fil Farhan sebentar tadi.Debaran di dada kian laju. Sungguh sekarang ni dia dah tak mampu untuk mengawal pelbagai rasa yang ada dalam dirinya tika ini.

'alamak.. dia ni bersayang sayang la pulak. Aih.. aku dah tak boleh blah dah ni.'Bebel Aisyah dalam hati.

Lalu terus anak matanya dibawa ke atas.Tak sampai 2 saat anak mata mereka bertemu, pandangnya terus dialihkan kebawah.Begitu juga dengan dagunya yang terlepas dari disentuh Fil Farhan.

"Sy mintak maaf. " Aisyah memulakan bicaranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience