Bab 15

Short Story Series 32655

....................

"Dah stop dekat sini je." Arah Aishah. Namun nada suaranya hanyala mendatar sahaja.

Padel break ditekannya.

"La.. kenapa berhenti dekat sini pulak Honey? Biar la sampai Hubby park kereta ni dekat garaj dulu." Ujar Fil Farhan.

"No need la. Nak turun dekat sini je. Lagi pun nak jumpa Ika dengan Yah tu ha.." Tunjuk Aishah dengan memuncungkan sedikit mulutnya.

Pandangannya dialih sejenak ke arah hadapan yang ditunjuk oleh Aishah sebentar tadi.

"Emm, ok la kalau macam tu.Nanti balik,balik dengan Hubby ok."

"Emm." Jawab Aishah.

Dia rasa terseksa, naik kereta dengan Fil Farhan ni. Nak masuk dalam kereta pun susah. Nak keluar? Lagi la susah.

"Haiihh.. asal la pegi bawak kereta sport macam ni. Kita bukan nak pergi berjalan pun. Perlu ke bawak kereta sport macam ni? Tengok,orang nak bangun pun susah tau. Eee.. Seksa betul naik kereta macam ni." Rungut Aishah dicampur dengan sedikit leteran sambil dia usaha untuk bangun dari seat tersebut.

Diharapkan Fil Farhan boleh bersabar dan boleh tahan telinga la dengan sikap Aishah yang suka beleter ni. Umur baru 17 tahun,tapi perangai dia yang suka beleter tu dah macam makcik-makcik kan.

Tersenyum Fil farhan mendengar leteran Aisyah di pagi hari. Bukan dia sengaja nak bawak Audi R8nya itu ke sekolah,tapi disebabkan tiada kereta lain jadi dia terpaksa la bawa Audi R8 itu juga ke sekolah.

Kereta yang selalu dipandunya ke sekolah itu berada di rumah Uminya. Untuk ke rumah Uminya semata-mata untuk tukar kereta, makan masa. Jadi senang cerita dia drive je la Audi R8nya itu ke sekolah.

"Ok.. balik sekolah nanti kita pegi rumah Umi k tukar kereta."

"Emm.. ikut suka. "

Tergeleng-geleng kepala Fil Farhan dengan karenah Isterinya pagi ni. Tapi dia tahu sebab kenapa mood Aishah tidak baik walaupun first day masuk sekolah lepas 2 minggu bercuti.

DEGUF!

Pintu kereta ditutupnya. Baru saja ingin melangkah,dia dipanggil lagi Fil Farhan.

"Honey, nanti kalau Hafizi kacau Honey cepat-cepat panggil Hubby ok." Pesan Fil Farhan. Sungguh dia risaukan Isterinya itu. Sudah la sekelas dengan Hafizi.

Badannya di bongkokkan sedikit. "Emm.. tengok la macam mana. Lagi satu, ni kan dekat sekolah.. Boleh tak bahasakan cikgu je, Honey Hubby tu panggil dekat rumah je."

"Ala.. ni kan dekat luar pagar lagi, Jadi.. Tak apa la kan? " Fil Farhan tersengih. Seronok pulak dia rasa bila dapat kenakan Aishah.

Jelingan diberikan. "Haih..pape je la." Aishah terus berjalan melangkah masuk ke dalam pagar sekolah. Habis semua memandang ke arahnya. Al maklum la, Fil Farhan tidak pernah memandu Audi R8nya itu sekolah. Selalu dia akan memandu Lancer nya sahaja.

"Honey!" Panggil Fil Farhan sedikit menjerit.

'Eee.. orang tua ni. Apa lagi la. Honey Honey. Panggil nama tak boleh ke.' Bebel Aishah dengan wajah yang masam mencuka.

'Ee.. Dah la aku tengah tak ada mood ni.'

"emm. Ada apa lagi.. "

"Salam? Tak nak salam Hubby ke.. Hurm? " Senyuman manis mula menguasai wajahnya.

"Emh. Tak nak." Jawab Aishah lalu memalingkan badannya dan berjalan ke arah di mana Athirah dan Zulaikha sedang berdiri.

"Amboi.. berHoney Bunny kau sekarang ni ek. Jeles aku. " Ujar Zulaikha sambil menyiku lengan Aishah.

"Ala, dia yang sibuk berHoney Hubby bagai. Aku still jugak pangil dia dengan nama atau pun berawak saya je." - Aishah.

"Baru-baru,nanti lama-lama kau akan biasa Cah." Sahut Athirah pulak.

"Emm.. Mungkin. " Aishah mencebikkan mulutnya. Mereka bertiga membuka langkah besar menuju ke kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience