Bab 18

Short Story Series 32655

"Aaaarrgghhhh."

"Eh, lepaskan tangan aku la bodoh!" Marah Aishah.

"Kau diam boleh tak!"

"Suka hati aku la. Mulut aku! Kau tu tak ada hak nak sentuh aku!" Jelas terpancar di wajah Aishah ketika ini dimana Segala amarahnya kini terkumpul diwajah nya.

"Dasar lelaki dayus!" Sembur Aishah lagi.

"Eee.. Kau ni kan!" Tangan kanan nya di angkat tinggi.

"Hurm." Aishah menyengetkan mulutnya.

"Apa kau nak tampar aku? Tampar la. Agaknya kau tak puas lagi kot tampar aku hari tu kan."

Pang!

Melekat lima jari Hafizi di pipi kanan Aishah. Hatinya sakit sangat sakit. Air mata mula ingin merebah membasahi pipinya, namun di tahan untuk seketika.

'Aku sumpah Figi. Aku akan benci kau sampai aku MATI!'

Sepantas kilat,dia memegang pergelangan tangan Hafizi lalu menggigit kuat pergelangan tangan tersebut. Gigit sekuat hatinya sampai dia rasa hati dia puas. Dan sampai dia rasa seolah-olah dendam dan amarahnya terbalas.

Sakit? Berdarah? Ada kesan gigi? Semua tu tidak dihiraukan Aishah. Apa yang dia tahu sekarang ni, dia hanya ingin lepaskan segala dendam yang terbuku dalam hati terhadap Hafizi.

Tiba-tiba tangan kiri Aishah ditarik seseorang dan dia terdorong kebelakang.

Buk!

"Kau ni memang tak reti bahasa kan. Aku buat diam pasal kes kau pun kau tak bersyukur ke! Ee.. Harap je dalam sekolah kalau luar sekolah memang lunyai aku kerjakan kau. Sekarang,aku nak kau ikut aku jumpa pengetua.!" Bercantum kening Fil Farhan. Nafasnya turun naik menahan Amarah.

Takut untuk bersuara. Dia hanya mendiamkan dirinya sahaja. Fil Farhan memegang kasar lengan Hafizi dan terus mengheret Hafizi menuju ke bilik pengetua.

Dua minggu dia mendiamkan hal ini daripada pengetahuan orang luar kecuali yang terdekat sahaja. Ini pun keranaa dia memikirkan peperiksaan SPM yang berbaki lagi 2 bulan sahaja,jadi dia tidak mahu Hafizi dibuang sekolah. Kalau tidak semua pembelajarannya yang selama 5 tahun itu menjadi sia-sia.

Aishah duduk termenung di atas tangga yang berdekatan. Telapak tangan kanannya menyentuh lembut pipi mulusnya yang terasa perit dek kerana tamparan dari Hafizi tadi.

'Fil tu marah dekat aku ke sampai dia buat tak tahu je dengan aku tadi.'

'Hurmmm.. Entah la.Dah dia nak marah,aku nak buat macam mana lagi dah. Biar je la. Aku sendiri pun dah serabut kepala fikir pasal semua benda ni.Haaaaiiihhhhh...' Aishah merungut panjang.

Sambil berjalan mengatur langkah menuju ke kelas,jemarinya menyentuh lembut tepi bibir merah delima itu.

'Bengkak. Haihh pecah lagi bibir aku. Yang hari tu tak baik lagi tambah lagi dengan yang baru. Sial betul la Figi ni!'

..........

Baru sahaja kakinya melangkah melepasi bendul pintu kelas 5 Al-Farabi,dia dikerumu oleh Gengnya. Athirah, Zulaikha, Naim dan juga Danial.

"Eh,Cah! Kau kenapa ni?! Ni kenapa berdarah ni?" Soal Zulaikha bertalu-talu sambil kedua tangannya ligat menilik satu badan Aishah. Dia risau kalau-kalau ada luka yang tersembunyi dari pandangannya.

"Ya Allah Cah..Tu la, tadi kiteorang nak temankan kau tak nak. " - Athirah.

"Kau boleh tanya kenapa Ika. Kalau dah macam ni keadaanya memang sah-sah la Figi yang buat. Setan betul la Figi ni..Tak puas lagi ke dia sakitkan kau hari tu. Hari ni tambah lagi. Memang dasar la.!" - Daniel.

Aishah tersenyum. Dia bersyukur sangat kerana di anugerahkan kawan yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya.

"Tak apa la korang. Sekurangnya aku puas."

"Puas kenapa?" Soal Athirah kebingungan. Bukan sahaja Athirah yang kebingungan, Zulaikha,Naim dan juga Daniel turut kebingungan. Masing-masing sedang menantikan jawapan daripada Aishah.

"Cikgu Fil tadi dah hantar dia dekat pengetua. Lepas tu sebelum dia datang dekat aku tadi,aku sempat gigit tangan Figi sekuat hati aku. Puas la sikit hati aku."

"Cah.. Aku nak mintak maaf sebab Figi buat dekat kau macam ni. Aku betul Cah tak sangka perangai dia macam tu. Aku dengan Daniel ni pun nak mengadap kau malu. Tahu tak." Ujar Naim sambil memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Tak apa la korang.. Bukan salah korang pun. Salah aku, sayang orang yang salah. Salah aku." Tutur Aishah. Nada suaranya mula kedengaran sedih.

Hari ni dah update 2 chap kan?
so aci tak kalau next chap Aish update lambat sikit? :D
hihi. gurau je. (?????)
Ejoy.. xoxo Aish.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience