Bab 9

Short Story Series 32655

Kedua tangannya kini disilangkan ke belakang sementara anak mata mereka berdua sedang bertarung hebat. Senyuman manis masih setia di bibir Fil Farhan.

Degupan jantung masing-masing seolah-olah sedang membuat larian marathon. Tapi cuba dikawal dengan sehabis baik.

'Aiihhh.. Hensemnya dia.. Dah la muka macam crush aku. Muka jambu, rambut, tinggi. Aiihh.. Sean Xiao sangat, aaaaarrgghh.. Geram je rasa nak peluk. Eh.. Jangan Cah jangan. Kawal ok,kawal.' Meronta Aisyah dalam hati. Mintak dilepaskan tapi dia akan cuba untuk kawal sebaik mungkin.

Ego. Biasa la..Kan. Sebelum dia melaksanakan niat sebenar, dia teroka seluruh raut wajah Fil Farhan dengan mata hitam cokletnya itu.

"Aih.. Honey.. Hubby tahu la Hubby ni hensem.. Tapi jangan la tenung Hubby lama-lama macam tu.. Malu tau. Meh Hubby hug Meh." Sakat Fil Farhan lagi.

Tangannya kini didepakan konon-konon seperti dia memang ingin memeluk Isterinya itu.

Tanpa membuang masa. Sebelum Fil Farhan berjaya memeluknya,biar la dia yang terlebih dulu bertindak.

"Eeee.." Aisyah mencubit halus perut Fil Farhan dan terus berlari menghilangkan diri di sebalik pintu toilet.

"aaauucchh!"

"weekk.. Tu la sapa suruh sakat orang sangat. Kan dah mendapat." Tutur Aisyah dengan rasa bangga kerana dapat melepaskan rasa tidak puas hati yang terkurung dalam dirinya tadi.

"Ala.. Mana aci.. Tak baik tau main balas-balas macam tu. Hubby gurau je. Ni Honey sampai cubit perut Hubby, habis merah..hurmm.." Rajuk Fil Farhan. Dia menggosok kasar perutnya untuk menghilangkan rasa sakit + perit selepas dicubit Aisyah tadi.

Tidak terfikir di akal fikiran dia yang Aisyah berwatak sedemikian adalah untuk membalas dendam terhadapnya.

"Aci? Aci dekat India sekarang ni. Baru je fly semalam. Padan la dengan muka tu sapa suruh mengada sangat dengan Ibu tadi. Dah la,orang nak mandi." Jawab Aisyah selamba.

DUMM!

Pintu toilet ditutup dan dia turut menghilang di sebalik pintu toilet tersebut.

"eee.. Sabar je la aku dengan minah ni sorang. Nasib bini tau." Bebel Fil Farhan seorang diri. Tangannya masih lagi tidak berhenti menggosok tempat yang dicubit Aisyah tadi.

"Adoi.. boleh tahan jugak penyepit ketam minah ni."

Jeda

Setelah selesai semuanya,Aisyah menyarungkan baju tshirt yang berlengan panjang berwarna putih lalu dipadankan pula dengan skirt labuh kembang berwarna soft pink. Rambutnya yang panjang paras pinggang itu dilepaskan. Hanya rambut di bahagian atas telinga kiri dan kanan sahaja di tarik ke belakang di temukan lalu disanggulnya.

Cucuk sanggul berwarna pink dengan beberapa bentuk love terjuntai di hujung menjadi pilihannya. Cucuk sanggul merupakan salah satu koleksi yang menjadi kegemaran Aisyah. Kenapa? Ha..Sebab Aisyah seorang perempuan yang gemarkan cerita cina. Lagi-lagi kalau yang membabitkan maharani,desnati semua tu. Salah satu cerita cina yang menjadi kegemarannya 'My Emperor'. Bermula dari situ la dia mula timbul minat untuk mengumpul pelbagai jenis cucuk sanggul macam sekarang ni.

Sambil kedua tangannya sibuk mengemaskan rambutnya,Fil Farhan yang baru saja melangkah keluar dari toilet dan hanya berkemban dengan tuala tergamam melihat bidadari yang berada di hadapannya kini. Seumur hidupnya menjadi sepupu kepada Aisyah tidak pernah sekali pun dia melihat Aisyah seperti mana yang dia lihat sekarang ni.

Bermekaup tu perkara normal,tu dia memang dah biasa tengok. Tapi yang sekarang ni lain,sangat lain. Dengan rambut panjang yang dilepaskan,bercucuk sanggul,makeup,lain la. Selalu dia tengok Aisyah ni dalam keadaan bertudung,tapi sekarang semua tu dah jadi yang halal untuknya.

Baginya,Aisyah terlihat manis bila bertudung. Tapi sekarang,bukan sahaja manis malah baginya Aisyah seorang perempuan yang sangat cantik. Dia rasa bersyukur kerana dapat memiliki seoarang gadis yang secantik bidadari menjadi isterinya.

Aisyah yang dari tadi berdiri di hadapan cermin dressing table itu,perasan yang dirinya menjadi tatapan suaminya itu. Bila sudah terlalu lama dalam keadaan begitu, mula terbit rasa seram dalam dirinya. Badanya kini di pusingkan mengadap Fil Farhan dengan kedua matanya di tutup dengan kedua telapak tangannya.

"Dah kenapa tengok orang macam tu,macam tak pernah tengok orang je. Pergi la pakai baju tu. Tayang body tu dekat orang buat apa? Bukan cantik pun." Ujar Aisyah.

Dia cuba untuk menafikan apa yang hatinya mengiyakan. Nada suara Aisyah yang sedikit nyaring itu berjaya mematikan lamunan Fil Farhan.

"Ha,oh.oh ye." Jawab Fil Farhan sedikit gagap. Dia terus menghampiri wardrope dan mengenakan Tshirt putih serta dipadankan dengan blue jeans.

Aisyah berlari anak menuruni tangga dan terus melangkah menuju ke dapur mendapatkan Ibunya. Mungkin ada sesuatu yang boleh dibantunya di dapur.

"Morning Ibu,Abah,Along.." Sapa Aisyah dengan nada suara yang gembira. Ye la.. pagi lagi kan,nanti kalau moody-moody nanti rezeki lari pulak. betul tak?

"Morning.. Aik,awal kau bangun hari ni Ngah." Sinis Nash pada Aisyah. Dia bukan tak tahu yang adik perempuannya itu memang sejenis yang bangun lambat. Lagi-lagi bila time cuti sekolah macam sekarang ni.

Aisyah bukan cuti sekolah sebab memang cuti sekolah tapi dia cuti sekolah itu bersebab. Sekarang sudah hampir 2 minggu dia bercuti,dan hari ni adalah hari yang terakhir dia berada di rumah. Esok kembali la dia ke sekolah seperti temannya yang lain,dan dia juga terpaksa la mengadap muka lelaki yang paling dibencinya itu. Kerana lelaki itu la dia sekarang tidak semena-mena sah menjadi isteri kepada sepupunya sendiri.

"emm..suka hati la nak bangun pukul berapa pun. Sibuk je. Yang Along ni duduk kat rumah ni,tak kerja ke hari ni?"

"Tak.. Saje Along ambik cuti,nak rehatkan badan sikit. Asyik kerja je. Lagi pun semalam kan Along baru je dapat adik ipar.. Jadi nak la jugak merasa lepak dengan adik ipar.." Sakat Nash. Itu la kerja rasminya bila dia sedang bercuti dari kerjayanya sebagai docter. Rumah itu tak akan pernah sunyi selagi Nash berada dalam rumah tersebut.

"Herm,puyo sangat jawapan kau Long. Menyampah pulak aku dengar." Jawab Aisyah sambil menyuapkan mee goreng yang dimasak oleh Ibunya itu ke dalam mulut untuk mengisi perutnya yang sudah bergendang itu. Terasa panas pulak hatinya dengan gurauan sinis Alongnya itu.

"Ish,korang 2 beradik ni bergaduh je kerjanya.Ni,anak bertuah ni. Fil mana? Tak kan kamu nak dia makan sorang-sorang. " Bebel Kamariah sambil tangannya ligat membuat kerja di bahagian dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience