Series
32655
Bukk!
Bukk!
Aisyah hanya memandang lemah melihat Hafizi yang tersungkur ke tanah dengan darah mengalir keluar dari hidung dan juga tepi bibir kiri dan kananya akibat terkena tumbukan.
Entah dari mana lelaki itu muncul, tapi dia bersyukur kerana kehadiran lelaki itu dapat menyelamatkan dirinya dari menjadi mangsa nafsu Hafizi.
'Alhamdullillah.. ' Hanya itu yang termampu terucap. Itu pun hanya terlahir dalam hati. Apa apa pun dia rasa sangat bersyukur kerana Allah tetap mendengar permintaannya walaupun apa yang terjadi saat ini semua bermula dari dia sendiri.
Kalau awal lagi dia menolak pasti ini semua tidak akan berlaku. Dan semestinya kenangan pahit ini tak akan pernah terjadi dalam dairi hidupnya.
Bukk!
"Kau ni memang dasar lelaki dayus. Mencemarkan maruah kaum lelaki je. Sepatutnya kau tu jadi pelindung dia bukan jadikan dia sebagai pemuas nafsu syaitan kau.! eee.! "
Kaku.
Fil Farhan cuba menahan dirinya dari melepaskan tumbukkan yang ketiga pada Hafizi. Geram, sakit hati semua ada. Ni la pepatah orang melayu. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Disebab kelakuan dia macam ni, tak mustahil Aisyah akan samakan semua lelaki memang perangai macam Hafizi. Suka ambil kesempatan atas perasaan gadis yang mencintainya.
Dia kini berdiri dan berjalan laju mendapatkan Aisyah. Sempat dia berpaling ke belakang dan menghadiahkan jelingan tajam pada Hafizi.
Entah kenapa hatinya terdetik untuk mengikut kemana Hafizi dan Aisyah pergi sejurus sahaja dia melihat Aisyah hilang masuk ke dalam perut kereta Hafizi.
Walaupun hatinya membantah untuk mengikut pasangan tersebut tapi dia tak mampu. Seolah-olah badannya seperti dikawal sesuatu yang lain sehingga dia tak mampu ntuk membantah. Hatinya takut digelar busy body sebab menjaga tepi kain orang lain tapi dalam masa yang sama,hatinya turut berbisik memaksa dirinya untuk mengikut kemana pasangan tersebut pergi.
Sekarang dia rasa bersyukur dengan apa yang dia rasa tadi. Mungkin Allah nak hantar dia untuk menyelamatkan Aishah daripada menjadi mangsa nafsu Hafizi.
"Cah.. " Sapa Fil dengan lembut.
Aishah hanya mengelipkan matanya sekali. Dia memang tiada daya untuk berjalan. Badannya terasa sedikit bergetar dek kerana ketakutan.
Rasa bersyukur dipanjatkan pada ilahi kerana Allah masih mahu mendengar permintaannya walapun ini adalah berpunca daripada keputusannya sendiri.
Fil Farhan mencapai tudung sekolah di seat belakang dan disarungkan kembali ke kepala Aishah. Baju Aishah yang terkoyak dibiarkan sementara. Mujur sahaja tudung sekolah itu labuh menutupi bahagian dada. Jadi secara tak lagsung dia mampu menutup sedikit bahagian yang terdedah itu.
Dia mencempung Aishah lalu dibawa ke keretanya.Mereka berdua meninggalkan tempat itu tanpa menoleh ke arah Hafizi.
Berlaga-laga gigi Hafizi menahan amarahnya. Apa pun tak dapat. Yang dapat hanya kesakitan. Digigit Aishah sehingga meninggalkan kesan gigi di dada,kesenakkan,dan tumbukan padu dari Fil Farhan.
Dalam kereta Fil Farhan mencapai sweater dan diletakkan di atas badan Aishah. Lalu dia menekan laju padel minyak keretanya menuju ke rumah Aishah.
Share this novel