Series
32655
"Emm..korang,korang balik kelas dulu ok. Aku nak pergi dewan dekat bangunan baru belakang tu. Nak bincang apa entah,aku dah la mood tengah tak stabil ni." Ujar Aishah dengan muncung panjangnya.
Mereka berempat memang tidak berkata apa. Masing-masing semua dah kenal sangat dengan perangai Aishah. Sebab itu Naim dan Daniel sangat terkilan dengan apa yang telah di lakukan Hafizi tehadap Aishah.
Hubungan rapat mereka bukan sahaja dalam sekolah,malah di luar sekolah pun mereka memang rapat. Sampai mereka mengenali ibu bapa masing-masing. Tu la orang kata,bila kita selalu berdua pasti akan ada orang yang ketiga. Entah la,nak diceritakan panjang lebar pun dah tak guna. Nasi sudah menjadi bubur.
"Eh,kau nak aku temankan kau tak?" -Zulaikha
"Tak payah la. Aku boleh pergi sendiri." Tutur Aishah
"Betul ke ni.. Kang. " Belum sempat Zulaikha menghabiskan baris ayatnya, Aishah mencelah.
"Betul.. Tak apa,jangan risau. Aku boleh jaga diri aku." Lantas langkah kakinya diatur membawa dirinya ke tempat yang dijanjikan. Sengaja dia lari begitu, kerana apa yang di rasanya saat ini dia memerlukan masa untuk bersendiri seketika
Sebenarnya tanpa Aishah sedari,ada yang mengekorinya. Perasaan dendamnya belum mati selagi kepuasan hatinya disekat.
"Weh..korang,aku tak sedap hati la. Emm.. apa kata kita bagi tahu Fil nak?" Cadang Zulaikha. Hatinya rasa tak senang mmbiarkan Aishah seorang diri ke sana. Bangunan baru tu baru sahaja dibuka untuk pelajar. Kalau sebelum ini, bangunan tersebut merupakan kawasan larangan bagi kami.
Walaupun semua pelajar sudah dibenarkan untuk ke sana tapi tiada siapa yang pergi ke sana kerana bangunan baru itu masih kosong. Hanya kadang-kadang ada yang membuat perjumpaan di dewan bangunan baru itu, kerana dewan bangunan baru itu lebih besar jika dibandingkan dengan dewan lama yang ada pada bangunan sekarang ni.
"Ha, ok jugak tu. Aku pun risau sebenarnya,tapi tu la kau tahu je la perangai Cah tu macam mana. Kang kalau kita cakap lelebih,nak ikut dia ke apa ke tak pasal mood dia bertambah swing." - Naim
"Emm.. ok kalau macam tu biar aku je yang pergi cari cikgu Fil tu. Korang naik kelas dulu la. Amacam?" Cadang Daniel pula sambil kedua tangannya diselup ke dalam poket seluar sekolahnya.
"Kalau macam tu.. ok la, kiteorng naik kelas dulu la. Tapi kau tu cepat sikit cari Cikgu Fil tu, aku risau la. Sebab aku tak nampak batang hidung Figi pun masa dekat kantin tadi." - Athirah.
"Ye.." - Daniel
Belum jauh Daniel meninggalkan kumpulannya itu, mereka disapa dari arah belakang.
"Korang! " - Fil Farhan
Masing-masing kini berpaling memandang Fil Farhan.
"Cah mana? Dia tak join korang makan ke?" - Fil Farhan
"Dia memang join dengan kiteorng tadi. Daniel baru je ingat nak pergi cari Cikgu Fil." - Athirah
"Aik, kenapa?" - Fil Farhan
"Tak.. Kiteorang ni rasa tak sedap hati. Cah pergi dewan belakang sana sebab ada perjumpaan dengan club,kiteorang nak teman dia tak bagi. Cikgu tahu je la mood si Ecah tu hari ni macam mana." Terang Zulaikha panjang lebar
Jantungnya mula berdegup laju. Perasaan risau mula menyelubungi hatinya. Semestinya sekarang dia harus mencari dan menemani Aishah, kerana keadaan masih belum kembali seperti sedia kala.
"Ya Allah. Kalau macam tu tak apa,Cikgu pergi cari Aishah sekarang." - Fil Farhan.
Belum sempat dia melangkah, dia sempat kembali pada tujuan sebenar dia menegur kumpulan tersebut.
Niatnya sebenar memang ingin bertanya sendiri pada Aishah, isterinya itu. Tapi memandangkan Aishah sekarang tiada bersama mereka jadi sebelum terlupa baik dia menanyakan hal itu pada mereka dahulu.
"Oh, sebelum tu, rehat tadi Cah makan tak?" - Fil Farhan
"Makan je. Makan." Jawab mereka serentak. Lalu Fil Farhan membesarkan langkahnya menuju ke bangunan baru yang dimaksudkan oleh mereka sebentar tadi mencari Aishah.
Riak wajah risau jelas terpancar pada air wajahnya. Dia tidak ingin Hafizi mengganggu isterinya lagi. Kerana kejadian 2 minggu lalu, boleh dikatakan hampir setiap malam isterinya mimpi ngeri sambil meracau-racau. Dia kalau boleh tidak ingin kenangan itu menghantui isterinya. Tapi bagaimana?
Dia tahu bukan mudah untuk seseorang itu melupakan sejarah hitam yang pernah terjadi dalam hidupnya,lagi-lagi bila membabitkan maruah dirinya.
Langkahnya semakin membesar,anak mata cokletnya melilau ke merata tempat mencari kelibat isterinya.
Tiba-tiba.
Share this novel