Series
32655
Sungguh dia tidak menyangka sebegini rupa aturan hidupnya. Tapi Dia percaya mesti ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Walaupun perit baginya tapi dia usaha untuk terima kehidupan barunya kini.
Wajahnya dipalingkan memandang wajah Athirah dengan mata sayu. Sedih,takut,gementar semua ada dalam dirinya kini. Rasa bahagia? Dia sendiri pun dah tak tahu macam mana rasa bahagia.
Segaris senyuman terukir di bibir nipis Athirah. Dia tahu apa yang dirasa Aisyah ketika ini,tapi dia tak mampu untuk berbuat apa-apa. Yang dia hanya mampu adalah meminjamkan sedikit semangatnya kepada Aisyah.
"Percaya la Cah,aku yakin kau akan bahagia dengan dia. Ingat,sekarang ni syurga kau terletak pada Fil tau,jadi kau kena belajar untuk terima dia dan sayang dia.ok." Pesan Athirah dengan senyuman manis di bibir.
Zulaikha yang berdiri di pintu hanya menjadi pemerhati. Dia juga turut tersenyum manis saat Aisyah memandang ke arahnya. Dia percaya yang Aisyah kuat dan mampu untuk mengharungi semua dugaan ini.
Anak matanya memandang tepat ke arah Athirah. Isyarat yang dihantar dibalas dengan anggukan oleh Athirah.
Tombol pintu dipulas dan dengan perlahan pintu dikuak semakin lama semakin luas tanda mengizinkan Sang suami untuk menyarungkan seutas rantai dan gelang sempena perbatalan wudhuk.
"Ya Allah..baru nak bukak pintu ke,lama tau ibu tunggu pintu ni terbukak. Ibu tak apa lagi. Ni si Fil ni,kesian tau dekat dia. Lama tunggu nak tengok isteri dia."
"hihi..maaf ibu..Lain kali Ika tak buat lagi. hihi. Jemput masa semua. " Ujar Zulaikha sambil tersengih malu. Kedua tangannya kini bersatu di belakang.
"Ha,time-time penting macam ni pun korang buat study group jugak ke dalam bilik ni."Usik Nash kepada Zulaikha. Dia tahu kenapa mereka bertiga begitu berlama-lama dalam bilik tersebut. Kalau dia duduk di tempat Aisyah sekali pun pasti dia akan buat benda yang sama.
Apa jua usikan yang diberikan,Zulaikha dan Athirah hanya tersenyum malu. Gila tak malu,dah la dikelilingi oleh ramai,kena pulak usikkan yang macam-macam.
"Ish,Ash ni pun..dah-dah la usik bebudak ni pun.." Tegur Kamariah pada anak sulungnya itu sambil tangannya menampar lembut lengan Nash.
"Ha Fil tunggu apa lagi,pergi la duduk sebelah Isteri kamu tu. Ni jangan lupa pulak sarung rantai dengan gelang ni." Arah Kamisah sambil tersenyum manis. Hanya Allah sahaja yang tahu bertapa seronoknya hati dia ketika ini. Ye la calon menantu pilihan dah jadi menantu dia secara rasminya.
Tapi dalam gembiranya dia tidak menyangka yang anak gadisnya itu sanggup menerima lamaran daripada Datin Kamisah itu.
"Ha,tunggu apa lagi cepat la duduk. Adik aku dah tak sabar tu." Usik Nash dengan senyuman nakal yang mula menghiasi bibirnya.
Nash Ahmad dia memang terkenal dengan sifat kenakalannya. Kalau dalam rumah tu dia la puncanya rumah tu menjadi riuh rendah. Tanpa kehadiran Nash semestinya rumah tu menjadi sunyi dan sepi.
Dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibir,langkahnya diatur satu persatu dengan perlahan dan cuba untuk mendekati isterinya. Punggungnya kini dilabuhkan di sebelah isterinya yang tercinta.
'kurang ajar kau Long. Saje la tu nak malukan aku. Nanti kau Long. Satle semua kau memang mendapat le dengan aku.' Marah Aisyah dalam hati. Giginya dilaga-lagakan tanda yang dia marah dengan usikan Abangnya itu.
Marah campur dengan geram. Nash memang suka mengusik adik-adiknya lagi-lagi si Aisyah. Mungkin kerana dia seoang saja adik perempuan yang dia ada.
Tergeleng-geleng kepala Kamariah memerhatikan telatah anak daranya itu yang seperti patung. Tanpa pergerakkan. Disebabkan Athirah yang berdiri di sebelah kiri Aisyah,Jadi kamariah meminta pertolongan daripada Athirah saja untuk memudahkan Fil menyarungkan gelang di tangan kanan Aisyah.
Nak tunggu si Aisyah tu bertindak sendiri memang lambat la.Tak tahu bila.
"Ha,Yah cuba angkat sikit tangan Aisyah tu. Kalau tak diangkat tangannya itu macam mana nak pakaikan gelang tu." Arah Kamariah perlahan.
'Ya Allah.. kenapa jantung aku ni debar laju sangat ni. Macam ni ke rasa orang yang berkahwin? Tapi kalau pasangan pengantin yang suka sama suka akan rasa macam ni jugak ke?Huh... kawal Cah kawal..kau boleh.' Aisyah bebel sendiri untuk menghilangan rasa debaran di hatinya.
Athirah mengikut sahaja arahan yang diberikah Kamariah. Tangan kanannya mengangkat lembut tangan kanan Aisyah untuk memudahkan Fil Farhan untuk menyarungkan gelang tangan untuk batalkan air sembahyang.
Bersentuh sahaja kulit Athirah dengan kulit Aisyah ada satu jeritan yang memang tak dapat di dengar oleh sesiapa pun. Hanya dia sahaja yang tahu.
'Aku TAK NAK...!!!!' Aisyah melepaskan jeritannya dalam hati. Tapi dalam hati Tak ada rasa puas malah akan rasa lagi geram. Walaupun hatinya boikot keras dengan situasi sekarang tapi dia tak mampu berbuat apa malah dia terpaksa akur dan terima semuanya dengan redha.
Walau berulang kali cuba memujuk hati.Namun perasaan tu tetap tidak dapat di hakis. Hanya orang yang pernah lalui situasi ni saja yang tahu apa yang Aisyah rasa ketika dan saat ini.
"Haih.. angkat la muka tu ngah oi..habis rosak gambar kawin kau ni kalau kau asyik duk tunduk je.Laki tu habis hensem habis manis dah senyum kau pulak menunduk je dari tadi."Bebel Nash dengan kamera DHLR di tangan. Ketika ini Nash ditugaskan untuk menangkap setiap detik yang berlaku saat itu.
'Peduli pulak aku. Lantak aku la.'Marah Aisyah dalam hati.
"Ok,Fil now aku nak kau kiss dahi dia. Cepat." Arah Nash.
'Kau nak mengada kan Ngah,nanti kau.' Nash tersenyum senget mengenangkan idea nakalnya itu.
Nash dah faham sangat dah dengan perangai boikot adik perempuannya itu. Lagi la seronok dia mengatur idea nakalnya untuk mengenakan si Aisyah. Aisyah menutup rapat matanya saat Fil cuba membetulkan kedudukannya dan merapatiya.
Hatinya semakin berdebar,gedupan jantungnya pula saat ini rasa bagai nak pecah.Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang dia rasa ketika ini
Jemari kananya kini menyentuh lembut dagu milik isterinya sambil mendongakkan sedikit ke atas untuk menunaikan permintaan Nash a.k.a kawan baik a.k.a abang iparnya itu.
Walapun wajahnya nampak tenang,tapi dalamannya tiada siapa yang tahu melainkan dirinya sendirinya. Siapa je yang tak berdebar dengan pengalam pertama. Betul tak?
Itu la kali ketiga dia bersentuhan dengan Aisyah tanpa berlapik. Pertama semasa menyarungkan gelang di pergelangan Aisyah. Kedua semasa mereka bersalam kali pertama mereka sah bergelar suami isteri. Dan buat pertama kali juga dia mencium dahi Aisyah. Saat ini dia cuba mengalirkan semua rasa cinta itu kepada Aisyah dengan harapan supaya isterinya itu akan rasa betapa dia menyayangi diri itu sepenuh hatinya.
Dia tahu,mungkin perkahwinan ini tidak akan sama dengan pasangan lain. Tapi dia akan cuba sedaya upaya untuk menambat hati isterinya itu walapun mungkin akan makan masa yang agak lama.
'Cantik,sangat cantik.' Desis hati Fil sendiri saat menatap wajah mulus Aisyah.
'Dia ni dah kenapa..aku nak buka mata ni.Adoiii..Ingat aku tak sakit tekak ke dongak macam ni.' Rungut Aisyah bila terasa wajahnya masih lagi terdongak dari tadi.
"Ehem.! dah dah la tu Fil.. Malam nanti la pulak. Sekarang ni orang tengah ramai kan ni. Jap lagi bila dah semua balik kau tatap la wajah kertu Ecah tu lama-lama ye." Gurau Nash dengan di ikuti gelak ketawanya.
Fil Farhan yang tadi terpesona dengan kecantikkan Aisyah mula kembali ke alam nyata. Merah padam mukanya dengan usikkan Abang Iparnya itu. Walaupun begitu,wajahnya masih tidak lekang dek senyuman.
Berasap rasa telinga Aisyah mendengar ayat menganjing yang Abangnya bagi itu.Geram je rasa,tapi nak balas sekarang tak boleh lagi.
'Kau cakap muka aku muka kertu Long?kau memang nak cari nahas dengan aku ni. Siap kau nanti Long. kau rasa la aku cubit kau jap lagi. Dah la suka hati je arah-arah orang posing macam tu macam ni. Lepas tu boleh pulak kau cakap cakap muka aku muka kertu.' Bebel Aisyah. Tahap geramnya terhadap Nash hampir ke tahap Maksimum.
Dalam pada dia sibuk gelakkan Fil Farhan yang menahan malu, tiba-tiba dia terfikirkan satu lagi idea nakal. Dia tersenyum senget.
Share this novel