Bab 23

Short Story Series 32655

Tanpa berfikir panjang. Tangan kanannya mencapai sehelai baju kameja milik suaminya yang bewarna putih lalu disarungkan ke tubuhnya.

'Emm.. Boleh la ni. Now seluar pulak.'

Wardrobenya sekali lagi dibuka. Seluar palazo warna hitam bercorak putih dipadankan dengan kameja tersebut. Kalau ikut kan hatinya, dia hanya ingin memakai kameja itu sahaja dan duduk berehat dalam bilik,tapi disebabkan kakak angkatnya ingin datang ke rumah untuk menghantar sesuatu yang sangat dinantikan olehnya,jadi dengan rasa nak tak nak dia terpaksa la menyarungkan seluar itu ke kakinya. 

Ini la perangai pelik yang paling ketara dalam diri Aishah sekarang ini. Sangat pelik, sampai Athirah dengan Zulaikha pun perasan.  Mana taknya. Sekarang kemana sahaja dia pergi, atau senang cerita bangun sahaja dari tidur selepas mandi dia pasti akan menyarung baju milik Suaminya.

Bajunya yang tersusun rapi dalam wardrobe miliknya itu semua tidak cantik dipandangan matanya. Aishah tahu dan sedar akan perangai peliknya itu, tapi tiada lain yang difikirkan selain perkara itu adalah normal. Biasa la..semua manusia akan berubah. Jadi dia biarkan sahaja perkara itu berlalu pergi.

Beberapa minit kemudian pintu biliknya diketuk. 

Tok. Tok. Tok.

"Masuk la,pintu tak kunci pun." Laung Aishah dari dalam. Dia kini berdiri di hadapan cermin sambil kedua tangannya ligat ke kiri ke kanan merapikan penampilannya.

"Honey... " Sapa Fil Farhan dengan penuh lembut. Senyuman manis mula menghiasi wajahnya. Tiba-tiba langkah kakinya mati saat anak matanya tertacap melihat penampilan isterinya itu. Nak tergelak pun ada jugak,tapi di tahanya dengan sehabis baik.

Ini kalau tersembur keluar ni maunya si Aisyah tu nanti merajuk sehari dengan dia.

"Ya Allah.. Honey..Kenapa pakai macam ni... Kan Kak Linda nak datang jap lagi. Pakai la baju Honey. Cantik sikit." Tutur Fil Farhan lembut, dengan senyuman di bibir. 

Aisyah mula menjeling.

"Ala,biar je la. Baju ni pun cantik apa." Balas Aisyah tanpa memandang wajah suaminya.

'Cantik apa kebendanya la bini aku ni. Dengan baju besar,seluar palazo,kalau baju tu tight in tak apa jugak. Ni kalau aku tegur lebih-lebih jap lagi merajuk pulak. Kalau tak tegur kan.. Memang sah-sah la si Nash tu jap lagi gelakkan dia ni.'

"ok-ok kalau dah tak nak tukar.. tak apa la. Tapi kan Honey,Hubby rasa lagi cantik kalau Honey tight in kan baju ni tau." Ujar Fil Farhan sambil kedua tangannya cuba untuk tight in kan kameja yang dipakai Aisyah.

"Ish, Hubby.. tak nak la tight in.. Rimas la. Biar je la macam ni,cantik apa. Dah jom,jangan nak banyak komen nanti Kak Linda datang pulak." Lalu Aisyah terus memaut lengan suaminya dan mengheret keluar dari kamar tersebut.

Kalau dahulu,mereka jarang dilihat bersama. Asal sahaja Fil Farhan ingin mendekatinya Aisyah mula menjauh. Tapi kini sebaliknya.

Tiba sahaja di ruangan makan masing-masing hampir ternganga melihat penampilan Aisyah. Mana tidaknya, dengan baju kameja besar,seluar pun besar,palazo kan memang besar la. Nampak sangat selekeh. Tapi cuma satu je,wajah Aisyah makin hari semakin berseri-seri.

Atas bawah Nash perhatikan adik kesayngannya itu. "Kau,orang nak datang rumah kau pakai macam ni?" Soal Nash. Kening sebelah kirinya terangkat.

"Emm.. suka hati orang la nak pakai apa pun. Sibuk je." Balas Aisyah. Hatinya mula terasa ingin merajuk. Ye la, tadi suaminya dah bagi hint yang baju dia pakai sekarang tak cantik, ni Abang Long dia pulak mempertikaikan pakaiannya.

"Kau ingat cantik pakai macam ni? Baju besar seluar besar. dengan berkedut lagi. Apa..la." complain Nash.

"Ee..eeh! Kau ni sibuk je la Long. Pergi kerja tu tak. Semak je dok kat umah ni." - Aisyah

Kalau orang luar yang dengar ayat Aisyah ni pasti akan terasa hati, tapi mujur sahaja Nash dah terbiasa dengan ayat kasar adik perempuannya itu.

Tergeleng-geleng kepala Fil Farhan melihat sinatron free depan matanya petang ni.

"Eehh..  Honey.. Apa cakap macam tu,tak elok la. Depan rezeki ni kan." Pesan Fil Farhan terhadap Aisyah.

"Eemmm.. Along ni yang mula dulu, bukan Honey..marah la Along ni. " Rengek Aisyah dengan nada suara manja.  Kepala dilentokkan di atas bahu kanan Fil Farhan.

"Eleh..  mentang-mentang dah baik, tunjuk manja-manja depan aku pulak. Macam dia sorang ada laki." Ujar Nash sambil menjeling.

Lengan Maisarah yang duduk disisi kirinya ditarik. "Eemm Sayang.. tengok budak selekeh depan kita ni tunjuk manja manja pulak.. Abang pun nak buat manja jugak la.." Nash menganjing.

Panjang sedepa muncung Aisyah melihat Abangnya yang sedang seronok mengusiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience