Series
32655
Aisyah,Athirah dan Zulaikha merupakan kawan baik. Mereka bertiga mempunyai perwatakkan yang berbeza.
Aisyah boleh dikatakan perempuan melayu terakhir tapi tak la follow sangat,sebab kadang-kadang bila mood dia sweng dia akan berubah menjadi seseorang yang keras kepala dan sedikit ganas. Kena elok dia tak akan bercakap dengan sesiapa pun.
Zulaikha pula sejenis yang over perangainya. Contoh nya? Contohnya macam tadi la. Dia boleh menjerit terkejut dek kerana kenyataan yang keluar dari mulut si Aisyah itu. Apa saja perkara yang dia rasa macam boleh buat dia terkejut dia akan menjadi sedikit over.
Kadang - kadang dia nampak macam tak ambik tahu tentang hal sekeliling tau. Tapi hakikatnya dia la yang paling caring.
Atikah pula mempunyai perwatakan yang cukup berbeza kalau nak dibandingan dengan Aisyah dan juga Zulaikha. Bukan beza sikit tapi banyak tau.
Kalau Aisyah tadi kita kategorikan dia sebagai perempuan melayu terakhir kan. Atikah boleh di kategorikan sebagai perempuan melayu terakhir. Yup. Kerana tutur katanya yang sentiasa lemah lembut,cara dia berjalan. Cara makan dia.
Makan dia still sama macam orang lain ikut mulut,hihi,tapi yang lainnya dia makan tu ambik masa yang lama untuk habiskan makanan yang ada di hadapan dia. Dekat sejam ada. Kalau time rehat,mesti selalu bertembung dengan time rehat pengawas. Kena elok dia akan masuk ke kelas lepas habis waktu rehat pengawas. Macm dia tu pengawas pulak.
Jelas terpancar riak wajah kecewa Athirah ketika memandang Aisyah. Tapi dia buang rasa kecewa itu jauh jauh,kerana dia tahu Aisyah masih dalam proses belajar untuk terima apa yang telah ditakdirkan dalam hidupnya saat ini.
Ye,dia tahu bukan mudah untuk menerima seseorang tu dalam hidup kita,lagi lagi lelaki tu bukan dari pilihan kita sendiri. Lagi pun sekarang ni zaman moden bukan zaman dulu kala. Kalau zaman dulu kala ye la,memang jodoh tu orang tua yang tentukan, tapi untuk zaman sekarang ni,zaman moden,Lebih ramai untuk berkahwin dengan calon atau pilihan sendiri. Bukan dengan pilihan orang tua. Mungkin ada lagi pasangan yang dijodohkan oleh orang tua,cuma kita je yang tak tahu.
"Cah... Kau lupa ke yang kau dah tanda tangan surat persetujuan nikah sebelum proses akad nikah tadi? Hurm? Dan kau lupa ke plan kita seminggu sebelum kau nikah ni? Hurm?" Soal Athirah dengan suara yang penuh dengan lunak merdunya.
Dia cuba untuk memujuk tapi dalam masa yang sama dia cuba untuk ingatkan Aisyah balik tentang plan sebenar diaorang tempoh hari.
***************************************
Selepas dua tiga hari kata putus diberi,entah kenapa hatinya rasa tak tenteram. Rasa resah,gelisah,takut, semua ada. Siapa yang pernah duduk di tempat Aisyah sekarang mesti tahu apa yang dirasakan oleh Aisyah ketika ini.
Keputusan yang diberikan memang keputusannya sendiri tapi dia terima bukan atas dasar cinta tapi kerana permintaan daripada Ibunya dan Maklongnya yang bersungguh dan berharap sangat untuk Aisyah menerima peningan tersebut.
Betul orang tua tua cakap kan,bapak-bapak ni dia banyak sembunyikan perasaannya. Lepas tu buat buat nampak ccol. Sama jugak macam Dato' Fil Fizkandar dengan Haji Zaman. Diaorang sebenarnya masing-masing nak sangat Aisyah dan Fil Farhan tu menjadi anak menantu mereka. Tapi tu la,dalam soal hati dan perasaan ni diaorang tak boleh nak memaksa Aisyah untuk menerima. Jadi biar la keputusan itu dibuat dengan kerelaan hatinya sendiri.
Jari jemarinya menari laju di atas skrin Oppo F11 miliknya.
"Kita jumpa di tempat biasa sekarang. Urgent !!!" Seusai sahaja menaip baris ayat tersebut,button send ditekannya.
Dia tidak mampu untuk bercerita melalui whatsap. Kerana dia tahu sekarang ni dia tersangat memerlukan sahabat karibnya itu di sisi. Mungkin dengan bercerita boleh menghilangkan sedikit rasa gundah yang sedang menyelubungi hatinya kini.
Athirah dan Zulaikha menunggang basikal laju menuju ke tempat biasa yang mereka selalu menghabiskan masa bersama.
"Weh,si Cah ni nak jumpa kita dekat mana? dalam whatsap tu tulis 'tempat biasa' je. Dia nak jumpa dekat kedai Mak Cik Kiah ke dekat anak sungai tu. ?" Tanya Zulaikha dengan termengah-mengah tak cukup nafas tanpa memandang ke arah Athirah.
"Ko pun Kha agak-agak la,tak kan nak jumpa dekat kedai Mak Cik Kiah pulak..Ayat dia tu kan macam tengah ada masalah,mana pernah Cah tu nak hantar ayat macam tu dekat kita." Jawab Athirah. Jelas terpancar dalam nada suaranya yang dia sedang berusaha untuk mengawal pernafasannya.
Mana tak nya,Mereka mana pernah menunggang basikal dengan laju macam tu,selalunya menunggang basikal sambil menghirup udara segar. Macam dalam filem hindustan tu. Tiba-tiba kena pecut laju macam ni, dah rasa macam dalam filem fast and forius pulak. Mahu tak semput.
Tepi anak sungai ni merupakan port setia mereka bertiga. Bunyi deruan air sungai yang mengalir,angin sepoi sepoi bahasa,pepohon kelapa yang rendang membuatkan tempat itu sempurna buat mereka bertiga. Disitu la mereka membuat ulang kaji pelajaran mereka,disitu la mereka meluahkan apa yang terbuku di hati mereka, dan disitu juga la mereka menghabiskan masa lapang diaorang tak kala malas untuk melepak di kedai goreng pisang Mak Cik Kiah di hujung kampung itu.
Mereka memang biasa melepak di kedai goreng pisang Mak Cik Kiah tu,sampai kadang-kadang mereka membantu Mak Cik Kiah tu bila Mak Cik Kiah tak cukup tangan untuk melayan semua pelanggannya.
Berlari Athirah dan Zulaikha mendapatkan Aisyah yang sedang termenung jauh memandang air sungai yang mengalir tanpa mengenal erti berhenti.
Aisyah duduk sambil memeluk kedua kepala lututnya yang dirapatkan ke dadanya. Termenung dan terus termenung. Kedengaran suara riuh rendah di belakangnya namun dia tetap masih setia melayan perasaannya sendiri.
Dia tahu suara itu semestinya milik kedua sahabat karibnya. Kerana tempat itu cukup sembunyi dan yang tahu tempat itu hanya la mereka bertiga dan tak terkecuali ahli keluarga mereka.
Kini Athirah dan Zulaikha berdiri betul-betul di belakang Aisyah sambil cuba untuk menstabilkan balik oxygen dalam badan mereka.
'haih.. kiteorang punya riuh dekat belakang ni langsung tak pandang. Biar betul minah ni,tak kan ta dengar kot. Mustahil tak dengar dia bukan pekak pun. Macam teruk sangat je masalah dia ni.' Ngomel Zulaikha sendiri dalam hati sambil membuat andaianya sendiri.
Kedua belah tangannya dikibaskan di hadapan mukanya untuk menghasilkan angin supaya mukanya terasa sedikit nyaman.
'Berat sangat msalah tu sampai kiteorang kat belakang ni pun kau buat tak tahu je Cah. hurm..' Giliran Athirah pula mengomel sendiri.
Mata mereka kini bersatu. Zulaikha memberi isyarat kepada Athirah dengan menggoyangkan sekali kepalanya ke arah Aisyah. Athirah yang faham dengan maksud di sebalik tanda isyrat tersebut mula mendekati Aisyah.
Tangan kirinya menyentuh lembut bahu kiri Aisyah.
"Cah.." Sapa Athirah dengan penuh lembut.
Sapaan tu di biarkan sepi. Sikit pun tak ada tanda-tanda yang menunjukkan dia akan berpaling ke belakang. Melihat Aisyah yang masih membisu,tiba giliran Zulaikha pula untuk mencuba nasib.
"Cah.."
Zulaikha memanggilnya sambil memaut bahu kanan Aisyah ke belakang dengan harapan sahabatnya itu akan mengubah posisi kedudukannya.
"Hey Cah.. kenapa ni? Ko ok tak ni?" Raut wajah Zulaikha memang jelas dia sedang risaukan teman baiknya itu.
Athirah yang cuba berlagak tenang cuba untuk melabuhkan punggungnya di sebelah Aisyah.Ini la yang dinamakan BFF Best Friend Forever. Sentiasa bersama tak kira apa jua keadaan.
Kini mereka bertiga duduk bersila saling bertentang mata antara satu sama lain. Athirah menarik nafas perlahan sebelum memulakan pertanyaannya.
"Ko kenapa ni Cah? Cuba cerita dekat kiteorang. Tak kan ko nak dok diam macam ni je?" Bicara Athirah. Dia bukan nak marah Aisyah diam seribu bahasa, tapi kalau duduk diam macam tu je bukan boleh selesaikan masalah pun,makin bertambah masalah ada la.Masalah kulit berkedut.
Share this novel