Series
32655
"Angah..pergi panggil Fil turun makan sekali. Tak baik biar suami tu makan sorang-sorang. Dia kan orang baru dalam rumah ni.. Mesti dia segan nak turun sorang-sorang tu." Arah Haji Zaman. Walaupun itu satu arahan,tetapi arahan itu diberikan dalam nada lemah lembut.
Sengaja dia memintas percakapakn isterinya, kerana dia tidak mahu mendengar leteran yang panjang dari mulut isterinya itu.
Cara Haji Zaman dan Hajah Kamariah dalam mendidik anak-anak mereka berbeza. Haji Zaman seorang ayah yang sangat berlemah-lembut dengan anak-anak. Sekali pun dia tidak pernah naikkan tangan pada anak isteri. Tapi Hajah Kamariah pula boleh dikatakan seorang Ibu yang sangat garang. Pantang mereka 3 beradik ada buat salah. Siap la orang-orang yang ada dalam rumah tu.
Tapi tu la,segarang-garang Hajah Kamariah dia tetap boleh menjadi kawan pada anak-anaknya. Tempat anaknya meluahkan rasa hati.
'segan apa bendanya. Dia bukan tak biasa makan tidur dekat rumah ni. Cuma kali ni je lain sikit.' protes Aisyah dalam hati.
"Ok Bah.." Jawab Aisyah. Dalan protes-protes pun dia tetap akur. Kalau dia buat tak endah nanti Ibunya pula akan sambung muqaddimah yang dibukanya tadi.
Kakinya melangkah lemah menaikki anak tangga satu persatu menuju ke kamarnya.
'Yang dia ni pun satu, tadi aku rasa masa aku nak turun tadi dia dah nak pakai baju dah. Tapi sampai sekarang tak turun-turun ni, lama betul dia bersiap. Kalah aku kalau macam ni gayanya. Dah tak pasal-pasal aku pulak yang Kena panggil dia. Eee.. Menyusahkan orang je la dia ni.' Bebel Aisyah sepanjang jalan dia menuju ke bilik.
Kebetulan. Sampai saja Aisyah di hadapan biliknya,pintu dibuka dari dalam. Keluar la Fil Farhan dari bilik tersebut. Tapi Fil Farhan tak perasan pun dengan kehadiran Aisyah diitu kerana terbuka sahaja pintu dia terus membelakangi Aisyah.
"Eh, bila pulak Honey ada belakang Hubby ni?"Soal Fil Farhan sejurus dia memusingkan badannya ke hadapan. Senyuman manis mula terukir dibibir dan sekali gus menampakkan gigi putihnya yang sebaris itu. Kedua tangannya pula dimasukkan ke dalam poket.
Aisyah berdiri kaku dengan mata yang tak berkelip memandang Fil Farhan. Habis segenap wajah Fil Farhan di terokainya.
'Hensem seh.. laki aku. Skin tu harap coklet sikit je. Kalau putih ni conferm sejibik Sean Xiao aku ni.'
Melihat gelagat isterinya yang kaku seperti patung itu membuatkan dirinya menahan tawa. Ralik sangat perhatikan dirinya.
Dia melangkah kehadapan mendekati Aisyah. Dan Aisyah turut melangkah,tetapi kebelakang.Seolah-olah dia tidak mengizinkan Fil Farhan mendekatinya.
BUK.
Belakangnya tersandar kepada dinding dan serta-merta jugak langkah kakinya mati. Tapi anak matanya masih lagi melekat pada seraut wajah Fil Farhan.
Tawa yang ditahan Fil Farhan semakin hendak tersembur keluaran,tapi masih mampu ditahannya dengan kekuatan yang ada.
Disebabkan dia terlalu tinggi,jadi dia terpaksa la menunduk kan badannya untuk bertemu muka dengan Aisyah. Kini jarak antara mereka berdua hanya la sejengkal sahaja. Dia kemudian mengeluarkan tangan kirinya daripada poket blue jeans lalu memetik jemarinya di tepi telinga kanan Aisyah.
"Hai Honey.." Sapa Fil Farahan. Senyuman manis menggoda masih setia dibibirnya.Dia masih lagi dalam keadaan seperti tadi
"Ha." Matanya dikelipkan sekali.
"emmm.. Ibu Abah panggil makan." Ujar Aisyah sepatah, lalu terus berlari menuruni anak tangga meninggalkan Fil Farhan sendiri di situ.
Sesampai saja di meja makan dia disapa Nash. "Ha, kau ni panggil Fil ke.. Kau buat Fil.? Soal Nash dengan senyuman nakal di bibir,namun soalan Nash tadi dibiarkan sepi tanpa jawapan.
Punggungnya dilabuhkan ke atas kerusi. Wajahnya sedikit menunduk. Malu dengan kejadian tadi.
'Fuhh..kenapa jadi macam tadi ek. Eh, gila la kalau jadi pape tadi macam mana?'bebel Aisyah.
Telapak tangannya di letakkan di dada. Dia boleh rasa degupan jantung yang sedang mengepam laju itu.
"Ha Ngah,mana Fil nya? tadi bukan Angah pergi panggil dia ke? " tanya Haji Zaman pelik bila Aisyah masih lagi sendiri.
"emmm.. " - Aisyah
"Ada ni Bah..Tadi masa Cah pangil Fil tengah siap lagi." Jawab Fil Farhan. Anak matanya kini jatuh memandang Aisyah. senyuman nakal diberikan saat mata mereka bersatu.
Baru sahaja beberapa suap makanan masuk kedalam mulut.
"psst, pst. Eh, kau mandi sahaja ek? Basah je rambut korang dua orang ni aku tengok."Bisik Nash. Sengaja dia nak jadi busy body sikit.
'hek,eleh mamat ni. Sampai hal personal orang pun kau nak ambik tahu ek.'
Soalan Nash tadi hanya dijawab dengan senyuman. Sibuk nak tahu tepi kain orang kan. Diri sendiri belum ada partner tu tak ambik kisah pun. Nanti sampai kesudah membujang baru tahu.
Siap sahaja kerja di dapur, Hajah Kamariah melabuhkan punggungnya dikerusi bersebelahan dengan Haji Zaman.
Sementara tangannya ligat mengambil makanan itu ini dia mengajukan soalan pada Aisyah.
Baru saja ingin membuka mulut,Aisyah dulu yang bertanyakan soalan.
"Bu,mana Usu?"Tanya Aisyah kepada Ibunya setelah dia perasan yang adik bongsunya itu tidak ada terlintas di hadapannya.
Share this novel