Bab 21

Short Story Series 32655

"Sebenarnya,aku dah lama sayangkan dia. Cuma bila aku nak rapat,nak tunjuk rasa sayang tu,aku jadi takut. Kenangan lama aku tu akan datang balik dalam fikiran aku." - Aishah.

"Kalau kau dah sayang dia. Kau kena lawan perasaan tu Cah. Kalau kau tak nak lawan perasaan tu,sampai bila-bila pun hubungan korang akan tetap macam ni. And the end? Hubungan ni putus? Kau nak ke macam tu?" - Zulaikha.

Kali ni dia lepaskan segala yang terbuku di hati. Bukan niat untuk takutkan Sahabat karibnya itu. Tapi ini adalah kenyataan jikalau Aishah masih lagi selesa dengan keadaan hubungan mereka seperti sekarang.

"Ish, kau ni pun..kot ye pun jangan la over sangat. Sian Cah ni. Ada ke fikir sampai ke situ." Ujar Athirah. Tangan kananya sempat menampar sekali bahu Zulaikha tanda meminta Zulaikha supaya lebih berhati-hati dalam berbicara.

"cah, apa kata Mulai hari ni..Kau tunjuk yang kau sayang dia." Cadang Athirah sambil tersenyum.

Membulat mata Aishah memandang Athirah yang tersenyum. Athirah ni ada masa datang jugak kenakalan dia.

'Eee.. Ko ni Yah Idea bukan-bukan ek. Nak suruh aku tunjuk sayang aku pulak dah..' Bebel Aishah sambil cuba menahan malu.

"Hurmm.. Macam seronok pulak idea ko tu Yah. Aku rasa kan.. Aku macam ada plan je. " Kini giliran Zulaikha pula tersenyum. Tapi senyuman itu senyuman nakal di ikuti dengan satu kenyitan mata.

Aishah yang tadi termenung,kini tersenyum tersimpul malu. Walaupun mereka bertiga rapat seperti adik-beradik, tapi bila berbicara soal peribadi kadang-kadang mampu membuat kedua pipinya merah padam.

"Eee.. korang ni.. Merepek je la. Malu tahu tak. " Rengek Aishah. Wajahnya sedari tadi lagi menunduk menahan malu.

Confirm la malu kan. Siapa je yang tak malu kalau bercerita bab bab romantik macam ni. Lagi-lagi pasangan yang cuba untuk memikat hati pasangan dia. Macam Aishah ni. hihi

"Eehh.. Malu tak malu. Nak tak nak kau kena buat jugak tau. Kalau kau tak nak buat,kau bagi dekat aku je la laki hensem kau tu. Aku nak,sebab aku memang suka orang hensem-hensem ni." Ujar zulaikha dengan selamba badaknya. Sengaja dia ingin menyakat sahabat baiknya itu. Dia tahu,hati Aishah dah mula tertarik sepenuhya terhadap Fil Farhan. Cuma kenangan lalu menghalang dirinya untuk menunjuk rasa sayang tersebut.

Aishah menjeling memandang Zulaikha.

"Ehh.., Gedik." Balas Aishah dengan jelingan sinis. Dia tahu yang sahabatnya itu hanya bergurau.

"Ok,kalau aku nak ambik hati dia,aku nak buat macam mana pulak? Malu la weh...." Rengek Aishah.

"Memang la malu.. Baru-baru kan. Nanti lama-lama kau biasa la. Kalau tak sampai bila nak macam ni. Kan?" - Athirah

"Eeemm.. Tapi macam mana?" - Aishah

"Ala..kau search je dekat google. Emm.. 'Cara nak pikat hati suami or pasangan.' Mesti berlambaknya la yang keluar." Cadang Athirah.

Ye la, dia nak bagi idea depan-depan pun mana boleh. Sebab dia sendiri pun tak ada kekasih hati. Kalau ada pun,mana sama cara pikat hati suami dengan pikat hati boyfriend.

"Ok,emm..apa kata kalau kau mula tunjuk hint dekat dia. Maksud aku macam.." Ayat Zulaikha terhenti .

"Emm..macam..Contoh, macam sebelum ni kau always pakai baju yang besar-besar kan?baju longgar la,why not dalam game kau sekarang ni, kau try pakai baju yang fit dekat badan kau. And dalam masa yang sama kau try la ambik hati dia ke.. Goda dia ke.. kan? Selebihnya tu,pandai-pandai kau la. Tak kan tu pun aku nak kena ajar. " - Zulaikha.

"Ha,ok jugak tu Cah idea Ika. Kau boleh start dari bawah. Maybe dengan cara tu,malu kau akan slow-slow hilang. Lagi pun tak salah kalau kau goda dia. Bukannya dapat dosa dapat pahala.. kan." Ujar Athirah dengan senyuman manis.

"Dah la,Jom kita balik. Dah lewat dah ni. Pape pun,Good luck Cah. Aku doakan hubungan korang ni kekal hingga ke Jannah. Amin.. " Doa Zulaikha Sambil memeluk tubuh kecil Aishah. Begitu juga dengan Athirah.

**********

2 Bulan kemudian...

Lately ni semua yang rapat dengan Aishah naik hairan dengan perubahan ketara Aishah.  Apatah lagi Fil Farhan, Suaminya sendiri. Dia sedar akan perbuhan yang terjadi terhadap dirinya itu, namun dibiarkan sahaja.

Yela bagi Aishah,perubahan dalam diri setiap individu tu perkara normal. Ada masa seseorang tu akan Jadi rajin, ada jugak yang jadi malas sangat. Ada yang seperti keanakkan. Banyak lagi la,jadi dia ikut kan sahaja apa yang dirinya rasa ingin buat.

Selesai sahaja mandi,Aishah berdiri di hadapan wardrobe miliknya. Pintu wardrobe ditolak ke kiri dan kanan.

'Emmm.. nak pakai baju apa ek hari ni.' Sambil jari telunjuknya mengetuk dagu runcingnya sendiri seperti seolah-olah dia sedang berfikir.

"Ahh.. tak nak la pakai semua baju ni. Tak cantik. Nak pakai pakai baju Hubby la." Ngomel Aishah sendiri sambil melangkah mendekati wardrobe milik Fil Farhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience