Series
32655
"Honey.."
Belum sempat Aishah melayan perasaan sedihnya itu lebih jauh,dia disapa Suaminya dari belakang.
"Honey, Honey. Ni sekolah la..Panggil awak saya je la. Malu tahu tak." Bebel Aishah dalam nada suara perlahan tapi cukup untuk didengari orang sekelilingnya.
"Haihh.. ye la, ye la.. Sy awak ok.. Eh, sini nak tengok muka." Fil Farhan menyentuh lembut kedua bahu Aishah lalu memusingkan badan Aishah mengadapnya.
"Aiihh..Bengkak balik,biru hari tu baru nak hilang tambah pulak yang baru.Emm." Bebel Fil Farhan. Jemarinya bermain di tempat yang biru itu seolah-olah seperti sedang menggosok.
'Haihh.. Romantiknya.. Untung kau Cah,dapat laki romantik macam Fil ni. Apa pun aku doakan hubungan kau dengan Fil kekal sampai ke syurga. Dan aku berharap sangat kau dapat menyayangi diri dia macam mana dia sayangkan kau sekarang ni. Amin..' Doa Zulaikha dalam hati. Sungguh dia senang melihat pasangan suami isteri itu.
Dia menepis lembut tangan Fil Farhan selepas tersedar yang dia kini sedang diperhatikan oleh rakan sekelasnya.
"Eee..malu la..tak nampak ke semua orang dok pandang kita sekarang ni." Wajahnya menunduk. Bahang kepanasan mula terasa menjalar ke seluruh tubuhnya. Dia tahu kedua belah pipinya kini mesti kemerahan.
"Dah,jom balik." Ajak Fil Farhan dengan wajah bersahaja. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Balik?" Masing-masing tidak berkelip memandang Fil Farhan menantikan jawapan.
Senyuman manis mula menghiasi Wajah kacaknya. Tercuit pula hatinya melihat riak wajah sweet 17 di hadapannya itu.
"Ye balik. Pengetuan benarkan Hubby untuk bawa Honey balik."
"Figi?" Tanya Aishah sepatah.
"A'ah, Figi macam mana?" - Daniel.
'Ingat dia pasal Figi tu. Ye la kan, crush, sapa je yang tak ingat. Sabar Fil,Insyallah..One day kau akan ada dalam hati dia. Bagi dia masa ok.' Pujuk Fil Farhan sendiri.
"Figi.. Dia kena buang sekolah."
"SPM?" - Athirah
"Don't worry..SPM kan kita boleh ambik dekat luar kan. Selalu kalau kes biasa dia boleh je ambik SPM dekat sekolah ni. Tapi.. Sebab kes Figi ni berat jadi Figi kena ambil SPM private dekat luar." Terang Fil Farhan.
Semua terdiam mendengar jawapan dari Fil Farhan. Dah memang itu hukuman untuk setiap kes berat kalau membabitkan sekolah. Suka atau tak dia kena patuh.
"Dah,Jom balik Honey. Pipi tu makin jelas dah lembam tu."
"Ha, Emm.. Ok." Aishah terus melangkah menghampiri tempatnya lalu mengemas apa yang patut.
**********
Share this novel