Series
32655
"Dia pergi sekolah awal lagi. Ada latihan bola sepak katanya."
"Ni Angah ni ingat tak esok Angah dah sekolah?" Tanya Hajah Kamariah tanpa melihat wajah anaknya.
"Ingat Bu.. Angah tak lupa pun. emmmm.." Jawab Aisyah. Nada suaranya kedengaran lemah. Nak tak nak dia terpaksa jugak mengadap muka lelaki yang paling dibencinya atas muka bumi ni.
Dia mula termenung. Makanan yang ada dihadapan hanya dikuis-kuis sahaja. Seleranya mula menghilangkan bila otaknya bekerja memikirkan apa yang akan terjadi esok hari.
....................
Aisyah, Athirah dan Zulaikha berjalan seiring. Nama pun kawan baik, Jadi kemana sahaja mereka pergi pasti tak lari dari bertiga atau pun berdua.
Di sekolah, ada dua group girls and boys yang sering menjadi perhatian di mata guru mahu pun pelajar. Kemana saja mereka pergi, pasti mereka akan dikenali.
Pertama The Girls Team. Group ni terbahagi kepada 3 orang gadis yang sememang bijak pandai,aktif dalam apa jua program sekolah,baik hati, peramah dan memiliki rupa paras yang menawan. Mereka Aisyah, Athirah dan juga zulaikha.
Kedua. Group ini diberi gelaran The art Boys. Group ini jugak dianggotai 3 jejaka muda yang hensem,iaitu Hafizi,Naim dan Amirul. Kenapa The art boys? Sebab mereka bertiga sangat terkenal dengan tangan kreatif mereka. Kelebihan mereka sama pandai melukis. Mural yang ada pada setiap dinding sekolah tersebut dihasilkan oleh The Art Boys.
Bukan itu sahaja, disebabkan sekarang ni zaman teknologi canggih, ada Whatsap, Twitter, Tik Tok, Fac membuatkan Group The Art Boy terkenal.
Walaupun masih di alam persekolahan,mereka sudah pandai untuk mencari duit poket sendiri dengan menerima beberapa tawaran daripada syarikat-syarikat yang ingin menggunakan kemahiran mereka.
"Hey girl's" Sapa Hafizi sambil melangkah mendekati Aisyah, Atikah dan juga Zulaikha diikuti oleh Naim dan Amirul.
Dalam mereka bertiga sememangnya Aisyah la orang yang laing excited bila berjumpa bertemu mata dengan Hafizi. Kenapa? Korang pun mesti tahu kenapa kan.
Ye, Hafizi merupakan crush Aisyah. Sudah lama dia memendam rasa. Dia ada juga untuk cuba mengungkapkan kata cinta itu. Tapi terasa malu. Kerana risau takut digelarkan sebagai timba mencari perigi.
"Hai.. Figi.." Balas Aisyah. Senyuman manis mula menghiasi bibir merah delimanya. Happy la kan crush tegur. Kalau korang pun confirm happy punya la. kan?
Figi nama panggilan yang paling senang dan ringkas sahaja untuk disebut.
"Jom kita rehat sekali nak? - Hafizi.
"Ha, ok jugak tu. Lagi pun memang kiteorang nak pergi kantin pun. Korang ok tak? Soal Aisyah kepada teman-temannya.
Happy-happy jugak,keselesaan Athirah dan Zulaikha kena dititikberatkan jugak. Tak boleh la nak pakai ikut kita je kan.
"kiteorang ok je.. Jom la. Jap lagi ramai pulak orang dekat kantin tu. Aku dah la sejenis yang malas nak beratur panjang-panjang ni." - Zulaikha
"Emh, kau tu memang. Semua benda pun malas. Sebab tu ge.." Aisyah mengakhiri ayatnya dengan kembungkan kedua belah pipinya untuk 1 suku kata yang terakhir itu.
"Eleh.. Suka hati la kalau aku gemok pun. Ok apa. Bukan macam kau cekeding. Angin tiup pun boleh terbang." Balas Zulaikha.
Fizikal badanya tidak la terlalu gemuk seperti yang diperkatakan Aisyah,dia cuma Chubby mempunyai badan yang sedikit berisi.
Sambil masing-masing seronok menikmati makan tengahari Hafizi mula berbisik sesuatu di telinya kiri Aisyah.
"Cah, lepas habis sekolah ni kau balik dengan aku ok. Basikal kau tinggal je dekat sekolah ni. Aku nak bawak kau pergi satu tempat ni." Pinta Figi. Suara garaunya itu kedengaran romantis di telinga Aisyah.
"Habis pagi esok aku nak pergi sekolah apa pulak? Tak kan aku nak jalan kaki? Kau biar betul Figi." - Aisyah
"Alah,macam tak biasa pulak.. Pagi esok aku ambik la kau dekat rumah."
Aisyah berfikir sejenak. "Emm.. Ok la kalau macam tu. Tapi kau jangan lupa pulak ambik aku pagi esok,kan tak pasal pulak aku kena pergi sekolah jalan kaki."
Hafizi tersenyum senget sejurus Aisyah menerima pelawaannya itu. 'Haaihh menang besar la kau hari ni figi.' Bisik satu suara dalam benak fikirannya.
Awal lagi dia memberitahu Athirah dan juga Zulaikha tentang perancangannya untuk balik dengan Hafizi crushnya itu. Mereka selalu je balik dan juga pergi sekolah berdua jadi tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.
Aisyah hanya berdiri tegak di hadapan pagar sekolah menantikan kedatangan Hafizi. Tak lama selepas itu,kereta Honda Jazz milik Hafizi pun menjelma. Hafizi bukan la anak orang berada seperti Aisyah namun berkat kerja kerasnya dia mampu untuk memiliki sebuah kereta. Time budak-budak lain bercuti menikmati cuti, dia bekerja dengan melukis mural-mural mengikut kehendak clientnya.
"Kita nak pergi mana ni Figi?' Soalan itu diajukan sejurus sahaja dia menutup pintu kereta tersebut.
"Ala.. kau tunggu je la. Jap lagi kau tahu la. Aku yakin kau mesti sukanya la dengan tempat ni." Bodek Hafizi. Padel minyak di tekan lalu terus meluncur laju menuju ke destinasi. Aisyah hanya menyepikan diri di seat sebelah penumpang sambil memerhatikan pemandangan di sekeliling.
Disebabkan mereka sudah berkawan lama dari form 1 sampai la sekarang form 5,Aisyah langsung tak ada pemikiran yang negative terhadap Hafizi. Dan juga tak ada rasa untuk behave bila bersama Hafizi. Malah dia lebih rasa selamat bila dia bersama dengan Hafizi. Maybe sebab Hafizi pernah selamatkan dia dan mybe jugak sebab Hafizi tak pernah cuba untuk sentuh dia. Ya,Author rasa mana-mana perempuan pun akan rasa selamat bila kita jumpa kawan lelaki yang macam Hafizi ni right?
Tapi sebenarnya sebaik mana pun seorang lelaki kita perempuan mesti nak kena ada sikap untuk lebih berhati-hati. Dan ini adalah kesilapan yang paling besar dalam hidup Aisyah. Mempercayai seoarang lelaki yang dia hanya kenal di waktu sekolah sahaja.
Share this novel