Bab 8

Short Story Series 32655

Jeritan kuat yang dilontarkan Aisyah membuatkan Fil Farhan terjaga dari tidur lenanya.

"Ha, kenapa. Kenapa? Tanya Fil Farhan yang bingkas bangun sambil tanganya menggosok-gosok mata yang terasa pedih itu.

"Kenapa,kenapa apa. Awak la! kenapa awak tido dekat atas katil ni.?" Marah Aisyah sambil menghentak-hentakkan kakinya.

"Aik, habis kalau Hubby tak tido atas katil ni Hubby nak tido dekat mana pulak?" Soal Fil Farhan dengan nada suara garau yang mendatar.

"Tido je la dekat sofa sana tu." Aisyah menunding jari telunjuknya ke arah sofa yang berada dihadapan katil King itu.

"Amboi.. Sampai hati suruh Hubby tido atas sofa tu. Hubby penat jugak." Nada suaranya sengaja diturunkan biar kedengaran seperti dia sedang merajuk dan terasa dengan perkataan yang terlahir dari bibir isterinya itu.

Dia bukan merajuk dengan Aisyah,cuma dia nak tengok apa reaksi Aisyah bila dia merajuk.

'Honey, Hubby konon. Hurm. Panggil la Honey Hubby tu sorang-sorang. Aku tetap akan panggil guna nama jugak. Selagi aku tak terima kau dalam hati aku, jangan harap aku guna Honey Hubby bagai tu.' Bebel Aisyah seorang diri.

Jelingan diberikan kepada Fil Farhan yang sedang tunduk ke bawah memandang seluarnya.

'Merajuk,merajuk. Baru nikah semalam dah pandai merajuk. Nanti dah setahun dua kawin, gaduh,dia dulu lagi yang merajuk balik rumah Maklong. Rumah Mak. Bukan aku. Dah jadi terbalik pulak.'

"ye la, ye la. Tapi nak tido pun agak-agak la,letak la bantal golek kat tengah tu. Ni tak."Mulutnya di muncungkan kehadapan tanda sedang protes.

"Kenapa nak letak bantal golek pulak? Tadi Honey seronok je tido peluk Hubby. Bantal golek mana ada bau.. Hubby la best sebab Hubby wangi.. kan? " Sakat Fil Farhan. Suka pulak dia melihat wajah Isterinya yang sedang menahan geram itu.

Jarak umur Fil Farhan dengan Aisyah 8 tahun. Sekarang Aisyah 17 tahun dan Fil Farhan pula berusia 24 tahun. Setengah lelaki 24 tahun ni ada yang sudah matang dan ada jugak yang masih lagi tak fikir soal masa depan.

Tapi untuk Fil Farhan dia seorang lelaki yang sangat matang. Dia jarang untuk bergelak tawa dengan orang luar. Jadi apa yang orang luar fikir tentang Fil Farhan, dia merupakan seorang yang serious. Apa jua kerja yang dibuatnya semua serious. Sebab baginya kerja adalah satu tanggungjawab yang besar untuk tentukan masa hadapan.

Disebabkan dia berkahwin dan jatuh hati pada gadis yang beza umurnya 8 tahun. Nak tak nak dia kena la bertukar lakunya seperti Aisyah untuk menjadi magnet cinta pada isterinya sendiri. Nakal seperti kebudak-budakkan tapi tetap ada matangnya.

Kecik sahaja mata Aisyah memerhatikan Fil Farhan. Kedua tangannya digenggam.

'eeeeeeeee.. Sakitnya hati.. Kecik besar kecik besar je aku tengok mamat ni. 'Berlaga-laga gigi Aisyah menahan geram. Bertambah geram bila melihat senyuman nakal Fil Farhan itu.

"Dah la orang nak mandi! Semak." Balas Aisyah dengan jelingan tajam sambil kakinya ingin melangkah ke kamar mandi lalu tanganya pula sempat mencapai towel yang tergantung disebelah wardrobe.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah masuk ke toilet,pintu biliknya diketuk seseorang.

Tok. Tok. Tok.

"Ngah,Fil,kenapa jerit jerit ni?" Soal Kamariah cemas.Dari dapur baru ingin menyediakan sarapan pagi,terdengar jeritan anak perempunya itu,apa lagi bergegas dia naik ke atas ketuk pintu bilik tersebut. Dia risau kalau ada apa-apa yang terjadi.

Mereka kini saling berpandangan,tapi tidak lama kerana Aisyah masih lagi menyimpan rasa geramnya. Fil Farhan masih lagi tidak lekang dek senyuman nakal di bibir nipisnya.

Tiba-tiba. TING! terbit lagi satu idea nakalnya. Kalau ada gambar ni memang Author lukis mentol dah atas kepala Fil masa ni. Dia tahu yang Aisyah akan bertambah marah lepas ni. Tapi who cares?

'Pandang-pandang. Aku cungkil biji mata tu baru tahu.' Aisyah menjeling.

Fil farhan membuka sedikit pintu biliknya untuk menjawab persoalan Kamariah tadi. A. k. a Ibu mertuanya.

"Aaa.. Tak ada pape Bu. Tadi ada orang tu dia tersalah peluk bantal golek,tu yang bergegar satu rumah tu Bu." Ujar Fil Farhan dengan sisa tawa yang ditahan. Wajahnya dipalingkan kebelakang melihat reaksi Aisyah.

"Oh.. patut la. Tak apa la kalau macam tu. Ha, dah alang-alang bangun ni mandi lepas tu solat subuh ye. Aisyah tu sekali jangan lupa." Pesan kamariah pada anak menantunya.

Biasa la.. Budak muda. Kalau tak di ingatkan nanti lupa. Atau pun saja buat-buat lupa.

"Ye Bu. Tu Aisyah memang nak mandi dah Bu."

"Ha, tak apa la kalau macam tu. Ibu turun dulu la. Siapkan sarapan. Sekejap lagi Abah kau nak ke kandang pulak." Ngomel Kamariah sambil kakinya melangkah menuruni anak tangga satu persatu.

'eehh.. kurang asam mamat ni. Selamba dia je jawab dekat Ibu macam tu ek. Nanti kau tunggu aku balas. 'Aisyah bertambah geram.

Dia kini sedang berjalan ala ala cat walk dari pintu toilet ke arah suaminya. Bibir dihiasi dengan senyuman yang sedikit menggoda. Perlahan-lahan melangkah dan kini dia berada betul betul di hadapan Fil Farhan.

Disebabkan ketinggian Fil Farhan 185cm dan Aisyah pula hanya la 155cm. Jadi dia terpaksa la mendongak untuk berlawan mata dengan suami tercintanya itu.

Tercinta ke? :)

'Amboi.. Semalam bukan main lagi takut dengan aku. Hari ni dah berani berdiri dekat macam ni ye. Dengan senyum mengoda macam tu. Nak pikat aku ke? Kau jangan Cah.. Aku ni bukan tak terpikat tak tergoda tau cuma aku kawal.' Bebel Fil Farhan sendiri dalam hati.

= Sebenarnya Miss Aish tak nak publish lagi.. kalau boleh nak la publish malam nanti. Tapi rasa macam tak sabar pulak dengan part ni so Terpaksa la publish jugak. kalau tak hati Miss Aish rasa tak tenang. :D

enjoy & jangan lupa Komen.

xoxo Aish :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience