Series
32655
8 bulan kemudian..
"Hey Fil. Termenung apa tu?" Sapa Nash. Tangan kanannya menepuk lembut bahu kiri Fil Farhan. Punggungnya dilabuhkan di sebelah kiri Fil.
Lama dia perhatikan Fil Farhan dari jauh. Mulanya dia hanya ingin membiarkan saja. Tapi semakin lama dia perhatikan Fil Farhan, semakin berat hatinya untuk meninggalkan adik ipar a. k. a teman rapatnya itu sendirian. Dia tahu mesti ada sesuatu yang berat mengganggu akal fikirannya itu.
"Eh, Nash. Tak ada apa la. Aku ok je." Tipu Fil Farhan. Riak wajahnya cuba dikawal sehabis baik. Tapi dia tahu,sekali pun dia berlagak seolah-olah seperti tiada apa yang mengganggu fikirannya,Nash mesti tetap akan dapat membacanya juga.
Nash tersenyum segaris. Matanya tidak lari daripada memandang wajah Fil Farhan. Terusik hatinya bila adik iparnya itu cuba untuk menipunya. Tergeleng-gelang kepala Nash.
"Kau,kot ye pun nak menipu cari la orang lain. Orang yang tak kenal kau. Yang kau tipu ni Abang Ipar kau tau. A. k. a Bff kau, a. k. a sepupu kau lagi. So?"
Seperti yang dijangkannya. Nak tak nak dia terpaksa la berterus-terang. Lagi pun,mungkin dengan cara ni dapat mengurangkan sedikit beban di hatinya.
"Tak ada la..Dah dekat setahun aku bersama dengan Cah. Dari sebelum SPM,sampai la dah habis SPM. Tapi hubungan aku dengan dia tetap sama. Tak berubah pun. Sama jugak, daripada kau bujang sampai la sekarang kau dah kawin dengan Mia, aku dengan Cah tetap macam ni. Entah la Nash. Kadang aku rasa macam,aku ni tak ada tempat langsung dekat hati dia." Ujar Fil Farhan. Dalam suasana malap dengan cahaya lampu, Nash masih dapat melihat wajah sugul Adik Iparnya itu.
Apa yang dirasa Fil Farhan dia juga turut sama rasa. 8 bulan di alam perkahwinan. Baginya cukup untuk mengenali separuh hati budi pasangan kita. Tapi kalau ditanya pada Adiknya Aishah pasti tiada jawapan. Walaupun soalan tu adalah soalan yang paling mudah.
"Fil.. Aku tahu apa yang kau rasa sekarang ni. Sabar ok. Nanti aku cuba slow talk dengan Cah tu."
"Aku bukan apa Nash. Aku kahwin dengan dia bukan sebab dia hampir kena.." Kata-katanya mati di situ. Sungguh dia tidak sanggup untuk menyebut satu perkataan itu. Nash hanya berdiam diri menjadi pendengar setia.
"Aku mintak dia, aku sambut nama dia sebab aku dah lama sayangkan dia Nash. Aku dah lama sayangkam dia. Aku sayangkan dia sepenuh hati aku. Aku takut Nash kalau perasaan sayang aku ni kena buang macam tu je." Jelas Fil Farhan. Air matanya mula mengalir membasahi pipinya. Ini pertama kali air mata lelakinya jatuh. Jatuh kerana seorang wanita yang bergelar Isteri.
Tanpa mereka sedar,sebenarnya setiap perbualan mereka didengari Aishah yang berselindung disebalik tiang porch rumah mereka. Pipi yang sudah lecun dek kerana air mata itu disekanya. Pandangannya tidak lepas dari memandang belakang Fil Farhan yang masih lagi menahan esak.
'Dia menangis sebab aku.' tiba-tiba hatinya dihantui dengan rasa bersalah. Sebenarnya di sebalik hati kecil Aishah ada satu perasaan yang tiada siapa pun tahu.
Ye, dia dah mula sayangkan Fil Farhan. Tapi bila dia ingin tunjukkan rasa sayang tu, tiba-tiba perasaan takut menyelubungi hatinya. Takut kalau-kalau kenangan pahit tu akan berulang. Jadi kerana itu la perasaan sayang tu dipendamnya dengan sehabis baik.
'Awak tahu Fil, Sebenarnya saya dah mula sayangkan awak. Cuma awak je yang tak tahu. Saya nak tunjuk tapi saya takut awak. Saya takut pisang berbuah dua kali. Sebab tu sy pendamkan saja.'
Sebelum Nash dan Fil Farhan perasan kehadirannya di situ, dia terlebih dahulu berlari beredar dari situ.
"Dah Fil.. Don't worry ok. Cah tu adik aku. Nanti aku cuba slow talk dengan dia. Kau jangan risau la. Ok. Lagi pun aku tahu Cah tu sebenarnya sayangkan kau..tapi.. tu la, kau tahu la kan." Pujuk Nash cuba mententeramkan hati Adik Iparnya itu.
Dia tahu, kali ni hati Fil Farhan mesti terasa amat sakit. Sakit kerana sayangnya tak terbalas. Cinta bertepuk sebelah tangan.
....................
"Cah.. Aku nak tanya kau sesuatu boleh?" - Athirah.
Mereka bertiga saling berdiri dengan menyilangkan tangan di dada sambil menikmati keindahan petang di atas jambatan. Deruan air sungai yang mengalir menenangkan Aishah.
"Kau nak tanya apa,tanya je la." Jawab Aishah bersahaja. Hari ni Aishah lebih banyak berdiam diri daripada berbicara. Kepalanya terasa begitu sarat. Macam-macam perkara yang difikirnya. Tapi yang mana satu nak di selesaikan dahulu dia sendiri pun tak tahu.
"Macam mana hubungan kau dengan Suami kau sekarang?" - Athirah
"Macam tu la,macam mana lagi. Macam biasa je." - Aishah
"Bukan macam tu la.. Maksud aku,kau dengan dia dah jadi Suami isteri macam pasangan lain ke?" - Tanya Athirah dengan nada perlahan. Walaupun soalan tu nampak bersahaja,tapi sebenarnya dia malu. Ye la, dia belum berkahwin tiba-tiba Kalau boleh dia tidak ingin menyuakan soalan itu kepada Aishah, tapi hatinya memberontak kuat untuk menanyakan soalan itu.
Hanya gelengan sahaja mampu menjadi jawapan kepada soalan Athirah sebentar tadi. Zulaikha yang membatukan diri di sebelah kanan,mula bersuara.
"Kau geleng. Cah,aku cakap ni sebab aku anggap hubungan kita lebih dari adik beradik. Aku bukan nak belahkan sesiapa. Tapi jujur,apa yang aku nampak Fil tu memang sangt sangat sayang kan kau. Dah dekat setahun kau Kahwin Cah. Hubungan kau dengan dia tetap sama. Aku nak tanya kau.Tapi aku nak jawapan tu hadir dari dalam jiwa kau." - Zulaikha.
Jeda
"Hati kau memang tak ada rasa sayang dekat dia ke?" - Zulaikha
Suasana dibiarkan sunyi seketika.
Share this novel