Bab 16

Short Story Series 32655

Selangkah demi selangkah diatur dan akhirnya dia berada di tempat yang baginya dia tak ingin jejakkan kakinya lagi di situ. Tapi apa kan daya. Tanggungjawabnya yang terakhir masih belum selesai. Jadi sama ada suka atau pun tak, dia terpaksa juga hadirkan dirinya ke sekolah.

'Fuhh... Sabar ye Ecah.. Kau boleh. Kau buat tak tahu je,buat macam syaitan tu tak wujud. Sekejap je sekolah ni.. petang nanti kau tak jumpa dah.'

Aishah cuba memujuk hatinya. Bahang kemarahannya mula terasa,tapi masih boleh dikawal sebaik mungkin oleh Aishah.

Dengan Bismillah,dia melangkah masuk ke kelas 5 Al-farabi dan terus menonong membawa badannya ke tempat duduk yang 2 minggu ditinggalkan sepi. Saat dia melangkah masuk, Walaupun matanya terbuka luas tapi penglihatannya cuba dibutakan. Sungguh dia malas dan tak ingin menambahkan lagi rasa Amarah dalam hatinya.

Semenjak daripada peristiwa 2 minggu yang lalu,tiada siapa lagi yang ingin medekati Hafizi. Dua lagi sahabat karibnya,Naim dan Danial juga turut menjauhkan diri mereka dari Hafizi.

Mereka tidak menyangka kawan yang selama ini mereka sanjung rupanya syaitan yang bertopengkan manusia.

Kalau dulu kemana sahaja mereka pergi mesti bertiga. Satu team kan,biasa la. Tapi sekarang hanya Hafizi seorang tanpa teman.

Kring.....!!

Loceng sekolah berbunyi memberi isyarat kepada semua pelajar bahawa masa telah tiba. Masa yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar.

"Hey Girl's.." Sapa Naim dan juga Daniel serentak. Mereka kini berdiri dihadapan meja Zulaikha.

Aishah memandang mereka sekali tanpa senyum. Terasa menyirap pula darahnya ketika ini bila melihat wajah Naim dan Daniel.Mungkin sebab mereka berdua adalah kawan rapat kepada Hafizi. Walhal dia bukan tak tahu yang Naim dan juga Daniel tu memang sudah tidak lagi berkawan dengan Hafizi.

"Hai.." Balas Athirah pula.

"Korang,jom kita rehat sekali nak tak?" - Daniel.

"Ha,aku ok je. Tapi...." Zulaikha matikan bicaranya disitu sambil mulutnya dimuncungkan ke arah Aishah yang sedang termenung memandang ke luar tingkap.

"Cah.. Jom kita rehat sekali dengan dorang nak?" Soal Athirah sambil tangannya ligat mengemas meja yang tidak bersepah itu.

Wajahnya dipalingkan memandang Athirah. Hanya anggukan diberi tanda dia menjawab pertanyaan dari Athirah sebentar tadi. Moodnya dari pagi lagi tak ok jadi dia tidak ingin bercakap dengan sesiapa pun.

Mereka berlima berjalan seiringan. Diselang seli dengan gelak tawa mereka dan kadang kala ada juga terdengar tawa halus Aishah.

Tanpa mereka sedari, di sebalik dinding bangunan sekolah ada yang sedang memendam rasa.

'Oh.. dengan dorang ko boleh pulak layan, siap gelak-gelak lagi,dengan aku?'

"uuhhhff! Sial la." satu tumbukkan dilepaskan pada dinding tersebut.

Marah? Hurm, marah pun dah tak guna Fizi oi. Nasi dah jadi bubur. Elok dia suka dekat kau, kau khianat dia macam tu pulak. Sekarang? Hadap je apa pun yang datang.

....................

"Eemmm.. Kak Ecah!" Teriak seorang budak perempuan ini dari jauh. Aishah mula berpaling ke belakang setelah namanya di laung dengan begitu kuat.

"ha,Lin kenapa ni?" Soal Aishah kepada budak perempuan itu setelah mereka bersua muka. Linda merupakan bendahari untuk kelab photografer yang mana ia turut disertai oleh Aishah.

"Jap,jap." Linda cuba untuk menstabilka kembali oxygen yang berkurangan dalam badannya itu sebelum memulakan kembali bicaranya.

"Kak Ecah, Abang Hazlie panggil Kak Ecah. Dia ajak kita berkumpul dekat dewan belakang tu sekejap." - Linda

"Aik,kenapa pulak dia ajak kita berkumpul?" - Aishah

"Entah la Kak Ecah. Maybe sebab Kak Ecah baru masuk sekolah hari ni kot.. Kan banyak plan kelab kita yang Kak Ecah tak tahu lagi." Tembak Linda. Aishah yang sememangnya malas untuk berfikir hanya mengiyakan tekaan Linda itu.

"Emm.. mungkin. Ok kalau macam tu,Lin pergi dulu ok. Kak Ecah follow dari belakang." Cadang Aishah.

"Ok." Balas Linda dengan senyuman,anggukkan dan lantas kakinya melangkah meningglkan Aishah and the geng di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience