Bab 24

Short Story Series 32655

Mereka yang berada di sekeliling Aisyah naik hairan apabila melihat cara Aisyah menikmati jemput pisang tersebut. Makan jemput pisang je,tapi sampai terpejam-pejam matanya. Macam sedap sangat jemput pisang tu.

Cara Aisyah menikmati jemput pisang itu membuatkan Fil Farhan, Nash, dan juga Maisarah terliur untuk merasa tahap kesedapan Jemput pisang tersebut.

"Hem, biasa je. Tak ada rasa lain pun,apa yang sedap sangat ni. Kau rasa apa Nash? "- Fil Farhan

"Aku rasa macam biasa je. Sama je macam jemput pisang yang lain. Macam Mai buat,Ibu buat, mak mertua aku buat, semua sama je rasa dia. Kan Sayang?" Tanya Nash pada Maisarah isterinya untuk dapatkan kepastian.

Maisarah tersenyum. "Kalau nak di ikutkan memang sama je.. Tapi.." Tiba-tiba ayatnya mati di situ. Nash dan Fil Farhan yang masih blur ternanti-nantikan ayat yang seterusnya.

"Tapi apa Sayang? Cepat la cakap Abang nak tahu ni." Tutur Nash. Fil Farhan pulak hanya menganggukkan kepalanya tanda dia setuju dan ingin tahu sambungan seterusnya.

Nash ni nama je kerja doktor,tapi kalau bab-bab perempuan ni memang dia tak tahu. Kalau setakat test pregnant tu dia tahu la tapi untuk selebihnya dia memang tak tahu. Maybe sebab bukan bidangnya.

Masing-masing anak mata sudah melekat pada Maisarah, menantikan ayat seterusnya. Tiba-tiba Aisyah mula bersuara dengan mulutnya yang penuh dek jemput pisang.

"Emm.. korang tak nak ni kan? Cah nak bawak pegi depan la nak makan depan tv." Ujar Aisyah sambil mengangkat punggungnya berpisah daripada kerusi dan cuba untuk melangkah menuju ke sofa yang berada di ruang tamu.

Fil Farhan yang sedikit tersentak memandang. Ye la, tengah ralik perhatikan si Maisarah tiba-tiba Aisyah bangun memang terkejut la sikit.

"Eh, Honey.. makan dekat sini je la. Orang lain nak makan jugak jemput pisang tu. Hubby nak makan jugak." Tutur Fil Farhan dengan lembut.

"Emh, tak nak. Ni Honey punya." Aisyah berkelakuan seperti kebudak-budakan. Dia memeluk bekas yang berisi dengan jemput itu lalu laju sahaja melangkah pergi.

Kepala yang tidak gatal digaru Fil Farhan ke hairanan. 'Kenapa dengan bini aku ni.. makin lama makin pelik pulak perangainya. Sakit ke? Dah macam budak umur 5 tahun.' Fil Farhan mula berteka teki.Naik pening dia dengan perubahan ketara Aisyah.

Cepat merajuk,kebudak-budakkan,penampilan pun selekeh je sekarang.

Masing-masing ralik memandang Aisyah. Melihat keadaan Aisyah seperti itu kadang-kadang buat mereka nak tergelak pun ada jugak.

"Nash,kau pergi la check adik kau tu. Risau aku. Makin pelik la perangai dia sekarang. Aku risau kot sakit dia makin lama nanti makin teruk ke apa ke. Susah pulak aku nanti." Fil Farhan mula memikirkan tentang kesihatan isterinya. Dia tidak ingin melihat Aisyah sakit. Tapi jikalau memang itu dah takdirnya,suka atau pun tidak dia kena redha. Yela, siapa tak sayang bini oi.

"Tu la pasal. Aku ni nak tergelak pun ada. Tapi pelik tu pun ada jugak. Haih.. tak apa la, nanti malam ni aku buat check up dekat dia." Dialog Nash sambil menghirup air kopi yang ada terhidang dihadapannya dari tadi.

Linda dengan Maisarah saling berpandangan. Mereka mula berbalas senyuman. Geli hati pulak melihat gelagat dua lelaki di hadapan mereka sekarang ni.

Linda mengambil keputusan untuk memberitahu apa yang sedang berlegar di benak fikirannya tentang Aisyah. Ye la, memgandung ni bukan boleh di bawak main. Nanti takut Aisyah termakan benda yang tak boleh makan dah jadi kisah lain pulak.

Jadi sebelum terjadi apa-apa yang buruk,baik dia berterus terang. Lelaki mana pernah nak tangkap si bini ni mengandung ke apa ke. Kalau bukan kita,perempuan yang bagi tahu siapa lagi nak bagi tahu diaorang ni?

"Korang,emm..aku rasa sakit Aisyah tu makin teruk la.. Dia macam kena 'buatan orang'. " Tutur Linda dengan penuh selamba.

"BUATAN ORANG!? " Jerit Fil Farhan dan Nash serentak.

"Aduhh.. kenapa pulak orang nak kena buat-buat bini aku ni.. Ko biar betul Lin..? " Fil Farhan mula gelisah di tempatnya. Dah macam cacing kepanasan.

"Buatan orang. Ni memang sah la ni. Tak ada kerja orang lain dah ni. Ni mesti kerja si Hafizi turn." Marah Nash. Wajahnya mula berubah.

'Haih.. lelaki-lelaki,kita bagi hint banyak ke sikit ke tetap blur.' Ngomel Maisarah dalam hati dengan wajah tersenyum

"Ish, Abang ni, tak baik la tuduh-tuduh orang macam tu." - Maisarah.

"Betul apa. Memang dia je yang tak puas hati dengan si Cah tu. Kalau Abang dapat dia siap. Lunyai Abang kerjakan." - Nash

'Protective sungguh la laki aku ni kalau bab adik - beradik. Hurmmm'

Itu la Nash. Cara dia menunjukkan rasa sayang dia terhadap adik-adiknya bukan la melalui ucapan sayang seperti Abang-abang yang lain. Tapi melalui cara dia yang sangat protective tentang adik-adiknya.

'Eee.. Lembab la 2 orang ni. Letih kalau macam ni.' Bebel Linda dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience