Series
32655
"macam-macam la si Athirah ni,boleh pulak dia fikir sampai ke situ."- Aouther
Nafasnya dihela sekali sebelum memulakan bicaranya.
"Emm.." Hatinya berat untuk menyatakan keputusannya itu. Dia sendiri pun tak tahu sama ada keputusan yang dia buat tu,betul atau pun salah. Kalau ikutkan hatinya,memang dia tak nak pun tapi bila teringatkan keinginan kedua ibu dan ayahnya itu dia jadi serba salah.
'Haih.. Ni la susahnya bila anak perempuan sorang. ' Rungut Aisyah sendiri.
"Hoi! haih..menung lagi,dah bila ko nak ceritanya. Aku balik kan. " Rajuk Zulaikha. nada suara sengaja di tinggikan sedikit dan riak wajahnya dibuat seperti dia sedang merajuk.
"Aku setuju untuk jadi isteri Fil." Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulutnya saat itu. Wajahnya masih tersembunyi daripada penglihatan sahabatnya.
"kau setuju Cah?" Tanya Athirah pula untuk kepastian.
Dan soalan itu hanya la dibalas dengan anggukkan.
"Kau dah fikir masak-masak ke nak kawin dengan Fil ni,Hurm?
Satu keluhan berat dilepaskan. Wajahnya diangkat,matanya meliar memandang setiap inci raut wajah yang berada di hadapannya kini. air mata yang mula kering di pipi mulusnya diseka.
"entah la,aku pun dan naik serabut kepala nak fikir. Yang aku tahu sekarang ni aku jadi takut dengan keputusan aku sendiri. Aku takut,kalau-kalau keputusan aku ni salah. Aku tak sangka jodoh aku datang cara yang macam ni. Tapi ni dipanggil sebagai Jodoh ke? Entah la aku pun tak tahu nak fikir apa dah." Aisyah menahan sebak. Matanya mula berkaca.
"aku serabut,macam-macam benda yang aku nak kena fikir sekarang ni. Mana dengan hal ni lagi. Mana dengan exam yang tinggal sebulan je lagi ni. Mana dengan nak mengadap muka si." Kata-katanya mati disitu tanpa penamatnya.
Air matanya mula laju membasahi pipinya. Dia tak mampu untuk menahannya lagi-lagi bila teringatkan kejadian 2 minggu yang lalu Dan kerana peristiwa tu jugak la dia terperangkap dalam situasi sekarang ni.
Athirah dan Zulaikha memeluk erat tubuh Aisyah. Mereka tidak sangup melihat Aisyah alam keadaan sebegini rupa.
Selapas peristiwa 2 minggu lalu Aisyah mula berubah. Dari seorang Happy go lucky,dia mula menjad pendiam,banyak termenung,dan paling ketara dia menjadi takut bila ada lelaki yang cuba rapat dengannya.
"Cah..dah,jangan nangis ok.Aku tak sanggup nak tengok ko dalam keadaan macam ni.Please Cah." Rayu Zulaikha.
"Betul Cah,aku tahu ko kuat. Dan aku percaya mesti ada hikmah yang bahagia untuk kau disebalik apa yang terjadi sekarang ni." Pujuk Athirah.
Perlahan-lahan pelukan yang tadi kemas mulai terlerai. Aisyah menyeka air matanya dengan jemari halusnya.
Ye,memang betul cakap Athirah. Mesti ada hikmah atas apa yang telah menimpa atas dirinya kini. Tapi berulang kali dia cuba pujuk hatinya dengan ayat itu, Berulang kali jugak dia akan menangis.
"Entah la,aku pun dah tahu nak buat apa dah. Kepala aku dah cukup serabut dengan semua ni." - Aisyah
"Cah,kau kena ingat Allah tak akan uji kita kalau dia tahu kita tak mampu. Kau kuat sebab tu Allah uji kau dengan ujian ni. Aku percaya Cah lepas ni kau akan jumpa kebahagian kau." - Athirah
Athirah setiap dalam nasihatnya,pujuknya memang akan terselit bab agama. Bukan ke itu lebih baik?kan.
"Ye la Cah,betul cakap Yah tu. Ni kalau aku cakap ni,kau jangan ingat aku sebelahkan family kau tau." - Zulaikha
Aisyah dan Athirah saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka nak sangat tahu apa yang difikirkan Zulaikha saat ini.
"emm..aku bukan la tak pernah fikir jalan penyelesaian tentang masalah kau ni. Ye la,kita berkawan dah lama kot,kan? Tapi bila difikirkan balik,emm..Tak ada orang tua yang akan jodohkan anak dorang dengan pasangan yang tak baik. Kau faham kan maksud aku?" Zulaikha cuba menyusun kata-katanya supaya tidak manambahkan lagi rasa Amarah,rasa sedih dalam hati Aisyah. Tapi seandainya itu terjadi dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan kena hadap je la situasi tersebut.
Sebab dia bukan la seorang yang pandai menyusun setiap baris kata dalam bicaranya. Kadang nak pujuk orang merajuk pun dia tak pandai apatah lagi nak bagi kata kata yang bermotivasi.
Terangguk-angguk kepala Athirah mendengar pendapat daripada Zulaikha. Tangan kirinya kini diletakan di belakang Aisyah lalu digosoknya perlahan tanda seperti memujuk dan cuba menghilangkan resah di hati Aisyah.
"Betul jugak tu,tak ada orang tua yang sanggup tengok anak diaorang menderita lepas berkahwin,apatah lagi nak jodohkan dengan lelaki yang tak baik kan?" Celah Athirah pula. Dia memang sokong 200% apa yang diperkatakan Zulaikha Sebentar tadi.
Aisyah hanya membatukan dirinya dari tadi.
"Lagi satu kan... Emm.." Zulaikha mula tersengih menayangkan giginya yang sebaris.
Athirah dan Aisyah mula kehairanan.
"Fill tu hensem seh..rugi tau kalau kau lepaskan peluang jadi bini dia ni. Kalau la mak aku yang suruh aku kawin dengan si Fill tu aku onz je." Zulaikha yang berangan mula menggeletis.
Itu la Zulaikha. Antara mereka bertiga dia memang ada sifat gedik sikit. Tapi tak ada la over gedik macam girl lain tu.
"Amboi..bukan main gedik lagi kau ek. Aku serabut macam ni pun kau sempat lagi berangan ek,tunjuk perangai gedik kau tu." - Aisyah
Athirah menampar lembut lengan Zulaikha. Walaupun lembut tapi peritnya tetap dirasai.
"Ish kau ni kan..Asal orang tu hensem sikit, mula la sibuk nak berangan bagai. Dah la." - Athirah
"Gais,look. Macam ni la. Aku pun dah rasa macam tak mampu dah nak fikir. Kalau aku pilih diri aku,Ibu dengan abah aku pulak kecewa. Diaorang nak sangat si Fil jadi menantu dorang. Aku sekarang ni duduk tengah-tengah tau. Naik serabut pulak rasa."
Kini dia mula berdiri. kakinya melangkah membawa dirinya ke tepi anak sungai. Kedua tangannya pula di silangkan ke dada.
"Kiteorang pun tak tahu nak tolong macam mana Cah. Aku dengan Ika pun mampu untuk ada dekat sisi kau je sekarang ni. Masalah ni rumit sebab membabitkan hati Ibu dengan Abah kau."
Badanya dipusingkan mengadap dua sahabat karibnya. Senyuman nipis terukir di bibirnya.
"Tak apa..Aku faham.Korang ada dengan aku sekarang ni pun aku dah bersyukur. Macam ni la,nanti lepas je aku Sah jadi isteri si Fil tu aku nak korang 2 orang yang jadi orang pertama masuk dalam bilik aku tu. Ok?" Rancang Aisyah. Wajahnya kembali murung.
Hanya satu je yang menghantui dirinya kini. Adakah dia mampu untuk menjadi seorang isteri yang baik kepada Fil nanti?
Mereka kini saling berdiri dan berpandangan antara satu sama lain. Setiap jari jemari mereka bersatu.
"Nanti lepas je kau dah Sah jadi Isteri Fil aku dengan Yah masuk jumpa kau dulu k. Aku percaya ini adalah hadiah daripada Allah yang cukup bermakna untuk kau. Percaya la. Come hug." Lunak suaranya diiringi dengan senyuman manis yang terukir di bibirnya.
Dia berharap agar senyuman ini mengalirkan sikit sebanyak kekuatan dalam diri Aisyah.
Kini mereka bertiga saling berpelukan antara satu sama lain.
"Aku tak sabar nak tengok kau bergelar raja sehari cah.Mesti cantik kan." - Zulaikha.
******
"Cah! hey, kau ok tak ni? Bila nak habis menung kau ni Cah. Jap lagi pengantin lelaki nak masuk tau."Marah Zulaikha. Ye la,mau tak marah asyik berangan ja kerjanya.
Tok.Tok.Tok.
Bunyi ketokkan di pintu membuatkan Aisyah kembali ke alam nyata. Yes. Dia kini sudah pun bergelar isteri kepada Fil Farhan Bin Dato' Fill Fizkandar.
'Ya Allah..Redakan la rasa resah dalam hati aku ni ya Allah. Aku akan cuba untuk terima dia sebagai suami aku. Aku redha dengan segala ketentuan Mu ya Allah. Dan aku berharap dia adalah anugerah yang terindah yang telah Engkau berikan kepada ku. Amin..' Doa Aisyah dalam hati.
Share this novel