Series
32655
Tersenyum Fil Farhan mendengar kata maaf dari Aisyah. Kalau ikutkan dia yang kena mintak maaf bukan Aisyah. Sebab dia dah buat Aisyah teringatkan pada peristiwa ngeri tersebut.
"Awak tak salah pun Cah. Saya yang salah. Maaf sebab dah takutkan Cah tadi."
Entah kenapa tiba-tiba hatinya terasa sayu. Kenapa kisah hidupnya di atur sebegini rupa. Tapi tu la, nak ungkit berulang kali pun tak baik juga. Jadi nak tak nak dia kena belajar untuk terima kehidupan barunya itu.
"Cah mintak maaf Fil sebab Cah dah buat Fil terasa hati. Cah takut, Cah rasa macam peristiwa tu berulang bila Fil sentuh Cah. Cah mintak maaf Fil sebab perkahwinan kita tak macam orang lain. Cah mintak maaf." Ucapan maaf Aisyah diiringi dengan tangisan. Sungguh dia rasa bersalah dengan Fil Farhan.
Dia dah pun menjadi isteri yang sah pada Fil Farhan dan sepatutnya Fil Farhan boleh menyentuh nya. Ini tidak, nak sentuh bahu dia tepis.
"Syyy.. dah.. jangan nangis ok. Tak apa Cah.. Fil faham. Fil tak akan paksa Cah.. take ur time ok dear. " Tutur Fil Farhan dengan suara yang lunak merdu. Bibirnya dari tadi tak lekang dengan senyuman.
Jemari kirinya diletakkan didagu Aisyah lalu diangkat ke atas. Lalu air mata Aisyah disekanya.
"Dah, jangan nangis ok. Selagi kita bersama Fil akan cuba sehabis baik untuk jadi pelindung Cah. Ok. " Pujuk Fil Farhan.
Entah kenapa hatinya rasa senang dengan semua ucapan Fil Farhan. Dia seolah-olah rasa selamat bila bersama Fil Farhan.
'Ye, aku akan cuba untuk terima dia dalam hidup aku. Aku jugak akan cuba untuk jadi isteri yang sehabis baik.'Nekad Aisyah dalam hati.
"Tq Fil. Cah akan cuba belajar untuk terima semuanya. Untuk terima apa yang jadi hari ni." - Aisyah
"Tenkiu Cah. Kita sama-sama belajar ok. Ambik la berapa masa yang Ecah nak. Fil akan tunggu sampai masa tu tiba." - Fil Farhan
"Dah, jangan nangis ok. Habis hilang makeup ni nanti. Dah la Fil ni tak pandai nak touch up-touch up makeup ni. Tapi boleh je kalau nak cuba,kan? Ada blusher tak? Fil nak tambah sikit sebab nampak macam dah hilang la. " Usik Fil Farhan di ikuti dengan tawa kecil.
Cemberut muka Aisyah dibuatnya. Terus dia menampar tangan Fil Farhan yang memegang dagunya itu.
"Eee.. tak payah la, Ecah boleh buat sendiri. Kang tak pasal muka Cah jadi macam opera cina pulak kalau Fil yang buat. Tak pasal je."
Terlepas tawa Fil Farhan bila Aisyah bayangkan muka dia akan jadi seperti penari opera cina kalau dia yang tolong touch upkan.
Sakit hati pulak tengok Fil Farhan dok gelakkan dia. 'Eee.. gedik.'
Aisyah kini membetulkan sedikit makeupnya di hadapan cermin sempat mengerling sekali ke arah Fil Farhan yang sedang membetulkan songkok dan jugak bajunya.
'Hensemnya dia. Perfect guy yang sememangnya aku inginkan. Dah la muka tu macam actor cina yang aku minat.' Puji Aisyah dalam hati sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain.
"Dah siap. Jom." - Aisyah.
"Hurm, Kemana? Bukan kita memang nak duduk dalam bilik ni je ke?" Usik Fil Farhan lagi. Keningnya pula sengaja diangkat berkali-kali
"Ee.. Gedik." Ucap Aisyah sepatah.
Fil Farhan tergelak. "Ha, ok jom-jom." Terkekek Fil Farhan ketawa melihat gelagat Isterinya itu.
Hampir setengah jam mereka berdua duduk dalam bilik. Diluar pula baru sahaja Nash ingin mengetuk pintu tiba-tiba pintu terkuak.
"Ha, Baru nak keluar ke?" Tanya Nash dengan tangan bersilang di dada. Lagak seperti orang sedang marah.
Aisyah menjeling. Dia memang dari tadi lagi tak puas hati dengan Abangnya itu. Cuma tak berpeluang untuk membalas.
'Eeh.. Sibuk je. Suka hati orang la nak duduk berapa lama pun. Pot pet pot pet mulut tu.'
Marah Aisyah. Bila mood dia swing semua benda pun memang tak kena di mata dia. Salah sikit je, dia punya beleter panjang bejeler.
Dia kini berjalan menghampiri Nash. Selisih saja bahu mereka berdua Aisyah mencubit halus perut Nash terus direntapnya. Merah, confirm merah. Siapa je yang tak jadi merah bila dah kena cubit macam tu oi.
"aaauucchh! " Jerit Nash kesakitan. Dia tidak menyangka yang Aisyah akan mencubitnya.
Wajahnya dipalingkan sekali ke belakang untuk melihat gelagat Abangnya itu.
'Ha.. Padan muka. Puas hati aku. Dari tadi lagi aku tunggu nak balas ni baru ada peluang. Tadi bukan main seronok lagi kan kenakan aku,sekarang rasa la.' Bebel Aisyah dalam hati. Satu senyuman senget dihadiahkan pada Abangnya Nash sebagai tanda kemenangan.
Cemberut muka Nash menahan rasa perit diperutnya. Tangannya sedari tadi tidak berhenti menggosok supaya peritnya itu hilang.
Tergeleng-geleng kepala Fil Farhan melihat telatah 2 beradik itu,lagi-lagi Aisyah,isterinya itu. Setiap tingkah lakunya diperhatikannya. Kadang tengok macam budak-budak pun ada jugak. Tapi padan la dengan umur dia 17 tahun. Sekejap mature sekejap kebudak-budakkan.
'Haih.. Nasib kau la Han,siapa suruh jatuh hati dekat girl 17 tahun ni. Punya la banyak pilihan yang kau ada dia jugak yang kau pilih.' Fil Farhan membebel sendiri sambil tersenyum.
**********
Share this novel