Bab 25

Short Story Series 32655

"Ish.. Kau ni Nash..bukan si budak Figi la yang buat adik kau tu.. Tapi adik ipar kau ni ha.. " Kata Linda sambil menjeling sekilas ke arah Fil Farhan.

"ha!? aku pulak yang kena? Apa yang aku dah buat dekat Cah sampai dia jadi budak-budak macam tu? Haihh.. Kau ni Lin,terus terang je boleh tak?Kang tak pasal-pasal aku yang jadi gila sat lagi." Ujar Fil Farhan. Kepala dia dah naik binggung nak fikirkan maksud di sebalik kata-kata Linda itu sebantar tadi. Jadi dia hanya ingin Linda berterus-terang sahaja.

Nash yang jugak kebingungan hanya mendiamkan diri dengan mata yang berkelip-kelip mermerhatikan Linda. Dan berharap yang Linda akan berterus-terang. Dia pun dah naik malas nak bermain dengan teka-teki yang mampu membuat dia menjadi seorang lelaki yang kebingungan.

Gelagat Adik Ipar dan juga Abang Ipar yang kebingungan dengan kenyataan Linda itu membuatkan hati Maisarah terusik.

'Lelaki..lelaki. Selagi kita tak berterus-terang,selagi tu la duduk blur macam ni. Abang ni pun,tak dapat tangkap lagi ke yang si Adik tu mengandung. Hurmmm.. teruk la kalau keadaan terus macam ni.'

Dengan senyuman manis di bibir,Maisarah mula bersuara.

"Abang.. tak lama lagi kan, Abang bukan je jadi Papa tau, tapi.. Abang jugak akan jadi Paklong dan Sayang akan jadi Maklong.." Ujar Maisarah kepada suaminya sambil matanya menjeling memandang Fil Farhan dan bergilir dengan Linda.

"Ha? Jadi maksud ayat Sayang dengan Linda tadi, yang Cah tu tengah pregnant la?" - Nash

Soalan Nash dijawab dengan anggukkan beserta senyuman manis. Tanda mengiakan.

"Jadi,maksud Linda yang BUATAN ORANG tu."

'Haih.. tak jelas lagi ke... Lambat betul la Nash ni. Nama je Dokter.'

Bebel Linda dalam hati. Sakit hati pulak dia dengan kelembabpan Dokter Nash tu.

"Ye la. Tu la maksud aku. Jadi betul la kan yang BUATAN ORANG tu datangnya dari Adik Ipar kau ni?" - Linda.

Fil Farhan yang duduk bertentangan dengan Nash hanya menyepikan dirinya. Tak tahu apa yang dia nak react saat ini. Melompat kegembiraan? Mungkin. Tapi macam budak-budak sangat pulak. Menangis? pun ada rasa nak menagis jugak.

Menangis tanda gembira yang tak lama lagi akan timang cahaya mata sendiri dan bergelar daddy. Rasa tak percaya, huh.. senang cerita semua perasaan ada la sekarang ni. Tu yang Fil Farhan hanya mendiamkan diri sahaja.

"Hoi ! asal ko diam ni? Tak happy ke nanti nak jadi Papa ni?" Sergah Nash bila melihat Fil Farhan yang hanya membisukan dirinya dari tadi.

"Ha."

"Bukan Papa la.. tapi Daddy." - Fil Farhan

"Amboi..tu ke yang kau fikir diam dari tadi Fil? - Linda

"Tak ada la,aku cuma tak tahu macam mana nak react perasaan aku ni bila dpat tahu yang aku ni tak lama lagi akan jadi Daddy." Ujar Fil Farhan sambil garu kepala yang tidak gatal.

"Ala..biasa la tu. Aku hari tu pun macam kau jugak. Tak apa macam ni, malam nanti kita bila test. Kalau betul ada Alhamdullilah.." - Nash

"Tak sangka aku tahun ni aku dapat 2 pangkat sekali gus." Dialog Nash.

Ye la,mesti la ramai yang tak sangka kan. Tahu je la macam mana hubungan dorang sebelum ni. Tup tup bila dah berbaik terus lekat berisi. Cuba bayangkan kalau diaorang berbaik dari dulu,mesti sekarang ni Aisyah tengah bawak perut besar ke hulu-hilir kan?

....................

Di beranda bilik milik Aisyah dan Fil Farhan

"Honey.. kenapa duduk dekat luar ni malam-malam macam ni..hurm? Tak elok tau biarkan badan ni kena embun macam macam ni. Honey sejuk,baby pun sejuk nanti,tau." Ujar Fil Farhan sambil memeluk kuat tubuh Aisyah dari belakang. Satu ciuman lembut hinggap di kepala Aisyah.

Semakin lama,dia merasakan semakin selesa apabila berada dalam pelukan suaminya itu. Perasaan kasih sayang yang sangat kuat dapat dirasai Aisyah dan dengan rasa itu juga membuatkan dirinya tenang.

'Ya Allah,kekalkan lah perasaan sayang kami ni hingga ke Syurga Ya Allah. Ampunkan segala dosa lama ku saat aku tidak menjadi seorang isteri yang terbaik untuknya dulu. Dan sekarang,aku akan hargai,dan belajar untuk menerima apa jua pemberian daripada mu. Sesunguhnya perancangan dari Mu adalah yang terbaik untuk ku.'

Doa Aisyah dalam hati. Dalam diam air matanya setitik demi setitik jatuh membasahi pipinya yang semakin mengembang dan terus mengalir jatuh membasahi tangan Fil Farhan.

"Hurmm.. Hey,Honey... Kenapa menangis ni.. hurm" Soal Fil Farhan dengan nada suara garaunya yang perlahan.

Kedua tangannya memaut bahu Aisyah lalu memusingkan Aisyah supaya mengadap kearahnya.

"Kenapa tiba-tiba nangis ni? Hurm." -Fil Farhan

"Hubby.. Honey mintak maaf sebab dulu Honey tak jadi isteri Hubby macam sekarang ni." Tutur Aisyah dengan perlahan. Semakin laju air matanya mengalir menyembah pipi.

Sesiapa pun yang bergelar Suami pasti gembira apabila mendengar si Isteri meminta maaf di atas khilafnya yang dulu. Begitu juga dengan Fil Farhan. Hatinya cukup berbunga-bunga apabila mendengar kata maaf yang lahir dari mulut Aisyah.

Namun begitu,Fil Farhan telah pun melupakan dan sentiasa memaafkan apa jua kesalahan isteri tercintanya itu. Baginya,yang lepas biar la ia berlalu dan hari-hari yang mendatang dijadikan peluang yang baru untuk nya mencipta kisah cinta mereka yang baru dan menjadikannya sebagai kenangan yang terindah.

"It's ok Honey.. Hubby dah maafkan Honey.. Lagi pun Hubby faham keadaan Honey." Ucap Fil Fahan dengan senyuman di bibir.

Aisyah hanya mendiamkan diri dalam pelukan suaminya.

"Dah..jangan nangis ok. Nanti kalau Honey Hubby ni asyik nangis je,baby dalam perut tu pun nanti selalu nangis sebab ikut perangai mummy dia yang kuat nangis. Honey nak ke?" Sakat Fil Farhan. Rambut isterinya yang sedikit tak terurus diraup dengan jemarinya kebelakang.

Tersenyum manis dia apabila diperlukan seperti begitu.
Tubuhnya terasa aura kehangatan asmara itu mengalir ke segenap tubuh.

Wajahnya didongakkan ke atas. Lama dia perhatikan wajah maskulin suaminya itu.

CUPP!

Tiba-tiba hinggap satu kucupan di bibir munggilnya. Aisyah tersenyum manis. Lalu menyembamkan kembali wajahnya ke dada bidang Fil Farhan.

'Hubby.. Honey harap,hubungan kita ni akan kekal hingga ke jannah. Amin..'

- TAMAT -

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience