Bab 1

Short Story Series 32655

Setelah terlafaznya Akad oleh jejaka tampan tersebut,mereka berdua mula mengatur langkah menuju ke bilik yang menempatkan pengantin perempuan.

Dengan perlahan-lahan pintu dikuak.Mereka berdua mengatur langkah dengan perlahan mendekati pengantin perempuan tersebut. Walaupun wajahnya hanya menunduk tapi mereka tahu yang sahabat nya itu sudah pun didandan cantik oleh makandam untuk kelihatan cantik pada hari yang bahagia ini.

Kena la dengan pepatah orang melayu. RAJA SEHARI.

Melihat Aisyah yang asyik termenung sehingga tidak menyedari dengan kehadiran mereka berdua di dalam bilik tersebut,Zulaikha mula memberi isyarat kepada Athirah supaya memulakan dahulu perbualan antara mereka bertiga.

Athirah yang mengerti dengan maksud di sebalik bahasa isyarat tersebut hanya tersenyum.

Tangannya kini menggenggam kemas jari-jemari pengantin tersebut. Dia tahu gadis itu sedang berperang dengan perasaannya sendiri.

"Cah....." Panggil Athirah dengan suara yang di lunakkan.

Sungguh dia Cuba berjaga-jaga untuk berbicara kerana dia tidak ingin menambahkan lagi resah dalam hati sahabat karibnya itu.

Athirah,Zulaikha dan Aisyah merupakan sahabat karib. Perkenalan mereka bermula di tadika sampai la sekarang mereka masih lagi bersama.

Setiap suka dan duga pasti akan dilalui bersama. Itu lah yang menguatkan lagi tali persahabatan antara mereka bertiga.

Walaupun dia berkali disapa Athirah tapi wajahnya masih lagi setia menunduk. Ye, perasaannya kini bercelaru. Dia takut seandainya keputusan untuk berkahwin dengan lelaki tersebut adalah keputusan yang salah. Ini bermakna dia telah membuat satu kesalahan yang paling besar dalam hidup dia.

Debaran yang melanda di jiwanya kini hanya tuhan saja yang tahu. Bukan mudah untuk menerima kehadiran seseorang yang kita tidak cinta.

'Ish,kenapa aku rasa macam lain ni ek,boleh tak kalau aku nak tarik balik keputsan yang aku buat sekarang ni? Tapi aku dah sah jadi isteri dia kan? Macam mana ni..' Gumam hatinya sendiri.

Tergeleng-geleng kepala Athirah melihat gelagat sahabatnya itu. Diam membisu tanpa kata. Zulaikha masih setia di sisi Aisyah dan hanya menjadi pemerhati sahaja dari tadi.

'Haih.. Sampai bila dia nak diam membisu macam ni.Kejap lagi pengantin lelaki nak masuk bilik untuk sarung cincin pulak. Aku panggil banyak kali pun dia buat x tahu je.'

Tangannya yang menggenggam kuat jemari Aisyah mula memainkan peranan.

"Hoi Cah." Suaranya sedikit meninggikan. Tujuanya untuk mengejutkan kawanya itu kembali ke alam nyata.

"Ha." Aisyah yang seolah-olah baru tersedar dengan kehadiran dua sahabatnya itu.Wajahnya diangkat lalu memandang tepat pada sahabat karibnya itu.

Mulutnya sedikit terbuka. Dia kebingungan.

'Bila masa pulak diaorng ni masuk bilik aku. Tadi aku rasa macam..Haihh.. apa la yang aku fikir ni.'

"Ko ni dah kenapa cah? Ok x?" Zulaikha yang sedari tadi membatukan dirinya di sebelah Aisyah mula bersuara.

Wajahnya yang sedikit menunduk dipalingkan sekilas ke kanan memandang Zulaikha di sisi.

"Tak ada apa la.. aku ok je." Jawab Aisyah sedikit hambar. Tiada Langsung nada gembira dalam nada suaranya.

"Ye la tu ok.. Ko buat kiteorang ni macam baru hari ni kenal Ko kan." Sangkal Athirah pula. Dia kenal sangat dengan Perangai kawan baiknya itu. Mana tak nya dari seorang yang spesis Happy go lucky tetiba boleh murung,mesti la ada something yang tak kena kan.

'Spesis Ko bagi kat aku Author? kurang asam. Ingat aku binatang?' Marah Aisyah.

"eeemmh.." berdehem Aisyah buat seketika. Jari telunjuk kiri dan kanannya,di laga-lagakan.

Kini ada 2 pasang mata memerhatinya sambil menanti patah perkataan yang bakal terlahir dari mulut Raja Sehari ni.

Sambil berdehem, sambil itu jugak anak matanya cuba membalas pandangan dua sahabat karibnya itu. Kedua jari telunjuknya masih lagi berlaga-laga.

'Adoi.. Diaorang ni pandang aku macam nak makan aku. Seram pulak aku nak cakap. Tapi,kalau aku tak cakap melepas la peluang aku untuk jadi 'single' balik. Ye la,mana tahu kot belum akad nikah lagi ke.' Ngomel Aisyah sendiri dalam hati.

Pandangannya sekejap kebawah sekejap kepada Athirah dan juga Zulaikha.

Nafasnya di tarik dan dilepaskan sekali.

"emm.. Boleh tak kalau aku nak batalkan kenduri kawin ni?" Soal Aisyah sambil memejamkan matanya. Telinganya pulak cuba dikawal untuk menahan perit suara kepoh Zulaikha sebentar lagi.

Membulat mata Athirah dan juga Zulaikha bila mana telinga mereka menangkap setiap baris kata yang keluar dari mulut sahabat baiknya itu.

"The What!?"Lontar Zulaikha dalam nada sedikit menjerit.

'Kan betul aku cakap..Minah kepoh ni mesti menjerit punya. Habis la aku.. Kalau jap lagi orang kat luar tu datang tanya aku kenapa. Adoi.. Minah ni tak boleh ke kalau sehari cover sikit suara tu.' Bebel Aisyah sendiri dalam hati.

"Ish, Kot ye pun ko terkejut jangan la jerit kuat kuat. Tak pasal-pasal orang kat luar sana boleh dengar suara nyaring ko tu." Pesan Athirah pada Zulaikha dengan nada yang sedikit tegas.

Ye,sememangnya mereka dah terbiasa dengan suara nyaring si Zulaikha ni,tapi agak-agak la.

"Entah,Aku debik jap lagi baru tahu." Marah Aisyah sambil mengerutkan ke dua keningnya. Tangan pula digenggam kemas lalu disuakan kepada Zulaikha.

Zulaikha pula hanya tersengih seperti kerang busuk sambil menayangkan giginya yang sebaris itu.Dia tahu kesalahannya terus dia memohon maaf daripada 2 sahabatnya itu.

"Sory-sory." Ucap Zulaikha sambil tersipu malu.

Gila tak malu dah la dekat kenduri ramai orang pulak tu,nasib baik dekat dalam bilik je. Kalau la dekat luar,tak tahu la mana dia nak sorok muka dia tu. Nanti orang cakap.

Harap muka je cantik,suara mengalahkan singa.

Tergeleng-geleng kepala Athirah dengan perangai si Zulaikha ni. Kadang - kadang rasa macam tak mature pun ada jugak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience