Bab 7

Short Story Series 32655

Pintu bilik dikuak.

Langkah kakinya dibawa menghampiri ke katil yang bersaiz king itu.

"Aihhh.. Penatnya hari ni.. Ni kalau dapat baring ni best jugak ni. Emmm.. Syoknya.. Along la ni, mentang la dia jadi photografer hari ni suka hati je arah aku macam tu macam ni. Nasib baik la si Fil tu nak jugak ikut kehendak aku tak nak pegang-pegang."

Badannya kini dihempaskan di atas tilam bersaiz king itu dengan kedua tangannya didepakan dan dinaikkan ke atas dan ke bawah secara berulang.

"Emmm.. Ni kalau dapat tido syok ni. Tapi aku sembahyang pun tak lagi ni." Ngomel Aisyah seorang diri. Dia kini sedang seronok merehatkan badanya yang kepenatan melayan sanak saudra yang ke majlis tersebut.

Bila teringatkan ada perkara yang dia kena buat sebelum dibuai mimpi indah,dia terus bangun untuk mandi dan sekali gus menunaikan tugas sebagai Hamba Nya. Kalau di layan ke mata memang akan tertidur dan semua pun terabai.

Kini secara rasminya bilik tersebut bukan la milik dia seorang tapi milik berdua iaitu dengan Fil Farhan suaminya. Sama ada dia lupa atau pun pura-pura lupa entah la. Tapi dengan selamba badaknya dia menanggalkan bajunya satu persatu lalu berkemban. Buatnya si Fil Farhan masuk time-time tengah berkemban macam mana? Tak ke haru biru jadinya.

Dibawah Fil Farhan masih lagi rancak bersembang dengan ahli keluarga serta kawan-kawanya. Tiba-tiba ada satu tangan menyentuh bahu kanannya. Terus sahaja wajahnya dipalingkan ke belakang untuk melihat siapa gerangan yang menyentuhnya.

"Ha Nash, kenapa? "

"Tak ada apa la.. Dah-dah la sembang,naik mandi sembahyang. Kau tu dah penat dah dari pagi tadi lagi."

"Ha ok, memang aku ingat nak naik mandi pun. Badan aku dah rasa berlengas sangat dah ni."

"Pergi la, diorang semua tak apa biar aku handle. Lagi pun dorang semua pun nak balik dah jap lagi."

"Ha, ok la kalau macam tu. Aku naik dulu la. Nak mandi." Fil Farhan mula membesarkan langkahnya menuju ke bilik. Namun sempat juga di sakat oleh Nash.

"Ha..Kau tu mandi, mandi jugak. Tapi jangan la mandi 'sahaja' pulak." Laung Nash mengusik.

Langkahyang yang tadi lebar kini terberhenti disebabkan Nash.

"Ala.. Kalau mandi 'sahaja pun apa salahnya.. Bukan dosa pun. Kan? Hari tu kau jugak cakap yang kau tak sabar nak anak sedara kan. . Jadi aku kena la usaha dari sekarang." Balas Fil Farhan dengan senyuman nakal di bibir.

Sengaja dia bagi ayat pedas sikit sebab nak tutup mulut Nash tu. Kalau tidak dia akan berbunyi lagi.

Nash menyengetkan mulutnya. 'Eleh.. Aku pulak yang kena padahal dia tu yang gelojoh. Mentang la dah kawin.' Bebel Nash.

Aik,terasa? sedangkan tu semua dia jugak yang mula dulu. emm.. Nash, Nash.

Fil Farhan tersenyum melihat isterinya yang terbaring lena di atas katil. Lalu dia menanggalkan apa yang patut,membersihkan diri serta menunaikan solat Isyak sebelum dia juga dibuai mimpi lena.

Songkok di lepaskan dari kepala lalu diletakkan diatas dressing table. Dia kemudian membawa dirinya mendekati katil king tersebut lalu menghempaskan badanya di atas tilam yang empuk itu.

'Emmm.. Leganya dapat baring macam ni. Penat gila rasa. Kenduri kecik je, tapi bila dah kumpul dengan family yang ramai macam tadi tu kenduri yang kecik pun boleh jadi besar.' Bebel Fil Farhan sendiri dalam hati sambil memusingkan badannya ke sebelah kiri untuk mengiring.

Tangan kiri menongkat kepalanya sambil jemari kanan cuba menyelak perlahan anak rambut yang menutupi wajah mulus isterinya itu.

Dia menatap wajah itu dengan penuh rasa sayang. 'Sempurna ciptaan mu Ya Allah. Sangat sempurna. Cantik. Emm.. Ambik la berapa lama pun masa yang Honey nak. Hubby akan tetap tunggu Honey sampai Honey boleh terima Hubby dalam hati kecil Honey.' Pujian dan harapan itu terucap dalam hati. Lalu Fil Farhan akhirnya dibuai mimpi lena disisi Aisyah.

Hubby, Honey. Panggilan yang diberikan oleh Fil Farhan sendiri. Kerana baginya panggilan itu terdengar lembut dan sangat romantis di telinganya.

Mujur sahaja malam itu masing-masing tidur pakai seluar. Mungkin terlalu penat masing-masing tidur ada pelbagai cara. Lagi-lagi Aisyah. Bila terlampau penat dia akan tidur buas plus berdengkur lagi. Tapi author rasa tu normal la kan bagi sesiapa je yang penat. Betul tak?

6.00 am

Aisyah mengiring ke kanan dengan mendepakan tangan serta kaki kirinya lalu diletakkan di atas tubuh Fil Farhan. Mungkin dia ingatkan itu bantal golek yang dipeluknya selama ini. Walhal itu adalah badan suaminya.

Tiba-tiba dalam tidur, otaknya sempat bekerja fikirkan sesuatu. 'Aikk, macam lebar sangat je bantal peluk aku hari ni. Bear ke? Tapi bila masa aku ada anak patung besar gedabak macam ni. Aarghh lantak la. Aku mengantok la. '

Jadi dia buat keputusan untuk membiarkan sahaja apa persoalan yang ada dibenaknya itu. Tiba-tiba hidung mancungnya dapat menangkap satu bau yang mampu mencairkan imannya. Dia manarik nafas panjang.

Heeerrmmm.. 'Emm.. Wangi nya...' Kemudian kaki kiri yang berada di atas kaki Fil farhan di gerakkan ke kiri dan kanan.

'Aik, macam pelik je ni. Jap.' Otaknya kini sedang bekerja.

'HA!' Terbeliak matanya apabila otaknya dapat mencerna apa yang di hadapannya kini. Dan apa yang sedang dipeluknya ketika ini.

"Aaarrrgghhh....!" Jerit Aisyah sekuat hati. Dia kini sedang berdiri kaku di birai katil dengan perasaan yang bercampur baur.

Marah,takut,malu,semua ada. Bahagia? Buat masa sekarang ni perasaan tu belum ada. Yes, bukan senang untuk kita menerima seseorng yang kita tak cinta.Tambah lagi dalam masa yang sama kita pernah sayangkan seseorang tapi orang yang kita sayang tu telah mengkhinati kita. Begitu la situasi Aisyah sekarang. Jadi untuk wujudkan rasa bahagia tu dia perlukan masa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience