Lilyrose 6 | Ridiculous

Romance Series 55089

Kebencian yang ditanam
Membutakan hati yang sedia kelam

««~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~»»

Sesampai di anak tangga yang paling atas, langkah Nuf terhenti mendadak. Terkaku dia melihat apa yang terbentang di depan mata.

Seorang wanita dan kanak-kanak yang sedang enak menjamu selera di bahagian tengah jejantas itu ditenung lama.

Perlahan langkahnya diatur mendekati dua manusia itu. Bunyi derapan tapak kasut Nuf di lantai simen membuatkan wanita itu terhenti menyuap makanan ke dalam mulut manakala kanak-kanak itu juga sudah berpaling memerhati Nuf yang semakin mendekati.

"Abang nak beli tisu?" Alif menyoal ramah. Mendongak dia merenung Nuf yang berdiri tinggi di depan tempat mereka duduk di atas hamparan kotak.

Nuf senyap namun sebelah lututnya diturunkan berlabuh di atas lantai. Matanya bersilih-ganti merenung Alif dan ibunya.

"Tisu, dik?" Kak Azi pula bersuara apabila dia dapat merasakan Nuf sudah bertinggung di depannya.

"Er...berapa harga tisu ni?" Nuf menyoal Alif selepas teragak-agak beberapa ketika.

"Seringgit sepaket, abang."

Nuf terdiam sejenak. Dia memandang sekeliling. Memang tiada orang lain di atas jejantas itu, bermakna Warda tadi datang untuk—

"Abang? Abang jadi ke nak beli tisu ni?" Soal Alif lagi apabila Nuf mendiamkan diri.

Nuf terngadah.

"Kalau semua?" Perlahan dia bertanya. Telunjuk Nuf menunjuk ke arah semua stok tisu yang tersusun di dalam bakul.

Terbeliak mata Alif. Tak pernah lagi ada orang baik hati yang mahu membeli semua stok tisu mereka. Kalau betul abang baik di depannya ini mahu membeli semua, balik awallah nampaknya hari ini. Malam ini, tak perlu dia merayu berjual di kedai-kedai makan seperti malam-malam sebelumnya.

"Adik nak beli semua?" Kak Azi juga tak dapat menyembunyikan rasa terkejutnya.

Nuf menghela nafas. Entah kenapa, dia mengangguk setuju. Nyata tujuannya sudah terpesong dari asal. Tak terluah pula mulutnya untuk bertanya.

"Hmm. Saya nak beli semua."

Seusai ujaran Nuf, tak henti-henti kedua beranak itu mengucap syukur. Alif sudah berdiri teruja dan kak Azi pula tak berhenti tersenyum lebar.

Alhamdulillah, rezeki.

"Terima kasih, dik." Sungguh dia berterima kasih dikurniakan rezeki yang murah hari ini.

Tanpa membuang masa, pantas tangan kak Azi memasukkan semua tisu ke dalam plastik sambil dibantu oleh Alif.

Mujur ada plastik makanan yang dibawa Warda tadi.

Mata Nuf tak lepas memerhati. Nuf yakin itu plastik yang dibawa Warda tadi kerana ia punya logo hospital yang tercetak di permukaannya.

Tak semena-mena, plastik yang penuh dengan paket tisu itu dihulur ke arahnya. Teragak-agak Nuf mencapai. Wallet ditarik keluar dari poket seluarnya.

"Berapa?" Nuf sedia menarik not dari dalam wallet.

"Dua puluh ringgit je, dik." Kak Azi masih tersenyum.

Nuf menjeling sekilas ke dalam beg plastik. Rasanya lebih dari dua puluh paket tisu yang diberikan.

Nuf terus menarik keluar not RM50 dan diberikan kepada Alif.

"Tak apa. Yang lebih tu, abang belanja." Nuf menggarit senyuman segaris melihat Alif sudah membeliakkan matanya sekali lagi.

Alif merentang not itu didepan mukanya. Terbuntang matanya melihat angka lima dan kosong di duit itu. Rasanya, itulah pertama kali dia melihat dan menyentuh not 50 ringgit.

"Ibu, kalau ada nombor lima dengan kosong tu maksudnya 50 ringgit kan?"

Terkesima kak Azi jadinya.

"Adik, banyak sangat tu. Dua puluh ringgit pun dah cukup."

"Tak apa, kak. Anggaplah saya belanja akak dan anak akak ni makan." Nuf menyentuh rambut Alif yang kerinting. Dia ikhlas mahu bersedekah. Lagipun keadaan dua beranak itu amat memilukan.

"Malam ni bawak ibu, makan sedap-sedap tau."

Alif mengangguk sambil tersengih lebar.

Terharu rasa hati kak Azi. Baik sungguh lelaki di depannya ini. Walaupun matanya buta, tapi dia dapat merasakan lelaki di depannya ini cukup ikhlas. Sangkanya hanya Warda yang berhati mulia, tapi rupanya masih ada orang lain yang sebaik dan setulus Warda.

"Terima kasih, dik. Akak doakan adik murah rezeki selalu." Sekali lagi dia berterima kasih. Kali ini turut diselitkan doa untuk pemuda di depannya.

"Amiin." Alif mengamin kuat sambil meraup wajahnya.

Nuf sekadar mengaminkan di dalam hati. Dia lantas kembali berdiri dan berlalu dengan menjinjit beg plastik penuh berisi paket tisu.

"Ibu, abang tu baik sangat macam Kak Warda. Kan, ibu?"

Terhenti langkah Nuf mendengar nama Warda terkeluar dari mulut Alif. Pandangan dilontarkan kembali ke arah Alif dan kak Azi melepasi bahu kirinya. Beg plastik di tangannya direnung lama.

Beg plastik sama yang dibawa Warda awal tadi.

Genggamannya pada tangkai plastik itu dieratkan seperti menampung rasa yang menyesakkan dada.

Nuf mengetap bibir dan terus turun dari jejantas menuju keretanya. Sebaik dia masuk, beg plastik dipenuhi tisu itu dilempar ke tempat duduk penumpang di sebelah.

Kepalanya tergeleng lemah. Entah kenapa perasaannya bercampur-aduk.

Berbaur.

Arghhh!

Hand rest keretanya dihentak kuat.

•••

"Bie, you ni dah kenapa?" Bella membentak sebaik mereka sampai di rumah.

Nuf perasan sedari kejadian warda terpecahkan pinggan porcelain di rumah mak tadi, Bella sudah menarik muncung sedepa.

Nuf mengeluh lemah.

Janganlah Bella mahu mulakan pergaduhan disebabkan isu itu lagi.

"Apa pulak yang you tak puas hati lagi kali ni, baby?" Nuf bertanya lemah. Letih jika setiap hari perkara yang sama diungkit. Dia seperti dapat mengagak apa yang bakal diperkatakan Bella.

Sebab itu jugalah kadang-kadang dia malas mahu mengikut Bella pulang ke rumah ibu bapanya. Terutamanya jika Warda turut ada di rumah itu.

"You tulah! Tak habis-habis nak back-up si Warda tu dah kenapa?"

"Baby, I dah cakap banyak kali kan. I kesian je dengan dia. Satu lagi, I serabut. Setiap kali dia balik rumah tu mesti mak you tu tak habis-habis dera, maki dia. Layan dia macam orang gaji..." Nuf menghenyak punggung ke atas sofa empuk di ruang tamu kondominum mewahnya. "You pun sama. Dia kan dah mintak maaf, so tak perlu nak marah-marah lagi. Dia bukannya sengaja."

"Macam mana you tahu dia tak sengaja? Dia tu dah lama sakit hati dengan I. Memang dia sengaja pecahkan pinggan I. I tahu sangat perangai dia tu. You tu je yang baru kenal dengan dia, you tak tahu apa-apa!" Bella berpeluk tubuh berdiri di hadapan Nuf.

Nuf mengeluh lagi. Wajahnya diraup kasar.

Naik bosan dia mendengar ayat yang sama keluar dari mulut Bella setiap kali hal itu dibicarakan.

"Walaupun I baru kenal dia, tapi I tak rasa dia macam tu. You tengok sendiri. Mak tu selalu marah-marah dia pun, dia masih balik jumpa mak abah you. Sedangkan dia tahu mak you tu tak suka dekat dia."

Bella tergelak sinis.

Absurd!

"You tu dah tertipu dengan lakonan dia. I dah membesar dengan dia lebih sepuluh tahun, so I tahu apa niat sebenar dia baik dengan mak abah. Lagipun memang patut pun mak layan dia macam tu. Selama ni dia duduk menumpang dekat rumah tu free, mak abah tak pernah mintak sesen pun dari dia."

Berkerut dahi Nuf mendengar kata-kata kasar yang terlontar dari bibir cantik itu. Perangai Bella yang berdiri di depannya sekarang sungguh berbeza dari yang dia kenali setahun lalu.

Mana perginya Bella yang dahulu?

Bella yang membuatkan dia jatuh cinta.

Bella yang periang dan manja.

Mana?

Atau mungkin betul dia memang salah menilai Warda selama ini?

Mata Nuf tunak memandang Bella yang berdiri di hadapannya.

"That's enough, baby..." Nuf menggeleng perlahan. "Please, kita jangan gaduh lagi disebabkan Warda. I dah penat."

"You tu yang tak habis-habis nak menangkan dia. Macam mana I tak marah?" Suara Bella sudah mulai kendur.

Nuf menarik lembut tangan Bella duduk di sebelahnya. Bella menurut tapi wajahnya masih kelat.

"Okay, I'm sorry. Maybe betul I yang salah." Nuf memaut bahu Bella menghadapnya. "Maafkan I?" Nuf merayu lembut. Tangan Bella dicapai dan dikucup lembut.

"Memang you yang salah. Ingat sikit bie, I ni siapa? Warda tu siapa?" Bella menjeling. "Percayalah cakap I. Dia tak macam apa yang you sangkakan selama ni."

Nuf mengangguk akur.

Bella tersenyum puas.

Bila difikir-fikirkan semula, mungkin ada benarnya juga ujaran Bella. Apa yang dilihat di luaran tak semestinya menggambarkan sikap sesorang. Bella lebih dahulu mengenali Warda berbanding dirinya.

Ingatan mengenai Warda pantas ditepis.

Figura jelita dihiasi senyuman menawan di depannya itu direnung penuh kasih.

Jangan biarkan orang yang tak ada kena mengena dalam hidup kau, musnahkan rumah tangga kau, Nuf!

Hatinya berbisik sendiri.

Lega perasaanya melihat Bella sudah kembali tersenyum.

"Now, go and take a warm bath. Jangan mandi air sejuk. Nanti sakit you melarat." Nuf membelai rambut Bella dan menyelitkan juntaian rambut ke belakang telinganya.

"Wanna join me?" Bella senyum penuh menggoda.

Nuf ketawa bahagia.

•••

Tapi itu dulu.

Waktu dia masih mampu tertawa bahagia dengan telatah Bella yang tidak terjangka.

Stering keretanya digenggam erat dan pedal minyak ditekan kuat.

Sejak kepergian Bella enam bulan lepas, memang sudah disemai di dalam hatinya yang Warda memang seperti apa yang dikatakan Bella. Kini sudah bercambah menjadi pohon kebencian yang teguh terhadap Warda.

Plastik di kirinya di jeling sekilas.

Kenapa kau boleh baik dengan orang luar, tapi dengan orang yang selama ni sara makan minum kau, kau abaikan?

Kenapa, Warda?

***

"You still remember six months ago when your heart valve failed to function for the first time?"

Warda tersenyum sedikit.

Mana mungkin dia lupa? Masih terbayang-bayang rasa sakit yang pertama kali dirasainya enam bulan yang lalu.

Terasa seperti jantungnya direntap keluar dari tubuh.

Malah, rasa itulah yang membuatkan setiap paginya kini dibayangi ketakutan. Setiap helaan nafasnya mungkin jadi yang terakhir tanpa amaran.

Dan kejadian itulah menjadi permulaan sejarah hitam dalam hidupnya. Kepergian Bella, kebencian mak ngah dan pak ngah serta dendam seseorang yang tak berkesudahan.

"We need to schedule your operation, Warda. Tak boleh bertangguh lagi. Kalau injap jantung you gagal berfungsi lagi, you'll be in a really big trouble." Dr Alvin menerangkan dalam pelat Cina yang pekat.

Warda tahu hakikat itu. Sudah berkali-kali ayat yang sama itu dituturkan doktor itu setiap kali dia datang melakukan pemeriksaan berkala. Dan berkali-kali itu jugalah Warda cuba mengelak.

"Doktor, saya masih rasa okay. Lagipun saya perlukan duit lagi untuk operation. I just need some more time..."

Dr Alvin menggeleng mendengar ujaran Warda. Sudah terjangka itu yang menjadi alasannya.

"Warda, I know your uncle got his own company, right? Why not ask for his help?" Dr Alvin memberi cadangan yang dirasakan sungguh tidak masuk akal bagi Warda.

Mana mungkin pak ngah mahu membantu aku? Orang yang sudah dianggap sebagai pembunuh anaknya sendiri.

Mustahil.

Warda bermonolog sendiri.

"How about your late cousin? I dengar suami dia pakar bedah jantung di hospital tempat you kerja kan? You should ask him to help you. He's a really good heart surgeon."

Itu lebih jauh tak masuk akal.

Ridiculous!

Kalau Nuf dapat tahu, mungkin dia sendiri yang akan turun menggali lubang kubur untuk aku. Dan kalau dibedah oleh Nuf pula, pastinya seperti memberi peluang agar bilah skalpelnya terbenam di jantung aku sendiri.

Warda lebih rela membiarkan jantungnya terus sakit dari dirawat sepasang tangan milik lelaki itu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience