Lilyrose 10 | Tak logik

Romance Series 55089

Jika tidak mengetahui
Janganlah melulu menghakimi

««~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~»»

"Mak macam mana, abah?" Nuf datang menghampiri sebaik masuk ke dalam wad yang menempatkan Puan Rozita. Matanya tertancap ke arah tubuh kaku yang terbaring di atas katil.

"Masih tak sedar lagi." Tuan Malik menggeleng lemah. "Doktor cakap apa pada Nuf?"

Nafas dihela berat sebelum sebelah punggung dilabuhkan dipinggir katil berhadapan bapa mertuanya yang  duduk berteleku di atas kerusi.

"Doktor tadi cakap yang tekanan darah mak terlampau tinggi sampai pembuluh darah ke otak dia tersumbat. Buat masa sekarang ni, in shaa Allah mak akan okay sebab tadi dah diberikan anticoagulant...maksud Nuf, ubat untuk mencairkan darah. So, she should be okay. Abah jangan risau. Cuma..." Nuf berjeda memandang wajah Puan Rozita.

Tuan Malik gelisah menanti Nuf menyambung bicara.

"Cuma berkenaan stroke ni, kita kena tunggu keputusan lanjut dari bahagian neurology. Tapi, kemungkinan akan ada beberapa bahagian tubuh mak yang akan lumpuh. Kita kena tunggu mak sedar dulu..."

Sebaik Nuf manghabiskan ayat, Tuan Malik meramas kasar rambutnya. Tengkuknya diraut seperti menanggung bebanan yang berat di dalam kepalanya. Jatuh kasihan Nuf melihat kelakuan bapa mertuanya.

"Tak apa. Abah jangan risau. Nuf yakin mak tak apa-apa." Jaminan diberi agar dapat menenangkan waima sedikit hati Tuan Malik. Tak mahu andainya bapa mertuanya itu pula yang jatuh sakit.

Kepala Tuan Malik terangguk. Dalam hati juga tak putus berharap benda yang sama.

"Nuf tolong call Mak Ilah ya. Bagitahu dia keadaan mak. Suruh dia jangan tunggu sebab abah tak balik malam ni."

"Okay, abah. Sekejap lagi Nuf call Mak Ilah." Punggung diangkat dari katil. "Nuf kena pergi sekarang ni. Ada hal nak kena settle kan. Nanti bila mak dah sedar, abah terus call Nuf." Pintanya. Tangan Tuan Malik disalam hormat.

Wajah ibu mertuanya direnung sekilas sebelum dia hilang di sebalik pintu wad menuju ke arah ruangan parkir. Ibu jarinya bermain di permukaan skrin lalu telefonnya diangkat melekap ke telinga. Setelah beberapa deringan, barulah panggilannya diangkat.

"Assalamualaikum, Mak Ilah."

"Nuf. Puan macam mana?" Kelam-kabut bunyi nafas Mak Ilah sehingga salam pun tidak dijawabnya.

"Mak Ilah jangan risau. In shaa Allah mak tak apa-apa. Bila mak dah sedar nanti baru tahu keadaan stroke dia. Mak Ilah doakan ya."

"Amiin. Hish, risaulah hati Mak Ilah ni."

Nuf hanya diam mendengar. Telefonnya dikepit di antara telinga dan bahu sementara tangannya lincah menyarung sarung tangan kulit.

"Nasib baik tuan ada dekat rumah tadi. Kalau tak, tak tahulah Mak Ilah nak buat apa, Nuf."

"Hmm..yelah Mak Ilah. Kita sama-sama doa supaya mak okay. Satu lagi, abah tak balik malam ni. Mak Ilah boleh masuk tidur dulu nanti. Tak payah tunggu."

"Okaylah kalau macam tu. Mak Ilah letak telefon dulu ya."

"Sekejap, Mak Ilah." Nuf menegah apabila Mak Ilah hampir memutuskan talian.

"Err...Mak Ilah cakap awal tadi yang Warda ada datang rumah, kan?" Perlahan tuturnya seperti kurang pasti.

"A'ah Nuf. Tengahari dia datang. Tapi puan tak bagi dia masuk. Memang puan mengamuk besar tadi. Nak dicampaknya lauk yang Warda bawak tu dalam tong sampah." Bersungguh-sungguh Mak Ilah bercerita. Dapat dibayangkan mulutnya turut terjuih-juih penuh kesungguhan.

"Lauk?" Nuf mengecilkan mata. Telefonnya sudah kembali dipegang.

"Hmm, entahlah. Dia cakap dia bawa ayam masak merah kegemaran Bella. Yang tu Mak Ilah pelik, bila masa pulak arwah Bella tu suka makan ayam masak merah? Setahu Mak Ilah..."

Seperti kabus berlalu, ujaran Mak Ilah yang selebihnya sudah tidak melekat dibenak.

Blank.

"Nuf."

Tiada jawapan.

Malah Nuf masih mematung di sebelah superbike. Fikirannya seperti lambat menangkap dan terawang-awangan.

"Nuf." Mak Ilah mencuba lagi. Lebih kuat dari tadi.

Nuf tersentak. Dengusan kasar terlepas dari mulut.

"Nuf okay ke tu?"

"Okay, Mak Ilah." Nafas ditarik dalam. "Mak Ilah, Nuf ada hal ni. Nanti Nuf telefon lagi. Assalamualaikum." Lantas terus diputuskan talian tanpa menunggu salamnya dijawab.

Zip jaketnya ditarik naik dan helmet disarung ke kepala. Terus berderum laju meninggalkan kawasan hospital menuju ke suatu tempat.

Dengan satu tujuan.

***

Bersama air mata yang kian mengaburi pandangannya, keretanya diberhentikan mendadak di pinggir jalan. Lama dia tertunduk bersandar lemah di stering keretanya.

Tak tahu kenapa rasanya seperti betul-betul dirinya ditarik masuk ke dalam mimpi tadi. Terasa sungguh jelas dan menggerunkan.

Mahu dihapuskan namun tak bisa disingkirkan.

Malah kesakitan yang sama dapat dirasai ketika di dalam mimpi tadi. Mengingatkan bagaimana jantungnya terasa seperti direntap buat pertama kalinya.

Bibir yang bergetar diketap rapat. Terasa kuku terbenam jauh ke dalam kulit saat dia mencengkam telapak tangan yang sudah merembeskan peluh dingin.

Telefon pintarnya yang menjerit sedari tadi minta diangkat seolah menarik Warda ke alam realiti. Tambah apabila melihat nama pemanggil di paparan telefonnya.

Ya Allah, apa yang aku dah buat ni?

Fikirannya diluruskan kembali dan diseka air mata di pipi. Telefon diangkat rapat ke telinga kanannya.

"Warda! Kau dekat mana?" Gopoh suara Amna menerjah gegendang telinga Warda.

Warda pandang sekeliling. Entah bila dia sampai ke sini. Sunyi dan lengang. Hanya ada cahaya lampu yang melimpahi permukaan jalan.

"A-aku okay." Sedu-sedan ditahan agar tak kedengaran di telinga Amna.

Amna pelik. Lain yang disoal, lain yang dijawab oleh Warda.

"Kau kenapa tadi? Call aku, menangis-nangis...aku risau tau tak."

Warda menggeleng sambil tangannya meraup anak rambut yang jatuh di dahi.

"A-aku...t-tadi aku mimpi. Sekarang aku dah okay. Sorry Amna, aku dah buat kau risau." Serba-salah Warda bersuara.

"Kau betul ke okay ni? Nak aku datang temankan kau malam ni?"

"It's okay. Betul, aku tak apa-apa. Maybe, aku penat sangat hari ni sampai mimpi bukan-bukan tadi." Perlahan Warda bersuara cuba meyakinkan Amna.

"Hmm...tak apalah kalau kau betul okay. Tapi, kalau ada apa-apa terus call aku." Tegas Amna memberi peringatan.

Warda senyap.

"Amna..."

"Hmm?" Sabar dia menanti Warda menyambung bicara.

"Kalau tiba-tiba aku mati, rasa-rasanya kau menangis tak?"

"Hish, apa kau cakap ni?! Ni yang buat aku makin risau ni."

Warda ketawa hambar.

"Taklah. Aku gurau je."

"Tak lawak, wei!" Tempelak Amna. "Kau cakap macam tu lagi, jaga kau aku inject dengan potassium chloride nanti. Biar overdose, biar betul-betul gol." Gurau Amna.

Kasar. Tapi berjaya menggeletek hati Warda.

"Dahlah, pergi tidur. Jangan buat benda bukan-bukan pulak. Baca doa, basuh kaki tu."

"Hmm...yelah mak nenek."

Setelah talian diputuskan, Warda tersandar lemah di kerusi keretanya. Mata terkatup lemah, mahu mengumpul semangat yang berterabur awal tadi.

Dari jauh, telinganya menangkap bunyi sayup-sayup. Bunyi yang sangat dikenalinya. Keadaan sekitar yang sunyi, kebetulan juga cermin tingkapnya diturunkan membuatkan bunyi itu semakin jelas di pendengaran.

Tercelik matanya. Lantas pintu kereta ditolak. Dibawa tubuhnya ke bahu jalan meninjau ke dalam saluran longkang besar yang lebih semeter dalam.

Fungsi pendengarannya dipekakan, cuba mencari punca bunyi.

Saluran yang tertutup dengan jejaring besi menyukarkan lagi pencarian. Di satu hujung, matanya tertancap pada besi penutup yang sudah tersenget jatuh ke dalam longkang. Laju kakinya melangkah.

"Meow..." Semakin jelas bunyi seekor anak kucing menyapa pendengaran. Halus seperti meminta pertolongan.

Memang tak salah pendengarannya. Melutut Warda melihat seekor anak kucing yang tersepit kakinya di bawah besi penutup longkang.

Berbulu putih dan hitam. Comel walaupun kelihatan sedikit comot terkena air longkang.

Tangannya dihulur, cuba untuk menarik besi itu naik namun gagal. Malah besi yang berat itu langsung tak berkalih. Ligat akalnya berkerja mencari jalan. Pantas, lengan disinsing lalu kaki dilunjurkan ke dalam longkang. Meloncat Warda turun ke dalam longkang yang hampir separas dadanya. Lopak air yang membasahi kasutnya tidak dihiraukan.

"Sabar sayang, aku tolong." Warda bersuara lembut.

Kesian dia melihat anak kucing itu tak berhenti mengiau sedari tadi.

Dicuba lagi menolak besi namun khudratnya masih tidak mencukupi. Cara lain, menarik anak kucing itu dari bawah penutup besi. Tapi kaki si anak bulu yang terhimpit harus dibebaskan dahulu.

Ah, buntu!

Baru Warda mahu membongkok untuk menghulur tangannya, tiba-tiba lengannya direntap kasar dari atas.

Rasa seperti pendek nafasnya. Dalam fikirannya, mungkin perompak, perogol atau sesiapa sahaja yang berniat jahat. Baru Warda mahu membuka mulut untuk menjerit, namun suaranya seperti tercekik di kerongkong. Terdongak wajahnya sementara matanya terbelalak memerhati gerangan yang masih memegang lengannya.

"Kau nak bunuh diri ke, hah?" Lantang suara itu bertempik.

Warda yang masih belum dapat menyingkirkan rasa terkejut lantas tersentak. Lututnya terasa longlai dengan sergahan tiba-tiba. Rasa mahu terjelepok duduk di dalam longkang jika tidak kerana lengan kekar itu yang masih memaut lengannya.

Apa dia buat kat sini?

Sempat lagi Warda berbisik di dalam hati.

"Lepas apa yang aku cakap tadi, kau terus nak bunuh diri?! Kau ni bodoh ke, Warda?"

Kali ini cukup menaikkan darah Warda. Ditepis kasar sehingga terlepas pautan pada lengannya.

"Biarlah saya nak mati ke, bunuh diri ke, awak peduli apa?! Pergi!" Warda tak kurang bertempik. Dadanya berombak kencang.

Nuf dijeling tajam sebelum dia kembali tunduk mahu menarik anak kucing.

Siapa yang mahu bunuh diri? Dalam longkang pula tu.

Tak logik!

Dasar lelaki gila!

Getus hati Warda sendiri.

Nuf meneliti kelakuan Warda yang berusaha mengangkat besi dengan sebelah tangannya manakala sebelah lagi diseluk ke bawah. Dari celahan jejaring besi, dia nampak ada seekor anak kucing yang tersepit. Mengiau halus.

Keningnya bertaut merenung Warda. Berdecit, dia menolak bahu Warda yang sedang menunduk.

Terkebelakang Warda dengan tolakan tersebut.

Nuf pula meloncat turun ke dalam longkang.

"Awak buat apa ni? Saya suruh awak pergi, kan?"

Bercakap dengan belakang lelaki itu tak ubah seperti bercakap dengan dinding.

Nuf snegaja menulikan telinga. Dia mulai tunduk menolak besi sekuat tenaganya. Berdentung kuat bunyi besi padat jatuh bergeseran dengan permukaan batu. Anak kucing yang lemah itu diangkat dan diletakkan diatas sebelum dia sendiri menongkat tangan dan meloncat naik ke atas.

Telapak tangan diusap sesama sendiri dan jaketnya dibetulkan. Warda yang masih berdiri kaku didalam longkang itu ditenung lama.

Nyata apa yang berlaku sudah terpesong dari tujuan asalnya. Setelah mendengar ujaran Mak Ilah tadi, hatinya meronta mahukan penjelasan. Lalu, rumah Warda dituju. Tapi, ini pula yang berlaku.

Kusut sungguh!

Tanpa sepatah kata, sekali lagi dia tunduk memaut lengan Warda untuk menarik dia keluar.

Seakan dapat mengagak Warda yang pasti akan melawan, kedua lengan kurus itu dicengkam erat sehingga membataskan pergelutan Warda.

"Lepaslah! Saya boleh keluar sendiri!" Sedaya-upaya lengannya ditarik.

Nuf mengetap bibir dan dengan sekali tarikan tubuh Warda berjaya dibawa keluar, tak ubah seperti mengheret guni beras naik dari tempat rendah ke tempat yang tinggi. Terduduk Warda di tepi longkang.

"Aku pun tak naklah pegang kau." Dingin suaranya. Pegangan dilepaskan.

Tergamam Warda melihat Nuf mengangkat anak kucing tadi dan bergerak ke arah superbike yang elok terparkir di depan Cik Pisangnya.

Warda bingkas bangun, mengibas kotoran di punggung dan berlari anak mengejar Nuf yang sudah sedia duduk di atas seat. Anak kucing masih dalam pelukan lelaki itu.

"Awak nak bawa kucing tu pergi mana?" Warda berdiri di sebelah. Renunganya berpindah dari anak kucing kepada Nuf.

"Bagi saya balik anak kucing tu!" Warda mahu mencapai tapi lebih pantas ditepis oleh tangan Nuf.

Sekali lagi Warda tergamam.

"Aku yang selamatkan dia. So, ni kucing aku."

Warda mengetap gigi.

"Tapi saya yang jumpa anak kucing ni dulu! Lagipun saya tahu awak tak suka kucing!" Suaranya ditekan.

"No, I'm not."

Sinis.

"Aku tahu, sebenarnya kau yang tak suka kucing." Tajam renungannya menusuk mata Warda. Ujaran Bella satu ketika dahulu masih segar di ingatannya.

Butakah lelaki itu? Kalau aku dikatakan tak suka kucing, mustahil aku sanggup turun ke dalam longkang, kotor dan busuk begini demi menyelamatkan seekor anak kucing.

Tapi, tadi...dia juga turun menyelamatkan.

Warda bingung seketika. Kata-kata Bella dahulu terputar-putar dalam kotak mindanya.

Tapi Bella sendiri pernah cakap yang—

Hish, mengarut! Tak mungkinlah Bella menipu. Dan kalau benar Bella menipu, apa pula motifnya?

Berkerut wajah Warda. Air liur ditelan sekali. Dua kali.

"Tak." Warda menggeleng. Dia yakin yang dia betul. Nuf memang tak sukakan kucing! Bella sendiri yang cakap!

Jadi, dia tak mahu anak kucing itu nanti terbiar tanpa ada sesiapa yang menjaga jika dia membiarkan anak kucing itu bersama lelaki itu.

"Yang saya tahu, awak yang tak suka kucing. Bagi saya anak kucing tu!"

Tangan Warda yang mahu mengambil kucing di dalam pelukannya direntap kuat sehingga Warda tersentak. Bertaut renungan keduanya.

"Apa hak kau, nak cakap aku tak suka kucing? Kau kenal aku ke? Tak, kan? Kau tak tahu apa-apa, Warda. You know nothing about me!" Kening Nuf terjongket sebelah sambil matanya masih tetap merenung Warda.

Giliran Warda ketawa sinis.

"Kalau macam tu, awak pun tak ada hak. Awak tak kenal saya. Awak pun tak tahu apa-apa tentang saya!" Warda membentak, berani.

Jangan biar lelaki itu memijak kepalanya lagi!

###

> Teaser Next chapter <

"Nuf! Keluar!"

"Shut up!"

Tergamam Warda dengar Nuf bertempik. Nuf mendongak merenung Warda yang terkebil-kebil pelik.

"Kau nak ada seorang lagi mati disebabkan kau ke? Cepat masuk!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience