Lilyrose 23 | Kesedaran yang menyakitkan

Romance Series 55089

Lidah sudah terlajak mengguris hati
Tangan sudah terlanjur menyakiti

««~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~»»

Pedal minyak dipulas habis. Motosikal berkuasa tingginya dipecut laju ke arah hospital dengan fikiran yang kosong. Seperti rohnya melayang jauh meninggalkan jasad terkontang-kanting kekosongan di muka bumi. Lalu, segala rasa cuba mengambil alih.

Ada kedukaan yang bertapak.

Kadang-kala rasa remuk-redam.

Dan yang paling besar, penyesalan.

Tapi, apa gunanya penyesalan apabila semuanya sudah terlambat?

Dan walau sebesar mana pengharapannya agar kebenaran tersingkap walau sehari awal, masih tak dapat menangkis hakikat bahawa segalanya sudah terlewat.

Lidah sudah terlajak mengguris hati.

Tangan sudah terlanjur menyakiti.

Jadi layakkah dia menagih waima secebis kemaafan? Atau mungkin dia akan terus tenggelam dalam penyesalan yang tak berkesudahan?

Dalam pada dia merintih sendirian, superbike yang dipacu sudah berhenti di hadapan bangunan hospital. Topi keledar terus diangkat dari kepala, sementara jaket dan sarung tangannya dicabut. Seperti selalu, terus dia menuju ke jabatannya. Mata-mata yang memandangnya pelik, hanya dibiarkan.

Sudah pastilah pelik.

Serabut.

Kusut.

Tak terurus.

Dan lebam.

Berbeza dengan tipikal Doktor Nuffaiq Wildan yang selalunya mencuri perhatian sesiapa memandang.

Sebaik tiba di jabatan kardiologi, terus dia menuju ke pantry dengan langkah yang longlai. Mug dicapai dari rak, lalu Nescafe 3in1 dituang ke dalam mug dan water dispenser dituju dengan minda yang masih kosong.

Dari semalam lagi, hanya dipenuhi nama seseorang.

Lilyrose Warda.

Warda...

Berkali-kali nama itu diulang suara hati. Dengan mata yang terpejam, bibir dikemam rapat. Lebam dan luka dihujung bibir masih terasa menyengat sakitnya.

Kata-kata yang didengari dari seseorang semalam, meninggalkan kesan yang cukup mendalam di dalam diri.

Terpahat utuh di sanubari.

Bahawasanya segalanya sudah terlewat...

¤¤¤

"Warda!"

Jeriji besi di depannya bergegar hebat akibat digoncang. Kadang-kala pintu kayu itu diketuk bertalu-talu. Namun pintu rumah pangsa di tingkat dua itu masih kaku seperti tiada tanda-tanda akan dibuka dari dalam.

"Warda! Bukak pintu ni!"

Sekali lagi dia menggoncang jeriji besi dengan kesabaran yang sudah dihujung-hujung.

Dari semalam rasa yang sama terpekung di dalam dada selepas mendengar penjelasan Alvin. Gelisah, tak tentu arah dia jadinya sepanjang penerbangan balik dari Amsterdam. Sejurus menjejakkan kaki di bumi Malaysia, tergopoh-gapah dia meninggalkan lapangan terbang dan terus menuju ke sini.

Kini dia berdiri di hadapan rumah gadis itu.

Tidak berjemput dan tidak pula bersambut.

"Warda, please. Keluar! Bukak pintu ni!"

Lagi sekali dia memanggil, berharap ada keajaiban yang terjadi. Memohon agar Warda muncul di muka pintu. Biar dia diketawakan, dibenci atau pandang sinis oleh gadis itu sekalipun dia tak akan peduli. Asalkan Warda sudi keluar dan bertemu empat mata dengannya.

Sebaliknya, pintu rumah di sebelah pula yang terbuka. Muncul seorang wanita lingkungan 30-an mendukung seorang anak kecil, menjenguk di muka pintu.

"Encik ni, cari Warda ke?"

Nuf mengangguk laju, sedikit gopoh.

"Ada nampak dia, tak?"

"Dia dah keluar pagi tadi."

"Keluar? Keluar pergi mana?"

"Saya tak tahu pulak dia pergi mana. Minggu lepas ada dia bagitahu saya yang dia memang nak pindah keluar dari rumah ni. Dia tak beritahu yang dia nak pindah ke mana. Cuma dia sempat cakap yang dia dah tak tinggal kat sini lagi."

"Kerja? Dia kerja lagi dekat tempat yang sama, kan?" Tiba-tiba itu yang terlintas difikiran. Nuf sudah berura-ura mahu cepat berlalu dari situ.

Hospital sahaja harapannya!

"Setahu saya, dah dekat sebulan dia berhenti kerja."

Damn!

Muka diraup kasar. Lalu jeriji besi rumah Warda itu dihentak sedikit dengan rasa geram yang menebal.

"Encik ni macam urgent je nak cari Warda."

Bukan sekadar urgent, tapi dia juga terdesak.

Terdesak mahukan penjelasan gadis itu.

"Saya betul-betul nak kena jumpa dia." Rambut pula diraup sambil bercekak pinggang.

Buntu akalnya.

Kusut fikirannya, sekusut rambutnya.

"Maybe encik boleh try tanya kawan-kawan dia. Mungkin dia orang tahu Warda dekat mana."

Fahmi!

Teringatkan Fahmi, dia terus meminta diri. Sempat dia memberi sekeping kad kepada wanita tadi dan meninggalkan pesan supaya dia segera dihubungi sekiranya Warda pulang.

Yes, Fahmi mesti tahu!

Tapi...takkan dia mahu beritahu.

Ah, persetan! Janji aku cuba dulu.

Tanpa berlengah lagi, terkocoh-kocoh dia menuruni tangga menuju ke keretanya yang elok terparkir di dalam salah satu petak.

Sempat dia meninjau sekeliling buat kali terakhir, kalau-kalau ternampak kelibat Cik Pisang kepunyaan gadis itu. Keluhan terlepas selepas dipastikan memang tiada.

Dengan deruan nafas yang memberat dan penyesalan yang menyesak di dalam dada, dia masuk dan menghidupkan enjin Audinya. Penyaman udara ditetapkan pada tahap maksimum.

Biar dapat menyejukkan serba-sedikit hatinya.

Biar akal dapat berfungsi dengan waras.

Di mana harus dia mencari Fahmi?

Telefon pintarnya dikeluarkan dan ibu jari mulai lincah menari-nari di permukaan skrin. Entah apa yang dicari, dia sendiri kurang pasti. Yang dia tahu, dia mahu mencari walau secebis petunjuk untuk dia mendapatkan Fahmi.

No telefon?

Tak ada!

Alamat?

Lagilah tak ada!

Terus peranti nipis itu dicampak ke tempat duduk di sebelah dengan sebal yang menggunung. Langsung dia tak terfikir yang Fahmi turut berkerja di hospital yang sama. Semuanya gara-gara kekusutan yang melanda.

Fateh!

Seingatnya, Fateh ada menyimpan nombor telefon sahabat-sahabat Warda selepas dia menyerahkan gadis itu ke bawah pemantauan Fateh empat bulan yang lalu.

Dia melihat sedikit sinar harapan kini.

Telefon pintarnya digapai kembali. Nombor Fateh didail. Dengan kesabaran yang makin menipis, dia menunggu panggilan yang tidak berjawab. Dicuba lagi dan lagi, berkali-kali namun masih gagal. Talian dihujung sana masih tiada yang menyambut.

"Fateh, pick up the phone. Please—" Guman dia perlahan, penuh rayuan.

Akhirnya, dia berhenti mencuba selepas semuanya ternyata sia-sia. Gear hendak ditukar untuk sedia bergerak keluar dari petak parkir, namun sebuah kereta Myvi biru yang berhenti betul-betul di dalam petak depan menarik perhatiannya. Dia menunggu sehingga pemandu kereta itu keluar dari perut kereta dan diperhatikannya dengan teliti.

Sah, memang Fahmi!

Awalnya dia mahu terus bersemuka, tapi membatalkan niatnya sebaik melihat Fahmi terkocoh-kocoh meninggalkan kawasan parkir. Dia hanya diam menunggu di dalam kereta tapi mata masih tetap memerhati gerak-geri Fahmi dari sebalik cermin gelap keretanya. Dilihatnya Fahmi hilang di ruangan tangga dan muncul beberapa minit kemudian membawa seekor kucing berwarna jingga yang dipeluk bersamanya.

Mata lantas mengecil. Dahi berkerut dengan minda yang sarat tanda-tanya.

Sebaik Fahmi masuk semula ke dalam kereta dan memandu keluar, dia juga tidak menunggu lama. Diekori kereta biru itu dari jauh sehinggalah tiba di satu kawasan perumahan teres setingkat.

Kali ini dia tak boleh bersabar lagi. Lantas, pintu keretanya ditolak dan dia terus keluar dari perut kereta.

"Fahmi."

Fahmi yang sedang membuka pagar, memusingkan kepala mendengar namanya dipanggil. Sebaik melihat gerangan di depan, riak wajah terus bertukar.

Menegang.

"Kau buat apa kat sini?"

Hilang segala panggilan hormat 'doktor' yang selalu diberikan Fahmi sebelum ini, namun dia enggan peduli. Semua itu tak penting sekarang ini.

"Warda mana?" Soalan dibalas soalan. Nuf tak mampu bersabar lagi.

"Buat apa kau nak cari dia lagi?" Tanpa gentar, Fahmi berdiri tegak menghadap Nuf.

"Fahmi, aku tanya secara baik ni. Jangan buat aku hilang sabar. Mana Warda?" Suara Nuf mendatar.

Bibir Fahmi tersungging sinis, seolah-olah mengejek.

"Aku tanya kau, Warda mana?! Mana dia?!" Tanpa amaran, kolar kemeja Fahmi dicekak dan ditarik rapat. Mukanya benar-benar tegang. Kesabarannya mulai hilang.

Fahmi tak menunggu lama untuk menepis kasar.

"Apa yang buat kau fikir, aku akan beritahu kau mana Warda? Hei, aku mungkin tak belajar tinggi macam kau. Tapi aku tak bodohlah!" Jerkah Fahmi.

"Kau nak cari dia sebab kau tak puas lagi seksa dia, kan?" Fahmi melangkah setapak menghampiri Nuf. Belum sempat Nuf membalas, Fahmi menyambung lagi.

"Ni aku nak tanya. Kau ni, manusia ke binatang?!" Bahu lelaki itu ditolak kasar sehingga dia terdorong ke belakang.

Walaupun ternyata tubuhnya lebih kekar berbanding Fahmi, tetap dia tak dapat menahan dari terundur. Longlai terasa seluruh tubuh.

Binatang?

Terlalu kejamkah dia sehingga disamakan dengan binatang?

"Mana Warda, Fahmi? Tolonglah bagitahu aku. Aku nak jumpa dia. Sekejap pun jadilah." Kali ini dia merayu sambil menunduk. Menyembunyikan tubir mata yang mulai bergelinangan. Rambut yang sedia kusut, semakin bertambah kusut dengan ramasan tangannya.

"Dahlah, Nuf. Kau tak payah nak berlakon. Kau melutut depan aku pun, aku tak akan bagitahu kau mana Warda. Jangan buang masa cari dia. Kau tak akan jumpa dia lagi. Baik kau balik jelah."

Fahmi lantas berpusing dan membuka luas pintu pagar untuk membawa masuk keretanya ke perkarangan rumah. Sebelum dia masuk semula ke dalam kereta, Nuf lebih cepat menghalang.

"Fahmi." Bahu Fahmi ditahan.

"Aku tahu aku dah banyak sakitkan hati dia. Yes, aku kejam. Aku binatang! Tapi, hari ni aku dah sedar. Aku nak minta maaf dari dia. Aku nak merayu, melutut depan dia—"

"Dah terlambat, Nuf." Fahmi menyampuk. Perlahan namun cukup memeritkan. Tangan lelaki itu yang kejap memegang bahunya ditepis.

Semuanya sudah terlambat...

Kesedaran yang menyakitkan.

Hakikat yang memeritkan.

"Warda—" Perlahan nama itu diseru penuh sesalan. Tanpa disedari, setitis air mata jantannya turut gugur sebelum dia meraup kasar wajahnya.

Fahmi menggeleng.

"Kau dah terlambat. Tak guna kau nak menyesal sekarang lepas apa yang kau dah buat selama ni. Baliklah, Nuf. Jangan cari dia lagi. Biar dia kejar bahagia yang dia tak pernah rasa selama dia ada dekat sini."

Nuf terdiam membisu. Hatinya dijerut pilu.

Ya, selama ini dialah penyebab utama Warda dikejar derita. Jadi, wajarkah jika kini dia membiarkan gadis itu pula mengejar bahagia?

Tapi, bagaimana pula dengan hatinya yang kini terseksa, meronta-ronta mahukan keampunan gadis itu?

Kifarahkah ini atas segala keterlanjurannya?

Atas segala kekejamannya?

Terhadap orang yang langsung tak bersalah walau sekelumit.

Walaupun sejak dulu lagi dia tahu bukan kesilapan gadis itu sepenuhnya sehingga Bella meninggal dunia, tapi ada sisi dominan di dalam diri yang tetap meletakkan seratus peratus kesalahan keatas gadis itu.

Disebabkan janji yang terikat bersama perginya Bella, dia nekad membenci seseorang yang ternyata suci.

Dengan rasa lemah yang menjalar di seluruh tubuh, dia tersandar lesu di sisi kereta.

Fahmi mendengus geram. Sebelum masuk ke dalam kereta semula, dia mencapai sesuatu. Sampul di dalam begnya dikeluarkan lalu diletakkan di atas telapak tangan Nuf yang masih terdiam kaku di depannya.

"Ambik ni. Kalau kau tuntut hutang darah atau nyawa lagi dari Warda, dia mungkin takkan mampu nak bayar."

Fahmi bersuara sinis.

Nuf masih terdiam seribu bahasa. Tiada semangat langsung untuk ambil tahu apa yang ada di dalam sampul tersebut.

"Tu hutang kos pembedahan dan rawatan dia yang kau bayar sebelum ni. Kau tak tahu, apa yang dia dah korbankan semata-mata tak nak berhutang apa-apa lagi dengan kau."

"Fahmi, aku tak perlukan duit ni. Aku tak nak." Nuf menggeleng lemah. Sampul diberikan semula ke arah Fahmi.

"Aku nak Warda." Lirih.

Fahmi tergelak sinis. Kalau ikutkan rasa hatinya yang begitu geram, mahu sahaja dia ketawakan lelaki itu sekuat-kuat. Biar puas hatinya. Tika itu, kerdil sahaja dia melihat doktor yang sering gah dan dibangga-banggakan semua orang.

"Terima jelah duit tu. Kalau kau dah betul-betul menyesal, kau takkan biarkan dia rasa bersalah sebab berhutang lagi dengan kau. Ambil duit ni dan anggap je semuanya dah berakhir. Kau teruskan dengan hidup kau. Biarkan Warda dengan haluan dia. Jangan ganggu dia lagi. Jangan cari dia lagi."

"Tapi aku tak akan hidup tenang selagi tak jumpa dia. Tolonglah, Fahmi."

"Tapi dia yang dah tak nak jumpa kau lagi! Kau tak faham ke?!" Jerkah Fahmi mulai hilang sabar.

"Balik!" Halau Fahmi.

"Aku takkan balik selagi kau tak bagitahu aku, mana Warda?!" Tegas Nuf. Kolar baju Fahmi dicekak lagi. Kali ini, Fahmi turut membalas sama. Kemeja di bahagian dada Nuf dikepal erat.

Keadaan kembali tegang. Keduanya berpandangan dengan rasa tak puas hati yang membuak-buak antara satu sama lain.

Buk!

Tanpa sebarang amaran, kepalan penumbuk Fahmi singgah di mukanya. Keras dan padu. Hampir-hampir dia tersungkur, mujur lengan kanan sempat menahan tubuh dari terbaring di jalan.

Tak disangka, penangan lengan kurus Fahmi mampu membawa dia tersungkur di jalan.

Pipi dan pinggir bibirnya terasa perit dan pedih. Dalam masa yang sama, ada cecair hangat yang mengalir dari hujung bibir. Dibetulkan-betulkan rahang yang terasa sedikit terseliuh sambil menekan halus sekitar lebam dengan ibu jarinya.

"Tu hadiah dari aku sebab selama ni dah sakitkan hati Warda. For your info, walaupun dia selalu sakit disebabkan kau, tapi dia sendiri merayu supaya aku tak tumbuk muka kau ni. Nak tahu kenapa? Sebab Warda bukan pendendam macam kau! Kau masih tak nampak ke kebaikan dia, Nuf? Kau ni buta ke?"

Nafas Fahmi deras sementara dadanya berombak.

"Walaupun dia pernah mintak aku janji supaya tak tumbuk kau, tapi aku tak pernah janji. Memang tekat aku nak tuntut bela bagi pihak Warda even aku tahu penumbuk aku ni masih tak cukup setanding dengan apa yang kau pernah bagi pada dia. Sepatutnya dari dulu lagi patut aku tumbuk muka kau tu, kalau tak kerana aku masih ada rasa hormat pada kau!" Fahmi bersahaja menambah cuka di luka.

Puas hatinya melihat muka Nuf yang terduduk di jaan raya itu, namun tak bererti dia sudah puas. Masih ada yang mahu diperkatakannya. Biar benar-benar masuk di kepala doktor itu!

"Mana pergi etika dan sumpah kau sebagai seorang doktor bila kau guna skalpel kebanggaan kau tu untuk pancing rasa bersalah dalam diri seseorang yang langsung tak bersalah? Bila aku tahu apa yang berlaku, aku betul-betul dah hilang rasa hormat pada kau!"

Sejurus panahan bisa terakhir dilepaskan, Fahmi segera masuki dan memacu keretanya itu masuk ke perkarangan rumah teresnya. Pagar hanya dibiarkan terbuka sebelum dia terus masuk ke dalam rumah bersama kucing jingga tadi.

Sementara itu, Nuf dibiarkan terduduk di atas jalan dengan rasa remuk-redam. Bersama muka yang berbekas lebam.

Penyesalan bertimpa-timpa merantai sepasang kaki untuk menolak tubuh berdiri. Belakang kepala dihantuk ke kereta berkali-kali bersama linangan manik jernih di pipi...

¤¤¤

"Nuf!"

"Argghh!" Serentak panggilan dari arah belakang, tangannya rasa melecur terkena air panas yang melimpah keluar dari mug. Terus terlepas mug dari pegangan dan jatuh berderai di lantai, betul-betul dihadapan water dispenser.

Dia mengerang kesakitan.

Sakit, memang sakit.

Tapi tak sesakit apa yang ditanggung oleh emosinya kala ini.

"Tangan kau melecur tu." Tegur Fateh, risau.

Nuf tidak mengendahkan. Hanya dibiarkan air paip menyejukkan lecur di kulit walaupun dia tahu bukan itu cara yang sebetulnya.

"Kau mengelamun apa ni sampai tak perasan air dah penuh?" Fateh berdiri di sebelah Nuf. Sebaik berpaling, makin terkejut dia dibuatnya.

"Astaghfirullah...kenapa dengan muka kau? Lebam-lebam ni?"

"Tak ada apa." Nuf menolak tangan Fateh dibahunya. Lalu dia terus duduk di kerusi melihat tangan sendiri yang mulai memerah seperti udang dipanggang.

Fateh turut melabuhkan punggung di depan Nuf dengan wajah yang berkerut seribu.

"Apa masalah kau ni sebenarnya? Aku ingatkan lepas kau balik dari Amsterdam ni kau dah tak kusut-kusut macam sebelum ni. Ini aku tengok, makin bertambah kusut, serabut ni. Kenapa?"

Nuf mengelak anak mata Fateh yang masih melekat di wajahnya.

"Kau tahu tak Warda pergi mana?" Ragu-ragu dia menyoal.

Fateh menarik muka. Pelik.

"Warda?"

Nuf mengangguk.

"Lilyrose Warda."

"Pesakit aku tu?"

"Yelah." Jawab Nuf, sebal.

"Tak tahu pulak aku. Bulan ni dia tak ada datang pun buat check-up. Aku call pun tak berangkat. Dia pergi mana?" Fateh blur.

Terus Nuf mengetap rahang. Sudahlah bibirnya bengkak, ditambah dengan lecur di tangan. Hatinya pula semakin sakit mendengar soalan bodoh Fateh.

Permukaan meja dihentak keras sebelum lantas bangun. Langkah diusung berat ke arah biliknya, meninggalkan Fateh terkulat-kulat sendiri di dalam pantry. Sebaik pintu bilik dibuka, satu lagi bala datang menyapa mata.

Melihat wajah itu sahaja, cukup menambah serabut didalam kepala.

"Nuf, what happened to your face?"

"You ni tak ada kerja lain ke, Zara?" Nuf bertanya dalam nada yang cukup bosan. Malas sungguh dia melayan Zara waktu-waktu begini.

"I datang nak jumpa you. You kan baru balik dari Amsterdam. Tapi, kenapa dengan muka you ni?" Tangan Zara mulai naik menyentuh lebam di pipi Nuf.

Nuf pantas mengelak.

"Zara, please!"

"Nuf, biarlah I tengokkan—"

"Leave!" Bentak Nuf membuat bahu Zara terhinjut.

"Just leave! I taknak diganggu."

"Nuf, you tak pernah tinggi suara dengan I." Suara Zara terketar dihujung ayat.

"I ingat bila perempuan tu dah pergi, you boleh terima I! I dah lama tunggu you. I dah lama sayangkan you—"

"Perempuan? Perempuan mana?" Tajam anak mata gelap miliknya menikam ke dalam mata Zara tanpa menghiraukan luahan gadis itu berkenaan perasaannya.

"Are you pretending now? Siapa lagi kalau bukan Warda? Selama ni you dingin dengan I sebab perempuan tu kan? Tapi kenapa bila dia dah pergi jauh pun you masih tak boleh terima I? Apa kurangnya I ni?"

"Pergi jauh? So, selama ni you tahu dia nak pergi?"

Zara menggeleng, mula menyesali lidah yang terlajak kata.

"It doesn't matter. Sama ada I tahu atau tak, you tak pernah ambil kisah pun selama ni. Kenapa sekarang baru you beria-ia nak cari dia? Kenapa Nuf? Sebab you rasa bersalah ke, atau sebab you ada hati pada dia? You ingat I tak tahu, kononnya you tak pedulikan dia tapi dalam hati you, I tahu you care about her. I nampak sendiri hari tu, dengan mata kepala I yang you—"

"Stop, Zara! Now, where is she?!"

"Look! You still nak cari dia, and you dare to ask me!" Bentak Zara dengan nada yang sama.

Nuf meraup muka lalu berpusing untuk membelakangkan wanita itu.

"Nuf, please—look at me. Tak boleh ke you terima I? I sayangkan you. Forget her, please—" Rayu Zara.

"That's enough, Zara. Just tell me now, where is she?" Nuf cuba bertoleransi. Dia bertongkat kedua belah tangan di meja sambil menunduk. Fikirannya benar-benar kusut dan serabut.

"I tak tahu and I tak nak ambil tahu! Just let her be!"

Arghhh!

Ditepisnya beberapa fail dari atas meja. Berterbangan jatuh kesemuanya.

Dan Nuf semakin buntu.

###

p/s: puas hati tak tengok Nuf terseksa macam ni? Of courselah tak, kan? It's okay, penyiksaan dan penyesalan masih belum berakhir :)

Share this novel

Syahferi Suhana
2020-06-15 09:54:43 

Best.. Sukaaa sangat tengok nuh mnyesal.. Padan muka.. Haha


NovelPlus Premium

The best ads free experience