Lilyrose 3 | Jijik

Romance Series 55089

Biar diri ini dibenci
Asalkan jangan dipandang simpati

««~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~»»

"Ni mesti Cik Pisang kau buat hal lagi kan, Warda?" Fahmi menyapa sebaik batang hidung Warda kelihatan.

Warda cuma diam sambil tersenyum nipis. Nafas yang sedikit tercungap, diatur semula. Malas dia mahu memberitahu Fahmi perkara sebenar kenapa dia lambat memulakan syifnya pagi itu.

Jam tangannya dikerling sekilas. Hampir dua jam juga dia lewat. Sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Semuanya gara-gara sakit yang menyerang awal pagi tadi.

"Apa pulak kali ni? Tayar pancit? Ke jantung dia tu pulak yang sakit?" Fahmi mengusik. Sedikit sebanyak menyentak diri Warda sendiri.

Tahulah Cik Pisang tu dah usang. Tapi jantung a.k.a enjin dia tip top lagi tau!

Ironinya, jantung dalam tubuh aku ni yang sakit, Mi...

"Kau ni sesuka hati je kutuk Cik Pisang aku. Kau tau tak dia tu dah banyak berbakti pada aku dari dulu lagi." Warda membalas. Suaranya sengaja dilirihkan seperti berjauh hati lagaknya.

Hakikatnya, dia langsung tidak terasa hati dengan usikan Fahmi. Memang sudah itu tabiat sahabat baiknya itu. Suka bergurau kasar dan memang Warda yang akan sering menjadi mangsa. Ini belum si Amna kepoh tu datang campur tangan. Kalau ada dia sekali, tentu lebih gamat dibuatnya.

"Aku tahulah dia tu dah banyak berbakti, tapi aku tak berkenan sungguh dengan warna dia tu. Kau tukarlah jadi warna merah ke, purple ke, hijau ke boleh tak Warda? Ni warna kuning tu ke hulu hilir, dah macam isteri Mr. Bean pulak aku tengok. Cuma tak ada kunci mangga je kat pintu Cik Pisang tu." Fahmi terkekek ketawa.

"Eh, kau ni. Kalau aku tukar warna dia, dah tak boleh panggil Cik Pisang lah." Warda membalas selamba sambil tangannya lincah meletakkan peralatan perubatan di atas troli.

"Ha bagus jugak tu. Tukar je nama lain. Lain macam je aku dengar nama 'Cik Pisang' tu." Dia berbisik perlahan dihujung ayat sambil tangannya turut membantu Warda menyusun barang.

Warda tergelak kecil.

Badan yang awalnya masih terasa lemah kerana kejadian pagi tadi, terus terasa segar dengan keletah Fahmi yang lucu.

Sememangnya dia memerlukan itu sekarang.

Positive vibes.

Positive energy.

Dan orang-orang yang positif di sekelilingnya.

"Amna mana, Mi?" Mata Warda liar mencari kelibat seorang lagi sahabat baiknya.

"Dia masuk syif malam. So, pagi ni tenang sikit sebab tak ada makcik kepoh tu."

Warda ketawa lagi sebelum menggeleng lemah. Troli mahu ditolak keluar dari bilik perkakas sebelum Fahmi bersuara lagi.

"Warda."

Warda berhenti di tengah laluan dan berpaling memandang Fahmi.

"Kau okay tak ni?" Fahmi merenung Warda ragu-ragu.

"Aku? Okay je. Kenapa, Mi?" Warda menyoal. Pelik dengan Fahmi yang tiba-tiba berubah serius.

"Taklah. Aku cuma risau je. Kau tau tak dari tadi aku perasan muka kau tu dah pucat semacam."

Pucat?

Lantas tangan Warda naik menyentuh pipinya sendiri. Warda menelan air liur pahit lalu menghantar pandangan yakin ke arah Fahmi.

"Jangan risau, Mi. Aku okay." Warda mahu bergerak semula. Tapi Fahmi pantas kembali ke sisi Warda.

"Warda. Aku tahu pasal sepupu kau tu." Fahmi bersuara perlahan.

Warda terdiam. Matanya mengelak merenung Fahmi.

"Amna yang bagitahu aku malam tadi." Dia menyambung lagi. "Sebab tu ke kau lambat pagi ni? Kau tak sihat ke?" Risau kedengaran suaranya.

"Taklah, Mi. Maybe aku penat sikit agaknya."

Fahmi meneliti seluruh wajah Warda. Hatinya terasa bimbang yang teramat melihat pucatnya wajah itu.

"Warda, kalau kau perlukan kawan untuk luahkan kesedihan, kau tahu aku dan Amna sentiasa ada di sisi kau kan?"

Warda sedaya-upaya menahan air matanya dari menitis. Kepalanya tunduk merenung troli di depan. Tangan Fahmi naik mengusap lembut bahu Warda. Warda tak mahu tata kerjanya terganggu dek emosi yang mula mahu menguasai diri. Lantas dia memanggung pandangan dan mengukir senyuman manis buat tatapan Fahmi.

"Aku okay, Mi. Terima kasih selalu ambil berat tentang aku. Aku beruntung sangat ada kau dengan..."

"Waktu rehat ke sekarang ni?"

Terkaku Warda mendengar suara dalam dan sedikit garau yang datang dari arah belakang. Senyuman yang tadi manis di wajah, terus perlahan-lahan pudar.

Fahmi berpaling. Cepat tangannya dijatuhkan dari bahu Warda.

"Dr Nuffaiq." Fahmi bersuara terkejut dengan kehadiran Nuf yang tiba-tiba.

Bunyi derapan tapak kasut di lantai marmar jelas berbunyi. Semakin hampir dengan tempat mereka berdiri, semakin kuat detakan jantung Warda. Baru sahaja dilatih jantungnya agar bertenang tadi, kini sudah kembali tidak menentu.

Sungguh dia tak menyangka yang Nuf datang berkerja hari ini. Tambah terkejut apabila dia turut turun ke jabatan pediatrik pagi itu. Selalunya dia hanya akan turun apabila ada pesakit kanak-kanak yang memerlukan pembedahan jantung atau meninjau pesakit kanak-kanak yang pernah dibedahnya.

Seringkali juga Warda akan sehabis mungkin cuba mengelak bertemu dengan Nuf jika tugasannya menuntut dia untuk berada di tingkat yang sama.

Semuanya kerana anak mata gelap yang dirasakan mengekori setiap gerak-gerinya.

Dia rimas.

Awkward.

Tak betah terus-terusan diperhatikan tanpa diketahui niat sebenarnya.

Tapi, hari ini dia tidak boleh melarikan diri.

Tidak apabila Nuf sudah berjalan dari arah belakang melepasi, lalu berdiri di hadapannya dan Fahmi. Lebih malang lagi, kejadian semalam juga masih segar dalam ingatannya. Warda cukup yakin Nuf juga berfikiran yang sama.

Mata Warda tetap merenung lantai. Tak berani dia merenung figura yang sudah berdiri tegap di depannya. Waima untuk melihat hujung kasut Nuf juga dia tidak berani!

"Dr ada melawat patient di tingkat ni, harini?" Fahmi cuba beramah namun dibalas dengan tawa pendek yang kedengaran sinis.

"Habis kau ingat aku jalan-jalan kat sini?"

Tak dapat Warda menebak reaksi Fahmi. Masing-masing hanya diam sehinggakan bunyi deruan angin dari penyaman udara kedengaran amat kuat dan jelas. Laluan yang sedikit tersorok di luar bilik perkakas itu juga sunyi yang luar biasa.

"Tak ada kerja ke? Aku tak nak ada antara patient aku yang mati, disebabkan ada orang tak bertanggungjawab leka bercinta waktu bertugas." Mandatar suara Nuf di sebalik bibir yang diketap.

"Dr, kami tak..."

"So, what are you waiting for?" Nuf memotong kata-kata Fahmi.

Terdiam Fahmi sekali lagi.

Warda mengangkat pandangan.

Rupanya anak mata gelap itu sudah sedia menyambut renungan Warda. Tidak langsung memandang ke arah Fahmi.

"Er... S-saya pergi dulu, Dr." Fahmi menyenggol Warda di sisi. "Warda, aku pergi dulu tau." Dia berbisik.

Mi, nak ikut!

Mahu sahaja Warda menjerit melihat belakang Fahmi sudah menjauh. Dengan berhati-hati, Warda mengalih pandangan ke arah Nuf.

Warda menolak kembali troli namun ada tangan yang lebih cepat menghalang troli bergerak.

Warda tersentak. Matanya terpaku pada tangan yang memegang kejap tepi troli.

"Aku bagi amaran pada kau. Apa-apa yang buruk berlaku pada patient aku disebabkan kecuaian atau sikap malas kau, aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup."

Warda baru membuka mulut untuk membalas, tapi pantas dicantas.

"Kau nak menggatal, go ahead! I don't even give a damn!" Nuf membentak. Setapak dia melangkah menghampiri. "But not here. This is a hospital. Tempat kerja! Bukan tempat bercinta!"

Nuf berhenti kurang sekaki betul-betul di depan Warda. Renungannya seperti laser sehingga Warda hilang bicara.

"Agaknya, sebab ni lah kau tak datang jaga Bella kan?! Kau sibuk bercinta dengan jantan sampai kau lupakan Bella kan?!" Nuf menjerkah di wajah Warda.

Pangggg!

Warda seperti disuntik kekuatan yang entah dari mana. Tanpa sedar, tangannya naik ke pipi Nuf. Dadanya berombak laju. Air mata ditahan agar tidak berguguran di pipi. Dirasakan seluruh badannya menggeletar menahan marah.

Yang hairannya, pipi Nuf yang ditampar tetapi kenapa dirinya yang rasa sakit?

Pedih!

Nuf pula seperti tidak terkesan dengan tamparan Warda. Wajah Warda direnung terus namun rahangnya tetap bergerak-gerak akibat diketap hebat.

"Jaga mulut awak." Tak berkelip Warda memandang Nuf. Penumbuk dikepal erat di sisi.

Cukup semalam dirinya digelar pembunuh. Hari ini dia tak akan benarkan maruahnya dipijak-pijak lagi oleh orang yang sama.

Kini dia bersyukur yang ketakutan berdepan Nuf awal tadi sudah hilang sepenuhnya. Kini dirinya seperti diselubungi keberanian yang luar biasa.

Kau tak salah Warda! Kau tak perlu takut!

Pandangan kedua-duanya masih bersabung.

Satu dipenuhi kebencian.

Satu lagi dipenuhi kekuatan.

Masing-masing enggan menarik diri mahupun mengalah.

"Jadi, betullah?" Sinis. "Kalau tak betul, kau takkan tampar aku. Butthurt huh?" Kasar ujarannya.

"Awak tak tahu apa-apa, so you better shut it up!"

Tiba-tiba Warda rasa malas mahu bertekak. Dia mahu bergerak pergi. Namun langkahnya terhalang apabila Nuf menekan bahunya rapat ke dinding. Terpana Warda dengan tindakan Nuf yang tak disangka.

"Patutlah malam tu keadaan kau..." Kepala Nuf menggeleng. Tangannya masih mencengkam kasar bahu Warda.

Terbayang kembali keadaan Warda yang tidak terurus muncul di muka pintu rumahnya.

"Aku ingatkan kau tak berhati perut je. Tapi rupanya kau jijik jugak, Warda. Jijik! Disgusting!"

Serentak itu, Warda menolak kuat dada Nuf menjauh dari tubuhnya. Terdorong tubuh Nuf ke belakang.

Air mata Warda sikit lagi mahu menitis. Terbukti kini Nuf memang jijik dengan dirinya.

Ya Allah, sakitnya!

Jantungnya kini kembali berdetak hebat dalam rentak yang tidak teratur.

Warda yang berdiam diri memberi peluang Nuf menyambung cemuhannya.

"Sampai hati kau Warda. Kau sanggup abaikan Bella disebabkan perbuatan jijik tu." Nuf meraup kasar rambutnya namun suaranya sudah mengendur. Tubuhnya disandar lemah di dinding berhadapan Warda.

Hati Warda tiba-tiba dihurung pilu. Dapat dia lihat betapa besarnya cinta dan kasih Nuf terhadap Bella. Hatinya dijentik cemburu. Tak guna jika perkara sebenar diceritakan, kerana bagi Nuf dia akan tetap dilihat sebagai pesalah.

Dan jika perkara sebenar diketahui Nuf, Warda tak mahu dirinya dikasihani.

Jadi, biarkan sahaja dirinya dibenci dari dipandang simpati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience