Lilyrose 18 | Tak lama lagi

Romance Series 55089

Melihat matanya bersadur duka
Mengapa bukan bahagia yang kurasa

««~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~»»

Nuf melarikan jemari kasarnya di celahan rambut. Kusut rambut akibat ramasan tangannya langsung tidak diendahkan lantaran jiwanya lebih kusut dan serabut.

Bella, I nak sangat tengok Warda terseksa. I nak dia rasa sakit.

Semuanya demi you, baby.

Dari pandangan mata dia, I tahu yang selama ni I dah berjaya. I should be happy.

Tapi, kenapa I pun rasa terseksa sama? End up, it hurts me too. So much, each and every time.

Kenapa I yang sakit, baby?

Rintihan pilu itu hanya mampu bergema di dalam hatinya sendiri. Tak terzahir di bibir.

"Nuf—"

Disaat Nuf sedang berperang dengan rasa yang bercampur-baur didalam dada, suara lembut itu terasa mengocak perasaannya.

"Let's stop." Rayu Warda dari arah belakang.

"Can we stop all of these? Tak cukup lagi ke awak dah seksa perasaan saya selama dua tahun ni?" Warda tertunduk.

Nuf menggenggam erat rambut lebatnya sementara sebelah tangan lagi bercekak pinggang. Dia enggan berpusing lagi, takut hatinya yang sedang goyah bisa mengalah dengan pandangan Warda.

Aku pun terseksa, Warda. Bukan kau seorang!

"Tak boleh ke awak maafkan saya? Malam tu, cukuplah kalau awak tahu yang saya tak berniat langsung nak abaikan Bella." Warda menggeleng perlahan meskipun Nuf tidak melihat.

Sudah lama perkara itu tidak dibangkitkan. Tapi Warda tahu, api dendam lelaki itu masih membara terhadapnya.

Warda mahu padamkan ia.

Cukuplah selama dua tahun dia terseksa.

Dahulu, walaupun dia dibenci oleh keluarga sendiri, tapi dia tidak pernah didendami sebegini. Kalau boleh, dia mahu hidup seperti dahulu tanpa rasa yang saban masa membelenggu dirinya. Tanpa dendam lelaki itu yang merantai jiwanya.

Nuf tiba-tiba berpaling dengan mata yang masih memerah, tertancap merenung Warda yang masih tertunduk.

"Jangan sebut pasal Bella lagi. Aku tak nak dengar nama dia keluar dari mulut kau."

Warda mengangkat wajahnya, tak semena-mena anak mata mereka berlaga pandang.

"Kau nak aku hentikan semua ni? Kau suruh aku lupakan semua, lepas apa yang kau dah buat dua tahun lepas?"

Warda menggeleng lemah.

"Tak. Bukan tu maksud saya. Bukan macam tu—"

"Macam mana aku nak lupakan semua yang kau dah buat, Warda? Kalau setiap kali aku tengok muka kau, aku nampak Bella. Keadaan dia malam tu—"

Nuf jeda, menghela nafas. Nadanya tidak sekeras selalu, malah helaan nafasnya turut disulami pilu. Anak matanya bergerak-gerak merenung kedalam mata Warda nan kebasahan.

"Kau ingat kau seorang je yang terseksa selama dua tahun ni? Kau tahu ke apa yang ada dalam hati aku ni? Apa yang aku rasa?"

Warda mengetap bibirnya dan melarikan mata dari direnung terus-terusan. Dinding di belakang lelaki itu dipandang kosong.

Dia menelan air liur yang terasa payau.

"Kalau betul saya penyebab awak teringatkan Bella dan kejadian tu, baik, awak dah tak akan terseksa lagi lepas ni. Tak lama je lagi." Lirih Warda.

Mungkin betul keputusannya untuk pergi jauh sebaik pembedahan injap jantungnya nanti. Untuk kebaikan semua termasuk dirinya, Warda sudah menanam tekad. Semakin lama dia di sini, semakin kuat keinginannya untuk pergi.

Nuf pula disogok musykil. Fikirannya ligat mencerna maksud tersirat disebalik ujaran Warda.

Aku dah tak akan terseksa? Tak lama lagi?

Apa maksud dia?

Pintu bilik di sebelah Warda yang tiba-tiba terbuka seperti merencat mindanya.

Tersentak keduanya, lantas berpaling.

"Warda?"

Tubuh Warda yang dari tadi tersandar lemah di dinding, refleks menegak.

"Ya, kak."

"Warda buat apa kat sini? Kenapa tak masuk?"

Warda menyambut tangan Kak Azi yang teraba-raba.

"Warda baru nak masuk. Akak nak pergi mana?" Soal Warda pula.

"Akak pelik. Alif seorang je dalam wad ni ke? Selalunya, kan ramai."

Satu kerlingan dihadiahkan Warda kepada Nuf.

"Saya yang mintak Alif dipindahkan ke bilik ni, kak." Sampuk Nuf.

"Eh, Nuf pun ada dekat sini." Kak Azi baru menyedari kehadiran Nuf. Sangkanya, Nuf sudah pulang selepas menghantar dia dan Warda di hadapan pintu hospital tadi.

"Bilik apa ni, Nuf? Kenapa Alif seorang je dalam ni?" Sambung Kak Azi.

Nuf terkelu seketika.

"Bilik yang lebih selesa sikit, kak. Supaya Alif dapat rawatan yang terbaik dan cepat pulih."

"Terima kasih, Nuf. Tapi akak takut yang akak tak mampu nak bayar nanti."

Terlepas keluhan lemah dari bibir lelaki itu.

"Berkenaan tu, akak tak perlu risau. Saya yang akan tanggung semua kos perubatan Alif. Lagipun, saya yang salah."

"Nuf tak perlu buat semua ni. Akak tak mintak semua ni, lagipun akak tak pernah berdendam dengan Nuf." Kak Azi menolak sopan.

"Kak, tolong jangan tolak. Ni je cara untuk saya tebus kesalahan saya pada keluarga akak, pada Alif."

Kak Azi akhirnya setuju setelah beberapa ketika berfikir. Dia mengangguk dan tersenyum kecil.

Warda pula bungkam, tersepit di tengah kedua-dua manusia itu.

***

"Alif suka sangat duduk dekat sini. Alif rasa macam tak nak balik."

"Hah? Suka duduk dekat hospital?" Warda terperanjat. Tak pernah dia jumpa pesakit yang suka duduk di hospital. Selama dia berkhidmat sebagai jururawat di wad pediatrik, belum pernah lagi dia jumpa pesakit kanak-kanak seperti Alif, yang mahu terus kekal di hospital.

Alif menganggukkan kepalanya yang masih berbalut di sebelah kiri. Laju dan penuh kesungguhan.

"Seronok sangat duduk sini. Makanan sedap." Ibu jarinya di angkat di depan muka Warda.

"Sejuk pulak tu, ada aircond. Alif mana pernah tidur dalam aircond."

Sengihan lebar yang terukir di muka Alif, entah kenapa cukup memilukan hati Warda.

"Macam duduk dekat hotel, Kak Warda." Tambah Alif lagi.

"Alif." Tegur Kak Azi.

"Apa cakap macam tu? Alif kan dah sihat. Kita kena balik. Tak boleh duduk kat sini lama-lama lagi. Hospital ni kan tempat untuk orang sakit. Lagipun, dah lama Alif duduk dekat sini."

Memang sudah hampir seminggu Alif dirawat di sini dan keadaan kesihatannya nyata memberangsangkan. Seminggu itu jugalah Warda mengambil cuti bagi menjaga Alif. Cuma yang memelikkan, sudah seminggu juga batang hidung Nuf tidak kelihatan di hospital itu. Sejak Alif sedar minggu lepas, hanya sekali dia pernah datang. Itupun menurut Kak Azi, dia hanya mengirim coklat dan buah-buahan melalui jururawat yang bertugas dan langsung tidak masuk menjenguk Alif.

Hati kecil Warda kuat mengatakan ada sesuatu yang cuba disorokkan lelaki itu.

Atau, memang lelaki itu sudah tak mahu melihat wajahnya lagi? Seperti ujaran lelaki itu minggu lepas.

Kerana aku mengingatkan dia dengan kematian Bella yang penuh tragis?

Warda mengeluh sendiri.

"Hari ni, Alif dan ibu ikut Kak Warda balik rumah akak, ya?" Warda usap lembut kepala kecil di depannya. Berhati-hati perlakuannya agar tidak menyakitkan Alif.

"Tapi, rumah Kak Warda biasa jelah. Tak ada aircond macam bilik ni. Tapi, kipas ada banyak. Sejuklah jugak." Gurau Warda.

Alif ketawa. Matanya bersinar.

"Ya ke?"

"Iya. Hmm, kalau yang makanan sedap tu Kak Warda boleh tolong masakkan. Lagi sedap dari makanan hospital ni. Alif bagitahu je Alif nak makan apa. Nanti Kak Warda masakkan, special untuk Alif."

"Yeayy! Bestnya! Alif tak sabar nak balik." Jerit Alif penuh teruja.

"Warda, jangan manjakan sangat Alif ni." Tegur Kak Azi separa bergurau.

Menguntum senyuman di bibir Warda.

"Tak apalah, kak. Sekali-sekala. Lagipun Alif kan baru baik sakit. Mesti kena makan banyak-banyak. Kan Alif?"

"Sukalah Alif tu. Kak Warda layankan kerenah dia."

"Kak, nanti Alif nak makan ayam masak merah tau. Kak Warda masak ayam masak merah selalu sedap." Puji Alif.

"Yelah. Nanti Kak Warda masakkan, tapi Alif kena janji dengan akak yang Alif mesti habiskan, okey?"

"Okey."

Warda tersenyum. Berpusing, dia mengambil beg dari almari di sisi katil. Dua helai baju Alif dimasukkan. Lincah tangannya mengemas barang-barang Alif dan dimasukkan juga segala saki-baki coklat dan buah-buahan pemberian Nuf ke dalam beg.

"Kak Azi dengan Alif tunggu sini ya. Siap-siap dulu apa yang patut. Warda keluar sekejap."

Sebaik tiba di kaunter jururawat, Warda terus menyapa.

"Ya, Cik Warda."

"Saya nak tahu kos keseluruhan perubatan Alif." Dia tersenyum nipis.

"Sekejap ya."

Lincah jemari jururawat itu menekan-nekan papan kekunci komputer. Setelah beberapa ketika, dia mengangkat pandangan melihat Warda.

"Semuanya 5800 ringgit, termasuk kos bilik."

Terbuntang biji mata Warda. Hilang senyumannya diganti dengan bukaan mulut yang agak luas.

Seminggu sahaja, tapi RM5800?

Tersenyum lucu jururawat itu tatkala melihat reaksi Warda.

"Tapi dah tertulis di sini, semuanya dah dibayar." Tersenyum dia lagi, mungkin menyangka yang Warda akan lega.

"Ni resitnya. Cik Warda boleh tunjukkan resit ni di farmasi nanti untuk ambil ubat Alif."

Lain pula reaksi Warda. Satu keluhan berat terlepas. Resit itu diambil dengan teragak-agak.

"Ada tulis tak siapa yang bayar?" Warda mahukan kepastian meskipun hatinya kuat mengatakan lelaki itu yang telah membayar segala kos tersebut.

Siapa lagi, kalau bukan Nuf.

"Memang tak ada rekod di sini siapa yang bayar." Dia menggeleng.

"Tak apalah. Terima kasih."

"Sama-sama."

Warda mahu berlalu sebelum jururawat itu memanggilnya kembali.

"Ya?" Soal Warda.

Gadis manis bertudung itu kelihatan ragu-ragu.

"Dalam sistem ni memang tak ada rekod, tapi saya tahu siapa yang bayar."

Warda senyap menunggu.

"Encik yang hantar coklat dan buah-buahan hari tu." Terang jururawat tersebut.

Entah kenapa Warda langsung tak terkejut. Memang itu jangkaannya. Kalau Nuf yang membayar, bermakna tadi...

"Dia ada datang sini?"

"Setahu saya, memang setiap hari dia datang. Cuma hari ni dia datang pagi. Selalunya tengahari."

Kali ini, ujaran itu berjaya menarik perhatian Warda.

"Setiap hari? Maksud awak, dia datang sini setiap hari?" Soal Warda lagi, kurang percaya.

"Ya. Setiap hari dia datang jumpa doktor untuk tanya keadaan Alif." Terang jururawat itu, bersungguh.

"Cik Warda tak tahu ke?"

Warda hanya terkelu. Akalnya ligat berfikir.

Kenapa Nuf tak singgah langsung menjenguk Alif jika datang setiap hari?

"Cik." Tegur jururawat itu sebaik melihat Warda hanya mematung.

Warda tersedar lantas dia mengukir senyuman janggal.

"Hmm, tak apalah kalau macam tu. Terima kasih." Pamit Warda tanpa menjawab soalan. Lalu, dia kembali ke bilik Alif.

"Alif dah siap?"

"Semuanya dah siap, Warda. Tapi tadi Warda cakap Fahmi yang akan ambil kita, kan?"

"A'ah, kak. Fahmi dah on the way tu. Sekejap lagi dia sampai. Kita tunggu dia kat bawah jelah. Lagipun Warda nak kena ambil ubat Alif di bahagian farmasi dulu." Usul Warda. Kalau boleh, dia mahu cepat-cepat berlalu.

"Okaylah kalau macam tu." Kak Azi bangun dari kerusi dengan berhati-hati. Tongkat lipatnya dilepaskan.

"Jom, Alif."

Alif bingkas bangun dari katil dan mengikut Warda. Tangan ibunya dipimpin bersama.

Setelah semua urusan di farmasi selesai, kebetulan Fahmi juga sampai tepat pada masanya. Terus mereka menuju ke rumah sewa Warda.

"Mi, kau ada hal lepas ni?"

"Aku free je hari ni. Kenapa?"

"Lepas hantar Kak Azi dengan Alif balik rumah aku, kau bawak aku pergi satu tempat, boleh?"

Fahmi merenung Warda sekilas. Tangannya masih di stering kereta.

"Pergi mana?"

"Aku nak beli barang dapur sikit. Nak masak untuk Alif." Tersenyum Warda memandang Alif yang duduk di kerusi belakang.

"Lepas tu, bawak aku pergi bank sekejap." Bisik Warda biar tidak didengari orang di belakang.

"Hish, kau ni. Tadi kata satu tempat je." Rungut Fahmi.

Warda tersengih lucu menyedari kesilapannya.

Tapi, rasanya bukan dua tempat sahaja. Ada satu lagi tempat yang harus ditujunya...

"Nak buat apa pergi bank?" Fahmi turut berbisik mengikut rentak Warda.

Diam.

Lama sehingga Fahmi memandang Warda sekali lagi dengan riak yang pelik.

"Adalah. Kau ikut je." Dia berteka-teki.

Warda pandang keluar tingkap.

Setelah diam beberapa ketika, Warda bersuara lagi.

"Lepas pergi bank, ada satu lagi tempat aku kena pergi."

***

Nuf sedang leka menyelak fail rekod pesakit dengan minda yang kosong sewaktu Zara tiba-tiba muncul di muka pintu biliknya. Tanpa ketuk dan tanpa salam, wanita itu terus masuk dan berdiri di seberang meja.

"Tengahari ni you tak pergi sana?"

Nuf menggeleng malas tanpa mengangkat pandangannya. Dahinya diurut, tiba-tiba terasa pening dengan bau minyak wangi yang menyerbu rongga pernafasannya.

Zara ni, mandi minyak wangi ke?

Kutuk Nuf di dalm hati.

"Kenapa you tak pergi? Selalunya, waktu-waktu sekarang ni you akan pergi jenguk budak tu." Terus Zara duduk di kerusi berhadapan Nuf.

"I dah singgah sekejap pagi tadi. Doktor yang rawat tu kata Alif dah boleh discharge tengahari ni."

"Ohh..." Lalu Zara terdiam. Dia masih enggan berganjak dari kerusi yang didudukinya.

"You nak apa, Zara? Sampai bila you nak duduk sini? You tak kerja ada ke?" Sindiran pedas Nuf diharap sampai ke hati gadis itu. Betapa dia mahu Zara cepat-cepat berlalu.

Dia mahu bersendirian.

Sudahlah selama seminggu ini, konsentrasinya seperti terganggu dengan apa yang berlaku minggu lepas. Dia sendiri kurang pasti apa penyebabnya. Yang dia tahu, dia tak muhu diganggu oleh sesiapa sekarang ini.

"I ingatkan nak ikut you pergi melawat Alif. Tapi rupanya you tak pergi pulak—" Keluh Zara.

"Yes, I tak pergi. So, sekarang ni boleh tak kalau you tinggalkan I sendiri? Leave me alone. Tiba-tiba I rasa peninglah." Ujar Nuf dengan nada yang malas apabila sindirannya tidak difahami.

Lain yang dimahu, lain pula reaksi gadis itu. Zara automatik berdiri dengan riak yang risau.

"You tak sihat ke? Patutlah dari tadi I tengok you pucat je." Sekelip mata Zara sudah berada di sebelah Nuf. Tak sempat Nuf mengelak, jemari Zara sudah sampai ke pelipisnya.

"Let me help you."

"Zara, no. Stop it!" Nuf menolak tangan Zara lantas berdiri.

Terkulat-kulat Zara mendengar suara Nuf yang sedikit tinggi dari kebiasaan.

"Nuf, I nak tolong urutkan je."

"No need, Zara. Leave me alone. Please, I tak nak diganggu." Elak Nuf. Dihalaunya Zara dari situ. Biar dia berterus terang kalau Zara tidak memahami kiasannya.

Rasanya berada dekat dengan gadis itu lebih menambah sakit kepalanya. Haruman menusuk bercampur pedas dari tubuh Zara sedari tadi mencucuk-cucuk rongga pernafasannya. Terlalu memeningkan!

"Nuf, don't be like this." Zara memaut lengan Nuf lebih rapat. Dia menolak lembut bahu lelaki itu agar duduk semula di kerusi biarpun Nuf kekal mengeraskan diri.

"Biarlah I tolong picitkan kepala you—" tangannya dibiar kekal tersangkut ke bahu Nuf.

Nuf yang mulai rimas dan lemas, menolak pinggang Zara supaya menjauh darinya. Kedudukan yang kalau dilihat, sungguh mesra berpelukan. Hakikatnya dia cuma mahu Zara pergi jauh dari situ.

"Zara!" Jerkah Nuf, hilang sabar.

Serentak itu, pintu biliknya diketuk lalu tiba-tiba terbuka luas membuatkan keduanya berpaling serentak.

"Nuf, ni ada orang nak jum—" Terdiam Fateh melihat aksi keduanya yang tampak mesra berpelukan. Di belakang Fateh, seseorang turut muncul.

Dan si dia juga terkaku di muka pintu.

###

p/s: jeng jeng jeng cliffhanger...teka, siapa yang datang tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience