Lilyrose 2 | Jelmaan realiti

Romance Series 55089

Biar mereka tidak tahu
Jantung ini tidak seperti dahulu

««~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~»»

Nuf memulas tombol dan menolak perlahan daun pintu. Pandangannya di liarkan di sekitar bilik yang suram.

Bilik yang menyimpan serba-sedikit memori dia bersama Bella.

Nuf melangkah masuk dan terus menuju ke arah tingkap. Langsir disingkap luas agar cahaya semulajadi menerangi bilik sebelum dia melangkah dan melabuhkan punggung di birai katil. Matanya tertarah ke arah laci kecil di sisi katil dimana terletaknya gambar perkahwinan dia bersama Bella. Bingkai gambar itu lantas dicapai.

Ditenung lama.

Jemari kasarnya dilarikan di permukaan kaca. Mengusap imej Bella yang anggun menawan dalam gaun pengantinnya.

Hatinya diruntun pilu yang teramat.

Baby, I minta maaf I tak dapat lindungi you. I terlampau percayakan Warda, tapi ternyata I silap! Kenapa Warda sanggup buat macam tu pada you? Selama ni, wajah polos tu hanya sekadar luaran. I tak pernah sangka hati dia sekejam tu!

Tanpa sedar setitis air matanya gugur ke atas permukaan gambar.

Tepat di wajah Bella.

Nuf menghela nafas sebelum merebahkan tubuhnya perlahan-lahan ke atas katil. Bingkai gambar dipeluk erat ke dada seolah-olah dia memeluk tubuh Bella yang dirindui.

***

"Kau tahu tak berapa harga pinggan porcelain ni, hah Warda? Kau mampu ke nak ganti?" Bergema satu rumah suara Puan Rozita pagi itu.

Mak Ilah yang sedang menggoreng di depan dapur gas hanya menjadi pendengar. Tak berani dia mahu mengangkat wajah, risau-risau bersabung pandangan dengan majikannya yang sedang menyinga.

"Mak ngah, Warda janji nanti Warda belikan mak ngah pinggan yang baru. Warda minta maaf, Warda tak sengaja terlepas pinggan mak ngah ni..."

"Amboi...senang je kau cakap kan?! Berapa sen sangat gaji kau jadi nurse tu? Setahun pun belum tentu dapat ganti pinggan yang Bella beli dekat Ireland ni tau! Duit laki aku yang tanggung kau belajar dulu pun belum tentu kau mampu nak bayar..." Sinis suara Puan Rozita.

Warda yang bagaikan sudah lali mendengar cacian mak ngahnya hanya diam. Dia lantas melutut lalu mengutip serpihan pinggan porcelain di atas lantai.

"Apa bising-bising ni, mak?" Manja suara Bella muncul dari arah depan.

Pandangan Warda tertancap ke arah Bella yang masih lengkap berbaju tidur. Terus terbuntang mata Bella melihat serpihan pinggan porcelain yang bertaburan.

"Ya Allah! 700 euro aku!" Bella menjerit. Hilang terus suara manjanya. "Warda! Apa yang kau dah buat ni?! Kau tahu tak kalau duit Malaysia ni berapa ringgit?"

"Bella, aku betul-betul tak sengaja tadi. Nanti aku ganti semula duit kau."

Walaupun dia kurang pasti yang dia mampu untuk membayar sekaligus, dia boleh bayar secara ansuran. Minda Warda berkerja keras membuat kira-kira metematik. Mencongak baki gaji yang mungkin bersisa selepas membayar hutang akibat kecuaian sendiri.

"Hish, kau ni kan! Menyusahkan betullah..."

"Budak ni memang menyusahkan. Tak habis-habis bawa sial setiap kali balik rumah ni. Lain kali kau tak payah baliklah Warda. Tenang sikit hidup aku ni!" Puan Rozita menyampuk.

"Kenapa ni mak? Baby?" Suara garau pula muncul dari arah luar pintu dapur. Warda berpaling sekilas ke belakang. Cepat-cepat dia berdiri dan serpihan tadi diletakkan di atas kabinet dapur.

Nuf yang masih berpeluh selepas berjogging masuk ke dalam dapur dan terus ke arah Bella.

"Warda ni Bie. Pecahkan pinggan porcelain yang I beli kat Ireland dulu. 700 euro tu Bie!" Bella menarik muncung. Suaranya kembali bertukar lunak manja.

"Bella, aku dah cakap tadi, aku tak sengaja kan? I'm sorry. Nanti aku bayar balik duit kau bila aku dah dapat gaji."

"Eh, engkau ni ada je nak menjawab kan! Geramnya aku..!" Puan Rozita sudah menyingsing lengan dan mahu meluru ke arah Warda. Namun sempat dihalang Nuf.

"Mak!" Nuf lantas berdiri di hadapan Puan Rozita. "Okay, okay! Macam nilah...pinggan tu, biar Nuf belikan baru bila-bila Nuf ada pergi Ireland lagi nanti." Nuf menyambung tanpa sedikit pun memandang Warda.

Tersentak Warda mendengar ujaran Nuf yang tidak disangka-sangka.

Pinggan ini jahanam di tangannya, tapi kenapa mesti Nuf yang bersusah-payah mahu menggantikannya?

Hatinya tertanya sendiri.

"Sekarang ni jom kita pergi depan."

"Bie! You ni selalu tau menangka..."

"Baby." Nuf pantas menyampuk. Suaranya yang dalam, terus membuatkan Bella terdiam. Namun Bella masih menjeling tajam ke arah Warda melalui hujung matanya.

"Mak, baby...jom pergi depan." Nuf berkata sambil menolak lembut tubuh Bella keluar dari dapur. Dia menunggu sehingga kedua-dua wanita itu hilang di sebalik pintu sebelum menoleh ke arah Warda.

Anak mata gelapnya memanah Warda.

Menghantar satu renungan yang sukar dimengertikan lalu dia juga turut hilang disebalik pintu dapur.

Terpaku Warda memandang pintu yang memisahkan ruangan dapur itu.

Pandangan itu datang lagi!

Tajam dan menikam.

Warda cukup kenal dengan renungan itu. Renungan yang sama diberikan saat pertama kali mereka bersua. Warda pasti dirinya memberi impresi buruk ke dalam diri Nuf.

Atau lebih tepat lagi...

Jijik!

Terasa diri seperti diperkecilkan hanya dengan renungan. Kesedaran mula menerobos ke dalam diri Warda.

Ya, dia tahu!

Dirinya umpama kerak bumi. Nun jauh di dasar berbanding Bella yang umpama langit. Malah, duduk berhampiran Bella yang cantik jelita itu pun sudah cukup membuatkan dia rasa rendah diri.

Tapi ini diri sebenarnya.

Diri seorang Lilyrose Warda!

Tak akan pernah dan tak akan mampu menandingi Bella dalam setiap segi...

***

Terasa ada sesuatu yang lembab dan berduri-duri halus menjilat-jilat dagunya. Tercelik mata Warda memandang siling.

"Meow..."

Mata Warda kuyu memandang ke arah makhluk berbulu jingga dan putih yang enak bertenggek di atas dadanya. Rutin harian si kucing mengejutkannya setiap pagi sehingga jam locengnya sudah kehilangan fungsi. Mimpi jelmaan realiti tadi pantas diusir dari mindanya.

"Good morning, Oyen." Kepala Oyen dibelai lembut. Oyen juga tak kurang menggeselkan muncungnya ke wajah Warda.

Biarlah semua orang benci aku. Yang penting aku ada Allah dan kau, kan Oyen?

Baru dia hendak mengucap syukur masih diberi peluang menghirup udara pagi itu apabila kesakitan tiba-tiba mencengkam dada.

Berdenyut-denyut.

Sesak!

Seperti bisa yang menjalar, menyengat segenap inci jantungnya.

Refleks tubuhnya meringkuk di atas katil. Oyen bergelimpangan jatuh ke sisi.

Sakitnya didada tidak terperi. Habis cadar ditarik bergumpalan sementara sebelah tangan lagi dikepal erat ke dada. Matanya terpejam, menolak air mata yang bertakung menuruni pelipis. Rintik-rintik peluh mulai muncul di dahi.

"Ya Allah..." Hanya itu yang mampu keluar dari ulas bibirnya diiringi erangan yang penuh penyiksaan.

"Meow...meow..." Oyen mengiau nyaring umpama memahami kesakitan Warda. Ekornya tegak dan terkibas kiri dan kanan.

Warda tidak menunggu lama. Dia menggagau almari kecil di sebelah katil. Terketar-ketar tangannya mahu mencapai botol ubat yang terletak di atas almari. Habis ditolak jatuh semua yang menghalang laluannya demi mencapai botol yang dipercayai boleh menyelamatkan nyawanya ketika itu. Sebaik dicapai, tergesa-gesa dia membuka penutup. Dituang tablet ubat di atas katil dan diambil sebiji lalu disumbat terus kedalam mulut. Memaksa tablet itu turun melalui tekak yang kering.

Oyen masih tak henti mengiau. Warda menarik Oyen rapat ke dadanya. Dipeluk erat sementara Oyen seperti merelakan.

"Oyen, janji jangan tinggalkan aku..."

"Meow..." Oyen menjilat dagu Warda lagi.

Perlahan-lahan kelopak mata Warda kembali terkatup rapat. Dunianya bertukar gelap-gelita.

***

Kerana perasaan yang menyesak dada, Nuf memulas habis pedal minyak superbike kepunyaannya. Laju dia menyelinap di celah-celak trafik. Sejak dari dulu, itu yang akan dilakukan untuk melepaskan tekanan. Honda CBR 215R itulah yang lebih menjadi pilihan berbanding Audi sport miliknya. Tapi tidak pagi itu. Tak seperti hari-hari yang sebelumnya, kelajuan langsung tidak memberi kepuasan dalam diri.

Sebaik tiba di ruangan parkir, terus Schuberth R2 diangkat dari kepala dan sarung tangan kulitnya dicabut. Rambut yang jatuh di dahi, diseka kasar sebelum melangkah bangkit dari tempat duduk. Jaket kulitnya dibiarkan tersarung di tubuh sambil dia berlajan santai masuk ke dalam bangunan hospital.

Dia perasan beberapa pasang mata mengekori langkahnya. Tipikal seorang Nuffaiq Wildan, dia hanya membiarkan. Selama ini juga sudah terbiasa. Tapi yang berbeza hari ini, setiap pasang mata seperti menghantar ucapan takziah kepadanya.

"Eh, sepatutnya kau cuti lagi kan? You should be at home. Why are you here?" Fateh menyapa sebaik wajah Nuf muncul di dalam wad.

"Kau pun tahu aku workaholic, kan?" Nuf cuba bergurau tetapi Fateh tidak terasa mahu ketawa.

"Nuf, I'm so sorry about Bella."

Nuf hanya tersenyum hambar sambil mencabut jaket kulit dari tubuhnya.

"Sorry jugak sebab tak dapat datang kenduri tahlil malam tadi. Ada emergency case."

"It's okay, Fateh. Kau doakan yang baik-baik je dah cukup." Matanya mengelak dari memandang Fateh.

"In shaa Allah. Mesti aku doakan."

Nuf mengangguk kecil. "Terima kasih."

Tanpa membuang masa, Nuf masuk ke biliknya. Jaket kulit disangkut dan dia lantas menyarung kot putih ke tubuh.

Baru dia ingin berlalu keluar, matanya menangkap satu sampul surat di atas meja. Dengan debaran di dada, tangannya membuka sampul surat dan menarik kertas yang elok terlipat. Anak matanya bergerak kiri dan kanan membaca perkataan demi perkataan yang tertera.

Tiba-tiba pintu biliknya dibuka deras. Muncul wajah Zara yang beriak bersalah.

"Nuf, I'm sorry. I intend to take it back." Zara melangkah masuk perlahan-lahan sebelum menolak tutup daun pintu. Matanya meneliti perubahan reaksi di wajah Nuf. "I letak rekod tu atas meja you, lepas you pergi Ireland minggu lepas. Tapi I tak sangka..." Zara ketandusan kata-kata.

"I'm sorry to hear about Bella. Lagipun I tak nak you overthinking. That's why, I want to take it back before you come back. But, I guess it's too late now..." Zara berkata perlahan menyedari yang Nuf sudah siap membaca rekod tersebut.

"So, kalau ikutkan rekod ni, sepatutnya Bella ada harapan untuk pulih?" Tanpa mempedulikan ujaran Zara, Nuf bersuara serius. Matanya tajam menusuk ke wajah Zara meminta penjelasan.

Teragak-agak Zara mengangguk.

Lantas rekod di dalam genggaman, Nuf renyuk sepenuh emosi dan campakkan ke lantai.

"It's useless now! She's gone! Bella dah tak ada, Zara..." Nuf meraup mukanya yang sudah merona merah.

"Nuf..."

"I bodoh Zara. I sepatutnya minta tolong you jagakan Bella sebelum I pergi Ireland. Tapi, kenapa I terlampau percayakan Warda? I tak sangka yang dia sanggup abaikan Bella macam tu..."

"Warda? Maksud you yang..."

"Yes. Warda sepupu Bella. She's a nurse and I really thought that Bella should be okay under her care." Kali ini Nuf sudah tidak dapat menyembunyikan amarahnya yang terukir di wajah.

"Lagipun sebelum I pergi, I dah pastikan keadaan Bella baik. She was definitely fine!"

"Apa yang Warda dah buat? Don't tell me yang dia penyebab keadaan Bella bertambah buruk."

"No." Nuf membalas ringkas tetapi keras.

"It was worse than that!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience