Bab 2

Fanfiction Completed 23158

Kasut converse berwarna hitam putih disarung di kaki aku. Jam di tangan dipandang semula. Masih awal.

Aku selalunya malam malam macam ni pergi kerja. Kerja dekat restoran daging panggang dekat dengan simpang masuk estet perumahan ni. Omma aku kasi. Sebab nak cari duit untuk poket sendiri.

"Omma! Pergi dulu ya!"

"Ya! Elok-elok jalan tu!" Laung omma aku dari dalam.

Dengan itu, aku pun mulalah melangkah menuju ke tempat kerja. Aku terlompat lompat kadang kadang macam orang utan. Aku bukan apa, bukan nak tunjuk yang aku ni tak betul. Tapi nak hilangkan rasa takut.

Takut sebab ni. Sebabnya estet ni sunyi dan sepi sangatlah! Bila jam menunjukkan angka 7 atau 8 malam, maka estet ini akan bertukar menjadi sepi. Aku pun pelik.

Jap! Selalunya aku akan berhenti dulu dekat simpang tiga 100 metre dari rumah aku. Nak tahu kenapa? Aku terus mengeluarkan bunyi kucing.

"Miauu~ miauu~"

Serentak itu.

"Auk auk! Grrrr aukk!" Seekor anjing berwarna hitam dan sebesar budak 5 tahun keluar dari arah dalam sebuah rumah.

Namun aku tak bukak langkah lagi. Sebab anjing tu tak boleh kejar aku. Ada pagar.

"Anjing oh anjing. Tralalalala~." Aku pun bertindak menggoyangkan badan menarik perhatian anjing tadi.

Anjing hitam tu masih menyalak suruh aku pergi.

"Catch me if you can!" Dan aku bertindak pula menari lagu yang dipopularkan SNSD itu.

Tidak semena mena, anjing itu berdiri seolah olah mahu melompat merentasi pagar. Itulah waktu yang sesuai untuk..

"Omona!" Untuk lari lah.

Okay orang mesti akan pikir yang aku ni spesies tak betul. Tapi aku just nak balas dendam dekat anjing hitam tu.

First time aku berjalan kaki malam nak pergi kerja, anjing tu boleh menyalak secara tiba tiba. Yang aku ingat aku pengsan malam tu. Pengsan terkejut.

Sebab tu aku akan pastikan anak tekak dia terkeluar sebab terpaksa menyalak tiap malam. Biar padan muka.

"Annyeong!" Pintu kaca restoran itu aku tolak dan bertindak menyapa rakan kerja.

"Annyeong (YN). Hari ni awak ambil pesanan pelanggan ya?" Aku mengangguk dengan arahan yang diberi oleh pekerja tadi.

Aku memakai apron hitam paras pinggang. Semua pekerja diwajibkan untuk memakai kain itu. Sebab nya aku sendiri tak tahu.

"(YN)! Tu ada pelanggan datang."

Aku terpinga pinga sekejap lepas terdengar suara itu. Haish aku baru nak duduk!

Dengan bangganya, aku berjalan mara ke arah pelanggan yang baru masuk tadi. Perfect ke tak aku ni ha? Bau nafas, kibas apron, kibas habuk kat bahu, ratakan kening, basahkan bibir. Check!

"Ehem. Boleh saya ambil pesanan encik dan cik?" Aku tersengih. Suara sudah tentu perlu dilembutkan.

"Hm malam ni apa yang special?" Tanya pelanggan itu. Pasangan wanitanya hanya mendiamkan diri.

"Tonight special is..is..is apa eh?" Tanpa sedar aku menggaru garu belakang kepala dek terlalu buntu. Hancur (YN)! Hancur. Baru nak bergaya malam ni.

"Minha, malam ni special apa?" Aku bertindak menanya soalan itu kepada Minha yang juga sedang mengambil pesanan di belakang aku.

"Daging rusa panggang ala ten little indians barabaraberebere." Jawab Minha.

"Haa encik dengar tak tu? Daging rusa ten apa tah pastu bere kat belakang." Aku bertanya pula pelanggan tersebut.

"Hm bolehlah. Saya pesan menu tu untuk dua orang. And Fresh apple juice dua."

Aku segera mencatit dan bergerak ke arah kaunter. Memberikan kepada Yura supaya kertas tadi digantung di dapur bagi rujukan tukang masak.

Aku terus duduk bersebelahan kaunter.

"Apa punya nama menu la. Payah bebenor aku nak sebut. Tah tadi tu pun aku eja betul ke tak." Aku merungut.

Aku hanya duduk disitu menunggu pelanggan baru. Pelanggan restoran ya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience