Bab 22

Fanfiction Completed 23151

Jhope berlarian menuju ke asrama saat pintu lif terbuka. Kakinya berhenti betul betul berhadapan dengan asrama (YN).

" (YN) ah? Awak kat dalam ke? Tolong buka pintu ni. Saya nak jumpa awak. " Jhope mengetuk pintu beberapa kali.

Namun tiada sahutan. Itu membuatkan hati Jhope bertambah gelisah. Bagaimana kalau (YN) sudah keluar dari sini? Ah! Jhope menggelengkan kepalanya.

Telefon bimbit yang berada di dalam poket ditarik keluar. Nombor (YN) dicari sebelum menekan icon hijau.

" Maaf, nombor yang anda dail--"

Pantas Jhope mematikan panggilan. (YN) tidak menjawab panggilannya. Sekali lagi dia menelefon, tetapi keadaan masih sama. Panggilannya tidak berjawab.

Sekali lagi dia menelefon, tetapi kali ini nombor Pdnim. Dia akan bertanya tentang password pintu asrama (YN). Jika (YN) ada di dalam, marahkan dia sekalipun, Jhope tidak kisah. Yang penting keputusan (YN) itu perlu dibincangkan.

Jhope menekan butang nombor setelah Bang Pdnim memberi passwordnya. Pintu terbuka dan tanpa berlengah, dia menerobos masuk ke dalam.

Keadaan dalam asrama itu agak lenggang. Jhope melangkah ke bilik utama, iaitu bilik tidur (YN).

" (YN) ah? Awak kat dalam kan? Jawablah atau saya masuk aje. " Jhope bersuara seraya mengetuk pintu.

" Awak dengar tak? Saya terjah aje ya? Sebab awak tak berjawab." Jhope masih lagi menanti sebarang jawapan, namun hampa. Keadaan itu seolah olah memaksa dia menerjah sahaja bilik itu.

Sebaik sahaja dia menerobos masuk ke dalam bilik , dia terasa lain. Cadar katil dan sarung bantal sudah tiada. Selimut juga tiada terbentang di atas katil. Hanya tinggal tilam spring dan bantal.

Jhope terpandang almari pakaian. Perlahan lahan dia membuka almari itu dan dia yakin (YN) memang sudah keluar dari asrama kerana almarinya kosong.

Jhope terasa hampa. Menyesal pula datang waktu malam begini. Dia pasti (YN) keluar pada waktu petang tadi. Dengan langkah perlahan, Jhope keluar dari asrama itu selepas menutup suis lampu.

Saat dia ingin kembali ke studio, matanya menangkap sesuatu. Sesuatu yang diselitkan bawah pintu asrama kumpulannya.

Kertas yang berlipat itu ditarik Jhope.

" ini surat. " omel Jhope sendiri lalu perlahan lahan membuka lipatan kertas itu dan terlihatlah bait bait ayat yang ditulis tangan.

"Hai BTS,

Saya rasa waktu surat ini dibaca, saya dah tinggalkan asrama. Maaf sebab buat tindakan macam ni. Saya terpaksa. Saya cuma nak BTS gembira, happy, macam dulu. Ataupun sebelum saya datang. Saya tak mahu tengok BTS rasa terbeban dengan kehadiran saya. Dan saya rasa BTS dan ARMY akan lebih dekat semula lepas saya keluar. Saya yakin tu. Pada Jhope oppa, saya berterima kasih sangat sebab selalu baik pada saya. Saya akan ingat dan hargai kebaikan oppa. Hm Suga Sunbae, terima kasih sebab jadi 'hero' di music bank untuk saya.

Maaf saya mengarut. Suga Sunbae, saya selalu buat sunbae tertekan kan? Mianhaeyo. Seokjin, Jimin, Taehyung, Leader Rapmon, dan Jungkook pun, saya berterima kasih pada awak semua. Tolong buat pengumuman yang saya secara rasmi keluar dari group ni. Bang Pdnim! Kalau ada surat yang perlu saya tandatangan, Pdnim tiru ajelah tandatangan saya di surat rasmi kerjasama pada hari pertama kita jumpa di syarikat. Jaga diri baik baik! Saya akan selalu sokong BTS! Fighting!

_(YN) "

Jhope mengeluh berat. Nampaknya (YN) tidak akan mengubah keputusannya. Sedang Jhope termenung seketika, telefonnya berbunyi minta diangkat.

Kelam kabut dia mengeluarkan telefon dari dalam poket dan berharap itu adalah panggilan daripada (YN). Namun hampa kerana nama dan nombor telefon Jimin yang tertera.

" Hyung! Macam mana? " soal Jimin dari dalam talian.

" Kita terlambat. Dia dah pergi. " jawab Jhope dengan nada kecewa. Sekali lagi keluhan keluar dari mulut jejaka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience