Bab 10

Fanfiction Completed 23151

Aku menarik nafas lega yang amat sangat setelah dengan jayanya aku dapat membersihkan asrama aku seorang diri. Hanya tinggal untuk aku letak plastik plastik sampah di bawah sahaja.

Dengan rambut berserabai dan berpeluh, aku mengangkat dua plastik berisi sampah ke arah pintu. Memandangkan aku dulu minat akan cerita Bruce Lee dan Jet Li malah Jackey Chan, aku bertindak membuka pintu menggunakan kaki.

Serentak pintu asrama aku terbuka, pintu asrama BangtanBoys juga terbuka. Aku tergamam sekejap. Nasib baik tak semua yang keluar. Hanya seorang yang aku tidak kenali. Yang aku kenal cuma Rapmon sebab Rarin terlampau tergilakan lelaki itu. Dan seorang lagi, Suga. Suga.. aku tak berapa ingat muka dia. Kalau aku tengok poster yang Rarin selalu bawak, aku mungkin tahu.

Aku tunggu ayat kejam yang akan keluar dari mulut lelaki itu. Namun dia pun tergamam. Matanya mencerlung memandang aku yang sedang membawa plastik sampah kiri kanan.

" Mwo? " Aku bertanya menghentikan lamunan panjang antara aku dan dia.

" Awak pindah masuk sini ke? " Tanya lelaki itu lembut. Lembut hm. Yang pasti bukan dia yang cakap kurang ajaran semalam.

" Ya. Saya mintak kat Pdnim. Wae? " Aku bertanya pula sebabnya. Haa lah kan kut lah dia tidak suka aku pindah di sini.

" Aniyo. Just saya terkejut. Dah lama dah tak ada orang kat sini. Tiba tiba saya keluar, ada orang keluar. Tu yang.. terkejut. " Terang lelaki bersnowcap merah itu.

" Ah.. ne. " Aku tak ada mood nak menjalankan sesi 'beramah mesra di tengah hari depan pintu'. Aku terus jalan ke arah tangga.

" Cakkaman. Awak nak pergi mana ni? " Aku berhenti apabila mendapati dia mengikut aku. Aku menjongket kening lalu mengangkat plastik sampah yang dipegang.

" Kalau saya bawak plastik sampah ni mestilah saya nak pergi memancing. Nak ikut? " Aku membalas lalu menyambung langkah.

" Haih. Kenapa tak naik lif je? " Lelaki itu bertanya lagi tetapi masih mengikut langkah aku menuruni tangga.

" Saya tak suka naik lif. Pening. " Jawabku acuh tak acuh.

" Macam tu pulak. Ni awak okey ke bawak plastik tu? Nak saya tolong? " Tanyanya lagi.

" Tak payah. Dah sampai pun. " Kata aku separuh geram. Kalau nak tolong, baik tolong dari depan pintu tu lagi. Dah sampai tong sampah baru nak tolong? Ni nak bebel ni.

" Ah.. saya Jung Hoseok. Stagename saya, Jhope. Maaflah semalam tak sempat nak kenalkan diri. " Lelaki yang dikenali sebagai Jhope itu memperkenalkan dirinya.

" Memang tak sempat. Dah asyik marah saya je. " Aku berkata dengan nada sedikit sinis.

" Oh uhm saya mintak maaflah bagi pihak Suga hyung. Dia memang pantang sikit kalau orang buat apa yang dia tak suka. Saya nak bantah semalam, tak berani. " Ujar Jhope lagi.

Aku menarik muka pelik. Dari gaya lelaki yang digelar Harapan ni, macam dia tak kisah aku masuk dalam group. Siap mintak maaf dari pihak si Suga garang tu. Eh jap.. oh dia ke Suga. Nampak lain.

" Tak apalah. Saya tak kisah. Saya memang dah tahu yang korang mesti tak suka ada ahli baru. Saya faham. " ujar aku lalu melangkah ingin masuk ke dalam bangunan asrama semula.

" Eh mana ada. Saya terima je keputusan Pdnim tu walaupun pada awalnya saya tak suka. Awak jangan risaulah. Diorang mesti terima jugak akhirnya. " Kata Jhope seakan memujuk.

Aku tidak membalas malah terus berjalan. Mulut si Harapan itu masih on. Tidak berhenti dia bercakap itu ini.

" Yang awak ikut saya ni kenapa? " Pintas aku.

" Err. Saya nak balik asrama jugaklah. Kan kita sehala. " Jawab Jhope dengan jari telunjuknya menuju ke atas.

Spontan aku berpusing ke hadapan semula. Aku dapat rasa muka aku tebal. Yang aku pergi tanya soalan tu buat apa.

" (YN).. "

Aku berpusing menghadap Jhope yang berada di belakang. Aku lihat dia sedang menggaru belakang kepalanya.

" Tahniah. Selamat berkerjasama dengan kami. " Ucapan Jhope itu membuatkan aku berbelah bahagi. Perlahan lahan perasaan marah pada kumpulan baru aku itu reda.

" Kamsahamnida, Jhope ah. "

Jhope mengangguk lalu melangkah ke arah lif di hujung. Aku terus menarik muka pelik. Memang tadi dia ikut aku lah ni? Bukan nak balik asrama?

***

Aku tergamam. Ni pertama kali aku masuk ke dalam bilik rakaman audio. Pergh lawa. Kalau dulu aku selalu nyanyi dalam bilik air, kali ini aku akan nyanyi dalam bilik rakaman yang real!

Aku dimaklumkan oleh manager kumpulan yang aku akan berlatih vokal dan membiasakn diri dalam aktiviti recorder ni. Jadi maknanya aku akan nyanyi depan Bang Pdnim dan ahli BTS yang lain.

" Masuk. " Arah Bang Pdnim dengan tangannya melentik bagaikan mentadak menghala ke pintu masuk bilik kecil berdindingkan cermin pantul bunyi yang sememangnya ada dalam semua bilik rakaman.

" Pakai headphone tu. " Aku lihat Bang Pdnim bercakap pada alat seperti mikrofon kecil tetapi sekali gus aku kagum dari mana pulak keluarnya suara lelaki itu. Ah lantaklah dari mana pun.

Aku memakai headphone seperti yang diminta. Dengan teliti aku mendengar arahan seterusnya dari Bang Pdnim. Aku lihat dahulu muka muka masam ahli lain. Kecuali Jhope yang sudah teruja. Memang bagi aku harapan betullah dia ni.

" Okey, saya akan pilih lagu I Need U. Sebab yang tu slow sikit. " Ujar aku pada Bang Pdnim. Lelaki itu mengangguk sebelum memberi arahan pula pada seorang lelaki bergaya hiphop yang bertugas sebagai pengendali alat di bilik rakaman.

Muzik bermula. Aku dapat dengar dengan jelas melodi dari dalam headphone. Aku mendekatkan muka pada mikrofon yang bagai tergantung dan mula menyanyikan bait bait ayat I Need U dengan penuh perasaan.

Aku mengucap syukur setelah aku berjaya menyanyikan lagu itu dengan lancar. Ternyata Bang Pdnim suka akan skill aku menyanyi. Jhope aku tengok sedang menunjukkan tanda bagus pada aku. Aku membalas. Yang lain? Hm macam nak tak nak layan je. Tak apalah kan.

" Hebat jugak awak nyanyi. Kan hyung? " Tanya Jhope pada Suga. Aku hanya memandan Suga yang turut pandang tajam ke arah aku.

" Not bad. " ujarnya sepatah. Lalu keluar dari bilik rakaman.

" Bagus jugak suara kau. Harap kau dapat tingkatkan lagi populariti kumpulan ni. " Kata lelaki berambut oren. Bahuku ditepuk dua kali sebelum mengejar langkah Suga.

" Itu Jimin. " kata Jhope setelah aku memandangnya. Macam tahu tahu je.

" Tahniah, (YN). Harap dapat berkerjasama nanti. Btw, aku Seokjin. Member tertua dalam group ni. So kau jangan panggil aku oppa pulak. Panggil aku sunbae. " Bahu aku di sebelah kanan pula ditepuk oleh makhluk bernama Seokjin ini.

Euww. Tak mungkin aku nak panggil kau oppa lah. Tak hingin.

" Aku Rapmon. " Seorang lelaki yang tinggi pula memperkenalkan dirinya. Oh lelaki pujaan Rarin.

" Ne, Leadernim. " Aku balas lalu kepala ku tunduk sedikit.

Rapmon dan Seokjin turut keluar dari bilik rakaman. Hanya tinggal aku, Jhope, Bang Pdnim yang tengah berbincang dengan lelaki hiphop tadi dan dua lelaki yang comel pada pandangan aku.

Aku memandang Jhope dan lelaki itu silih berganti. Jhope yang macam tahu akan situasi itu mula bersuara.

" Oh ha.. (YN), ini Jungkook dan yang ini Taehyung atau V . Jungkook Maknae asal kumpulan kita. Awak dan Jungkook adalah maknae. Hehe. " Jhope memperkenalkan Jungkook dan Taehyung yang agak tegang mukanya.

" Jungkook. Jeon Jungkook. " Jungkook bersuara dengan menyebut nama penuhnya.

" Kim Taehyung or V. "

" (YN). " Aku membalas.

" Yah. Ni apa tinggal empat orang aje ni? Jhope, Jungkook, V, pergi panggil yang lain. Kita pergi makan kat luar. (YN), boleh ikut saya dulu. " Kata Bang Pdnim tiba tiba.

Jhope , Jungkook dan Taehyung mengangguk faham lalu melangkah keluar. Aku hanya mengikuti langkah Bang Pdnim menuju ke kereta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience