Bab 7

Fanfiction Completed 23151

Aku menapak masuk ke dalam sebuah bangunan yang besar dan cantik. Ruang legar yang luas membuat aku tersenyum.

"Bilik Bang Si Hyuk dekat tingkat 3. Cik naik dulu lif nanti cik akan nampak terus pintu pejabat dia." Arah seorang lelaki muda sambil tangannya menunjukkan arah lif.

"Kamsahamnida." Aku menunduk tanda hormat.

"Lif, lif, lif~" Aku bertindak mereka lagu. Bosan.

Yang aku pelik, bangunan ni senyap sangatlah. Mana orang yang bergelar pelatih ke, artis ke. Hmm maybe tengah buat latihan kat bilik dance practice or rakam lagu or tengah mencipta lagu.

Pintu lif terbuka di tingkat 3. Aku bergerak keluar dan aku terus ternampak pintu dengan label yang menjelaskan ada makhluk bernama Bang Si Hyuk berhabitat di situ.

Pintu diketuk beberapa kali sebelum aku bertindak memulas tombol pintu dan meneroboskan diri ke dalam bilik pejabat itu.

"Uh? Wah (YN) ssi! Akhirnya awak terima jugak tawaran saya. Kamsahamnida! Duduk, duduk." Lelaki berkemeja biru itu menjemput aku untuk duduk di ruang sofa yang disediakan.

"Pdnim, kenapa sunyi sangat?" Aku cuba bertanya.

"Sesetengah artis sekarang ni ada jadual luar. Trainees semua ada dekat ruang practice tingkat atas. Tu yang kesunyian dan kesepian di sini. Hoho." Bang Pdnim melabuhkan punggung di hadapan aku.

"Oh. Ni saya nak kena buat apa? Pergi berlatih sekali dengan diorang ke, ataupun pergi buat audition dulu ke?" Aku bertanya lagi.

"Tak payah audition, saya dah anggap awak buat audition rasmi dekat restoran tempoh hari. Sekarang ni saya nak bincang sesuatu. Penting sangat." Muka Pdnim berubah serius.

"Hm? Apa dia?" Aku membetulkan kedudukan. Memandang wajah Pdnim yang sudah berubah gelisah.

"Saya nak.."

Pdnim menarik nafas dalam dalam.

"..masukkan awak dalam group yang dah sedia debut." Terang Pdnim membuatkan aku tersenyum.

"Betul ni? Okkah tu. Tak payahlah saya nak berlatih sampai dua tiga tahun baru nak debut. Hm ok ok saya setuju." Aku mengangguk angguk tanda setuju dengan keputusan itu.

"Betul? Awak takkan menyesal?"

"Eh kenapa nak menyesal?"

"Tak ada apa. Sekarang ni memandangkan awak dah setuju, kita sain kontrak dulu. Merasmikan awak dah bernaung bawah syarikat ni." Pdnim bangun lalu menapak ke meja.

Aku bangun dan mengikut jejak lelaki itu. Sehelai kertas dan sebatang pen dihulurkan pada aku dan segera disambut.

"Tanda tangan kat sini."

Aku menurut arahannya. Seusai tanda tangan, itu bermakna aku sudah rasmi di Big Hit Entertainment.

"Apa nasib aku nanti ya? Kenapa aku tak sedap hati?" Aku bermonolog sendiri. Aku mengusap dada dan Pdnim yang sedang berada dalam talian dengan seseorang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience