Bab 17

Fanfiction Completed 23151

engan penuh kepayahan , aku membuka mata apabila cahaya silau matahari menerobos masuk ke dalam bilik melalui tingkap yang tidak berlangsir . aku hanya mampu mengecilkan mata menghalang cahaya itu dan perlahan lahan bangun dari pembaringan .

" achooo !"

aku mengesat hidung dengan lengan baju . aish kenapa badan aku rasa lain macam ni . beberapa kali aku bersin dan badan aku mula terasa sejuk .

aku turun dari katil dan bertindak mencapai remote kawalan air cond dan menutupnya supaya dapat mengurangkan rasa sejuk .

" achooo !"

aku terus memegang kepala yang mula merasa sakit . dah kenapa dengan aku pepagi nan indah serta berbahagia ini ?

tombol pintu bilik dipulas dan aku terus meluru keluar sebelum aku terpandang satu nota yang dilekatkan di pintu bilik aku . nota yang tertulis ,

" (YN) ah , kami balik dulu . saya tinggalkan nota ni untuk bagitahu awak sebab kami tak berani nak bukak pintu bilik . kami tak mahu jadi mangsa terajang awak pulak lepas ni . okaylah terima kasih dari kami sebab tumpangkan kami di asrama . BTS Fighting !"

membuatkan aku tersenyum .

" BTS , Fighting !" sambut aku seorang diri . dan aku sedar yang suara aku menjadi garau .

" achooo !"

haih asyik bersin aje .

aku terfikir mahu ke dapur untuk membuat susu namun terbantut apabila telefon berdering minta diangkat . aku berpatah balik ke bilik dan segera menjawab panggilan tanpa melihat empunya nama si pemanggil .

" Yeoboseyo ?"

aku menyapa dengan suara yang masih garau .

" Yah chingu ! kau okay ke tak ?"

tersenyum aku mendengar suara pemanggil . Rarin rupanya yang telefon . aku batuk dua tiga kali untuk cuba meredakan suara garau sebelum aku menjawab pertanyaan Rarin .

" aku rasa macam okay , tapi hakikatnya macam tak okay . entahlah . aku asyik sejuk aje dan asyik bersin dari tadi . " jawab aku dengan suara yang garau lagi .

" kau tak sihat ni . kau demam . haih tak jadi aku nak ajak kau breakfast sama sama . kau rehat ya , aku keluar dengan omma aku ajelah . kalau aku ada masa , aku lawat kau . " kata Rarin dengan nada suara yang kedengaran agak risau .

" Oh yalah . mianhae . aku pun rasa nak tidur balik . bye ."

" Ne bye ."

talian diputuskan .

aku kembali ke dapur untuk membuat susu kerana mungkin minuman itu dapat menguatkan sedikit tubuh badan aku . aku rasa aku dah demam macam apa yang Rarin cakap . mata aku pun dah berat semula ni .

aku membancuh susu dan meminumnya dengan laju . memang aku dah mula teringat katil dan bantal . aku patut tidur .

tapi aku risau kalau kalau aku ada jadual hari ini . tak apalah , pandailah aku nak jelaskan pada mereka kalau mereka tanya .

pintu bilik ditutup semula dan dengan hormatnya aku menghempaskan badan ke atas katil . telefon yang terdampar di sebelah aku dicapai dan aku meng'on'kan skrin . tiba tiba , skrin terpadam .

" ahh aku lupa cas bateri ." aku menghempaskan telefon semula di sebelah aku dan bertindak memejamkan mata setelah tiba tiba kepala aku terasa sakit .

memang sah aku demam . maybe aku berlatih bagai nak rak semalam . sabar ajelah .

agak lama aku tidur . dan perlahan lahan aku berusaha membuka mata semula apabila telinga comel aku ( olohmak , telinga readersku sekalian comel belaka kan ) menangkap bunyi password pintu asrama aku ditekan seseorang .

aku agak bingung siapa yang tahu password aku dan berjaya membuka pintu untuk masuk . aku mula berfikiran positif dengan memikir bahawa itu ialah Rarin yang datang untuk melawat . tapi ,

aku belum beritahu Rarin di mana asrama aku berada .

jadi siapa gerangan yang buka pintu ?

dengan sakit kepala yang makin mencucuk , aku menkejungkan diri dalam selimut tebal dan bertindak pura pura tidur . bermacam yang muncul di kepala aku seperti game Zombie and the Plants . terbayang kelibat zombie yang mungkin mahu makan otak aku .

kali ini , aku mula berpeluh walaupun badan aku sejuk apabila telinga aku terdengar pintu bilik aku pula dikuak . bertambah lagi pemikiran negatif aku , segala cerita dalam fanfic Creepypasta dari penulis KsJin_Taehyung yang aku baca semalam berlegar di ruang otak . aku bakal mati kah ?

atau sasaeng fans yang benci pada aku datang untuk membunuh aku ?

oh tidak . aku tak balik rumah jumpa appa dan omma aku lagi .

oh omma dan appa , andainya satu berita sedih lagi menyayat hati tentang anakmu ini sampai pada omma dan appa , maafkanlah anaknda . patik mohon ampun !

bunyi derapan kaki yang semakin dekat dengan aku membuatkan aku hampir pengsan di situ jugak . dan tiba tiba ,

" woi , kau hidup lagi ke tak ?"

perlahan lahan aku membuka mata dan satu wajah yang membuat aku rasa betul betul nak pengsan menyapa pandangan . seorang makhluk berjantinakan lelaki berdiri sambil membawa satu bekas makanan .

" Jj- jimin ssi ." terketar aku menyebut nama lelaki itu .

" kenapa dengan kau ni ? kau tak sihat ke ? demam ?" tanya Jimin lalu tapak tangannya dilekapkan ke atas dahi aku . membuatkan aku sekali lagi hampir pengsan di situ .

" ouch panasnya . aku boleh goreng telur dadar atas dahi kau ni . apesal kau tak angkat call Jhope ?" Jimin menarik kerusi yang dikhaskan untuk meja solek hingga ke sebelah katil aku .

" Bateri habis ." aku menjawab dengan lemahnya . ya memang aku nak tidur aje sekarang . tetapi disebabkan lelaki ini yang tiba tiba boleh masuk asrama aku membuatkan aku terpaksa menahan mata dari tertutup .

" oh baik aku cerita aje secara detail . pagi tadi kami semua pergi sarapan dekat restoran depan sana tu . pastu Jhope cuba call kau nak ajak kau breakfast sama sama tapi kau tak angkat call dia . tadi aku yang habis makan awal dan aku nak balik dulu tinggalkan diorang . tiba tiba Jhope pesan bubur ayam panas bungkus dan beri pada aku . aku ingat dia nak belanja ."

" tapi, rupanya itu untuk kau . kau tahu kan dia seorang je yang baik pada kau . aku pun perati dia lama dah . dia risau jadi apa apa pada kau . kalau kau pelik pasal password , itu aku tanya Pdnim ."

aku hanya mendengar dan mengedipkan mata beberapa kali . tak larat nak bersuara dan mengangguk mendengar penjelasan Jimin itu .

" kau tak makan lagi ke ? kau tak ada ubat ? dah makan ubat ke belum ?" pertanyaan Jimin itu aku jawab dengan gelengan .

Jimin diam seketika . tiba tiba dia bangun dan keluar dari bilik aku . aku yang pelik hanya menghiraukan tingkah lelaki itu . perlahan lahan aku menutup mata aku semula .

namun aku terpaksa buka semula apabila mendengar satu suara .

" kalau kau tak kisah , aku suapkan kau bubur ayam ni . kau kena makan . kalau Jhope tahu keadaan kau macam ni pastu tak makan , mahu dia menangis sebab terlampau risau . kami tahu sangat perangai dia . " Jimin kembali dengan sudu dan sebotol air di tangan .

" iyalah . " jawab aku dengan suara semakin serak . haih dahlah minggu ni aku ada show dekat Music Bank . first debut aku pulak tu !

Jimin menolong aku bersandar pada bantal yang ditegakkan pada kepala katil . aku agak terharu kerana lelaki yang terang terangan tidak senang pada aku sebagai ahli baru kumpulannya masih berhati perut serta ginjal dan hempedu apabila aku jatuh sakit .

ini kali pertama aku makan disuap oleh lelaki selain appa aku . aku tambah terharu apabila bubur yang panas itu ditiup dahulu oleh Jimin sebelum disuakan pada aku .

" bukak mulut ." kata Jimin lalu sesudu bubur dimasukkan ke dalam mulut aku .

aku makan bubur yang disuap hingga habis . Jimin tersenyum melihat aku .

dia ..

senyum ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience