Bab 18

Fanfiction Completed 23151

bahuku terasa di cuit cuit dari belakang. aku yang sedang memerhatikan Jungkook dirias pantas menoleh ke arah gerangan yang telah mencuit aku tadi. Kelihatan Jhope yang memakai snowcap merah hati sedang tersenyum memandang aku.

" Dah rasa okay ?" soal Jhope ramah seperti biasa.

Aku hanya mengangguk dan menghadiahkan senyuman. sekarang kami berada di ruangan tunggu yang dikhaskan untuk kami. memang aku teruja habis !! gila tak teruja sebab ni first time aku jejakkan kaki ke tempat perakaman Music Bank !

" Tak sangka pulak dia nak jaga awak ." Jhope aku lihat sedang tersengih panjang. aku pula mulalah blushing tak bertempat.

aku tahu siapa yang dimaksudkan oleh Jhope itu. kenangan ..ecewah kenangan , Jimin menjaga dan menyuap aku makan ketika aku demam terngiang di kepala. aku pun tak sangka jugak dia nak jaga aku . tapi part yang paling aku teringat adalah sewaktu Jimin mengukir senyuman pada aku . kyyaaa !

" awak sabarlah ya? oppa percaya semua akan terima kehadiran awak. kalau awak risau pasal Army, awak tenanglah. lama kelamaan mereka akan sedar kebolehan yang awak ada. " pesan Jhope membuatkan aku sedikit tenang. panggilan oppa yang digunakannya membuatkan aku berharap dapat memanggil yang lain dengan panggilan oppa juga.

" ne oppa, terima kasih kerana baik sangat pada saya. " sekali lagi aku melemparkan senyuman.

" nama pun kawan. " tanpa aku duga, Jhope mengusap kepala aku sehinggakan rambut aku berserabut.

" (YN) ssi, kalau saya dah siapkan make up Suga, turn awak ya. " suara seorang wanita menarik perhatian aku. aku terangguk angguk laju mendengar arahan itu.

" dah hafal lirik and gerak tari ? aku tak nak kau rosakkan performance kita. " Seorang lelaki menegur aku dan lantas aku memandang ke arah nya .

" dah, Jungkook op-- sunbae ."

" tak payah ber'sunbae'. just panggil aje nama aku macam kita sebaya ." teguran Jungkook itu sekali lagi membuat aku tersenyum suka .

skip.

sewaktu aku mengambil tempat aku di atas pentas , lampu telah dimalapkan . keadaan agak gelap sehinggakan aku terpijak kaki seseorang dan seseorang yang bernasib malang kerana dipijak oleh aku itu menjerit perlahan . jeritan kecil itu sudah cukup buat aku berdebar kerana aku kenal siapa yang menjerit .

SUGA.

mampus aku ! aku hanya mengucapkan maaf di dalam hati kerana kesuntukan masa . seperti yang telah dilatih , aku akan mengambil tempat di tengah tengah . mereka yang lain akan berbaring sehingga membentuk seperti bunga .

Sewaktu music dimainkan , disertai jeritan histeria para peminat , mampu membuatkan jantung aku keluar berlari dari tubuh .

Performance pertama bagi aku itu berjalan lancar sehinggalah part aku bernyanyi . Aku agak kecewa apabila hanya segelintir yang menjerit memberi sokongan pada aku . Ah boleh lah~

Hati aku sedikit lega apabila performance kami sudah tamat . Peminat menjerit seperti orang gila . Wah mesti ahli BTS yang lain rasa seronok sangat .

Aku yang berada di line hujung dan mungkin yang belakang sekali berdiri seperti orang dungu . Apabila ahli BTS yang lain menunduk hormat , aku ikut aje . Waktu mereka sudah berjalan untuk turun dari stage pun , aku ikut aje sehinggalah hanya beberapa langkah sahaja lagi aku akan turun dari sini, sesuatu terkena pada kepala aku .

Aku dapat rasakan ada cecair yang banyak turun dari atas kepala . Ini membuatkan langkah aku terhenti . Adakah kepala aku berdarah ? Aku akan mati atas pentas pertama aku ? Cepat cepat aku menolak segala persoalan itu dan pantas aku memegang kepala aku .

" ha ha ha. " terdengar gelak tawa yang dilepaskan oleh penonton .

Aku melihat tangan aku semula dan ia bukannya darah tetapi, susu? Dan bau susu itu sangat busuk . Mungkin sudah basi .

Aku melihat juga sesuatu yang berada di tepi kaki aku . Kotak. Oh ini lah yang mengena di kepala aku tadi .

Sebaik sahaja aku mahu memandang ke arah penonton , satu lagi kotak mengena di dahi . Bau susu basi menusuk hidung.

" ha ha ha! " sekali lagi terdengar sasaeng ketawa .

Ah sabar sahajalah wahai, (YN)! Semua ni akan berakhir!

Aku lihat ada lagi satu kotak susu basi menuju ke arah aku . Aku tak tahu kenapa kaki aku tak mahu berganjak . Aku hanya menanti kotak itu mengena kepala aku sambil memejam mata namun aku masih tak terasa . perlahan lahan aku buka mata aku dan aku terlihat seseorang berada di hadapan .

Aku yakin kotak susu tadi pasti mengena belakangnya .

" Hah? OPPA! " terjerit sasaeng sasaeng berkenaan .

Aku mengangkat muka untuk memandang 'oppa' yang dimaksudkan . Belum sempat aku memandang wajahnya , lelaki itu sudah pun menarik tangan aku turun dari pentas .

" Dah kenapa kau berdiri macam orang bodoh kat situ ?! Sanggup sangat kena baling susu busuk? " gerangan yang 'menyelamatkan' aku tadi bersuara .

Eh aku kenal suara ni .

Lelaki itu mengambil tuala kecil lalu mengelap susu yang masih melekat pada rambut dan kulit muka . Aku agak terpempan dengan tindakannya .

Aku tak sangka Suga akan buat ni pada aku .

Ya, Suga yang telah 'selamatkan' aku tadi . Dan lelaki itu masih mengelap rambut aku yang masih tidak dapat mengeluarkan suara . Aku masih terkejut dengan kejadian tadi!

" (YN) ah! Awak okey?! " JHope datang menghampiri aku diikuti yang lain .

Aku hanya mengangguk dan masih melihat Suga yang sudah meletakkan tuala kecil tadi di tempat yang sepatutnya . Terima kasih, Suga.. oppa.

" Kami mintak maaf mewakili pihak ARMY yang kurang senang dengan kau . Aku harap kau faham . Aku sebagai leader akan pastikan hal ni tak akan berlaku lagi ." Aku hanya membiarkan kata kata Rapmon seperti angin yang berlalu .

Mata aku masih memandang Suga . Atau lebih tepat belakang dia . Aku baru tersedar yang Suga mengelap rambut aku dahulu daripada mengelap belakang bajunya yang turut terkena susu basi .

Aku rasa nak nangis lah. Entah kenapa tapi memang aku dah nangis..maybe aku kecewa dengan sikap sesetengah peminat . Aih. Dah nasib .

" Janganlah nangis. "

Tanpa aku duga, Suga menghulurkan sehelai tisu kepada aku.

OMG!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience