Bab 28

Fanfiction Completed 23151

" Kau biar betul ni? "

Itu soalan yang ketiga Rarin tujukan pada aku. Dan aku hanya mampu bersabar dari terus menyepak mukanya secara laju laju. Untuk kesekian kalinya aku mengangguk sebagai jawapan kepada soalannya itu.

" Kau dah bersedia ke? " Rarin memegang bahu aku. Jelas wajahnya menunjukkan riak sedikit risau.

Aku mengangguk lagi. Kad pas yang masih di tangan aku pandang. Sesungguhnya aku sedikit gementar untuk ke belakang pentas menyertai beberapa peminat bertuah bertemu BTS. Nak pergi ke tak nak ya?

" Kalau kau dah sedia, kau pergilah. Aku akan tunggu kau kat sini. Sebab aku tak ada kad pas tu. " Rarin menepuk bahu aku dua kali, menyuruh aku segera berjumpa dengan mereka.

" Okay, kau tunggu sini. Aku just nak berlakon mintak autograf diorang aje. Janji aku dapat tengok muka diorang dekat dekat lagi. " Aku menarik nafas dalam sebelum membuka langkah pertama menuju ke belakang pentas.

" Jangan takut, wei. Fighting. " Rarin sempat menuturkan kata semangat. Aku hanya tersenyum mendengarnya.

Lagi beberapa langkah aku akan sampai ke bilik yang menempatkan mereka itu, telefon ak berdering minta diangkat. Aku berhenti dan segera panggilan itu aku jawab. Rupa rupanya panggilan daripada omma aku.

" Yeoboseyo? (YN) ah.. " Suara omma aku sedikit cemas di talian membuatkan aku terikut cemas.

" Omma? kenapa ni? " Soal aku laju.

" Tak, ni. Appa kamu ni sakit perut. Tadi kamu kata nak ke bandar kan? tolong balik cepat dan belikan ubat sakit perut untuk appa. " Suara omma mula berubah. Membuatkan aku menarik muka .

" Aish, ubat sakit perut yang beli sebulan yang lalu takkan dah habis? " Aku merungut. menyesal pula berbohong pada omma aku . kalau aku kata aku akan ke konsert, semestinya omma tak akan suruh aku yang belikan.

" Entah. Omma cari tak jumpa pun. Lekas! omma nak cuba cari lagi. Tapi, beli aje dulu. balik cepat! " Panggilan diputuskan sebelum sempat aku memberi alasan untuk tidak berbuat demikian. Nampaknya terpaksa lah aku ikut cakap omma.

Aku berpatah balik dan bertemu semula dengan Rarin yang sedang berpeluk tubuh menahan sejuk.

" Eh? cepatnya kau jumpa diorang? " Rarin bertanya sejurus dia melihat kedatangan aku.

" Aku tak jumpa lagi. Ni, omma aku suruh belikan ubat sakit perut untuk appa. Jadi aku kena pergilah. " Jelas aku. Rarin terangguk angguk faham.

" Nah, kau yang pergi. " Tindakan aku menghulurkan kad pas kepunyaan aku , Rarin terkejut. Matanya berkelip meminta kepastian sama ada betulkah tindakan aku ini.

" Jinjja? " Riak gembira terpamer.

" Ya. nah lekas! aku nak ke farmasi ni! " Aku menghulurkan lagi kad pas itu dan Rarin mencapainya laju.

" Thank you, (YN) ! aku pergi dulu tau! " Rarin berlari kecil menuju ke belakang pentas. belum sempat bayangan tubuhnya hilang dari pandangannya, aku sempat memanggil Rarin.

" Wae? " Rarin menyoal sebaik sahaja aku merapatinya.

" Bagi ni pada mereka. Jangan lupa bagi. " Aku menghulurkan seutas rantai simbol kumpulan itu yang sebelum ini dihadiahkan mereka. Akhirnya, rantai itu bertukar tangan.

" Okay. Hm kau ni.. diorang mesti sedih. Aku pergi dulu. " Rarin terus melangkah meninggalkan aku. Tak mengapalah aku melepas untuk berjumpa mereka. Asalkan aku boleh juga lihat Rarin, sahabat aku gembira.

***

Rarin terpaku seketika apabila Rapmon melintas di hadapannya secara tiba tiba. Dadanya dipegang, jantung berdegup laju. Rapmon yang melintasinya tadi, akhirnya terperasan Rarin yang masih memandangnya dengan pandangan teruja melampau dan diserta tangan yang didakap di dada.

" Hai? " Rapmon melambai lambai tangannya pada Rarin. Rarin terkejut beruk sehingga mengundang gelak tawa kecil dari Rapmon. Amacam? Rarin teruja sangat ni.

" Hai, op- oppa. " Rarin gelabah tiba tiba. mana tak gelabah, pujaan hati siang malam sekarang berada di hadapan mata!

" Ada kad pas ya? Kenapa tak jumpa member kesukaan awak? " Rapmon menyoal . Dia perlu bersikap baik terhadap fans.

Rarin menayangkan kad pasnya pada Rapmon seraya tersenyum malu. " Boleh tak kita selfie sama? " Rarin mengeluarkan telefonnya dari dalam beg sandang.

" Mestilah boleh. bagi saya fon awak. "

Rarin menghulurkan telefonnya kepada Rapmon. Menunggu dengan malu Rapmon yang sedang mencari icon kamera untuk berselfie. Selepas itu, tiga gambar diambil dengan pose masing masing menggunakan telefon Rarin tadi.

" Kamsahamnida, Oppa! erhh nervous! " Rarin mengibas mukanya dengan tangan bagi menghilangkan rasa tebal yang mula terasa.

" Pergilah sembang dengan yang lain. sertai Army yang lain .Lagipun tinggal beberapa orang saja lagi ni.sebab dah ramai yang balik lepas minta sign. " ujar Rapmon tiba tiba.

" Tak apa, oppa. Erm. sebenarnya saya ada sesuatu nak bagi pada BTS. Tapi benda ni bukan dari saya, benda ni dari kawan baik saya yang BTS kenal. " Rarin bersuara perlahan, sudah mula bertenang daripada awal berjumpa pujaan hati tadi.

" Em? yang kami kenal? apa benda tu ?" Rapmon mengibas rambutnya ke belakang menggunakan tangan. menyerlahkan ketampanannya. sekali gus membuatkan Rarin hampir kehilangan roh dari badan.

" Sekejap. "

Rarin menyelongkar beg sandangnya dan tercari cari sesuatu. Rapmon menunggu penuh sabar sambil melihat beberapa Army yang keluar ingin pulang.

" Ni , oppa. " Rarin menghulurkan seutas rantai yang diberi oleh (YN) tadi. Mata Rapmon mengecil memerhati benda itu lalu mengambilnya dari genggaman Rarin.

" Ni macam rantai yang.. " Kata kata Rapmon terhenti di situ. wajah Rarin dipandang untuk meminta kepastian.

" Ya, apa yang oppa fikir tu, betullah. Rantai ni (YN) yang pulangkan. dia suruh saya beri pada BTS. kad pas ni pun sebenarnya dia yang punya. " Rarin menjelaskan keadaan .

" Jadi, dia datang konsert ni? "

Rarin mengangguk.

Rapmon mengeluh . dia memandang membernya . Masih ada seorang Army yang sedang tunggu Taehyung men'sign'kan album yang dibelinya.

" Awak boleh tunggu sampai Army yang sorang tu keluar tak ? " Rapmon menyoal.

" Untuk apa? "

" Kami nak bincang sikit dengan awak. "

Rarin mengangguk. beberapa minit kemudian seorang Army itu keluar selepas mengucapkan selamat tinggal pada semua member. Rapmon lantas mengajak Rarin merapati yang lain.

" Oh ada lagi sorang? " Seokjin tersenyum memandang Rarin.

" Yah, ini. " Rapmon menayangkan seutas rantai yang diberi oleh Rarin tadi. semua menunjukkan aksi bagaimana Rapmon pertama kali diberi rantai tadi.

" Inikan rantai yang kita belikan untuk (YN) sempena debut dia dalam kumpulan kita? " Jungkook mengagak. melihatkan anggukan Rapmon, dia yakin dengan agakkannya.

" Mana kau dapat? " Suga menyoal.

" Ini kawan dia. (YN) beri ni pada dia untuk pulangkan pada kita semula. dia datang konsert kita tadi. " Jelas Rapmon mengundang rasa terkejut para member.

" Apa nama awak? mana (YN) sekarang? " Jhope bertanya laju.

" Saya Rarin. Em, tadi sepatutnya dia yang datang ke sini memandangkan kad pas ni dia yang punya. tapi masa dalam perjalanan omma di telefon sebab ada hal. Jadi, dia terpaksa pergi. " Jelas Rarin lagi.

" Rarin ah.. " Jimin memanggil membuatkan Rarin menoleh memandangnya.

" Boleh tolong kami tak ?"

Rarin membuat muka tertanya tanya.

" Tolong aturkan perjumpaan kami dengan dia. buatlah apa cara sekalipun. asalkan kami dapat jumpa dengan dia sekali lagi. boleh tak ?" Kata Jimin penuh pengharapan.

" bagus idea Hyung. boleh kan, Rarin ?" Jungkook meminta kepastian.

" Okay! saya akan tolong. " Rarin bersetuju.

" Kamsahamnida. bagi saya fon awak semula. " Tiba tiba Rapmon meminta. Rarin yang agak pelik terus menghulurkan telefonnya pada Rapmon.

Rarin hanya memerhatikan tindakan lelaki itu yang sedang menaip sesuatu. beberapa saat kemudian, telefonnya dikembalikan.

" Saya dah save nombor telefon saya. apa apa , call saya. Kalau ada masalah untuk buat aturan tu. "

Rarin menahan rasa gembira yang boleh menempah maut. Tak sangka dia dapat nombor telefon Rapmon!

KYaaaaa !

" Serahkan pada saya! saya akan tolong BTS jumpa dengan dia! "

" Fighting! "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience