Bab 30

Fanfiction Completed 23158

1 Tahun 3 Bulan Kemudian.

Aku melangkah masuk ke dalam sebuah bilik yang berlabel 'Practice Room' . Sebaik sahaja aku meloloskan diri ke dalam, riuh rendah suara gabungan beberapa orang bergema.

" (YN) AAAAHHHH! "

Aku menarik muka pelik kerana secara tiba tiba nama aku dijerit mereka seolah olah aku sedang membunuh. Aku menolehkan kepala menghadap makhluk makhluk yang sudah ketawa tak ingat dunia.

" Korang dah kenapa? " Aku membaling setin coklat susu ke arah seorang lelaki. Lelaki yang bernama Jhope itu tersengih sambil menayangkan tin air itu ke arah member lain.

" Mana kami punya?! " Jungkook tiba tiba memprotes.

" Apa? Eh saya bukan beli khas untuk Jhope oppa lah! Dia yang paksa saya belikan tadi! " Aku segera menegakkan keadilan.

" MERAJUK! TAK NAK KAWAN! " Tiba tiba pula Suga dan Jimin menjerit. Eh depa ni! Sat gi kot!

" Gais, ni aku yang minta belikan lah. yang korang nak merajuk bagai ni kenapa? " Jhope bersuara lalu meneguk air tin itu sehingga habis.

" Alah, sekali sekala buat comel. Kami comel tak (YN) ?" Jimin merapatkan Suga dengannya dan mereka sama sama menayangkan sign peace ke arah aku.

" Haah comel, rasa nak sepak aje. " Aku bukanlah memaksudkan apa yang aku baru katakan. Semestinya makhluk berdua itu comel. Aku lantas duduk berdekatan mereka.

" Sampai hati, eh , awak tak ada jadual ke hari ni? " Jimin mula membuka topik lain.

Aku tersenyum nipis. " Ada. kejap lagi. Malas nak buat awal awal hari ni. " Aku menjawab

" Pemalasnya dia ni. " Taehyung mengejek. Aku lantas membuat muka ke arahnya.

" Hm, Seokjin oppa. Amacam ? Jadi tak yang macam kita bincang minggu lepas? " Aku memberi tumpuan kepada Seokjin yang sedang bermain dengan telefon flip merah jambunya.

" Huh? Apa? " Seokjin menayangkan muka blur, cuba menyabarkan aku dari mendekatkan stoking iron man Jungkook yang masih melekat dikaki lelaki itu ke arah hidung Seokjin.

" Haah, hyung tak buat keputusan lagi ke? " Rapmon mencelah.

" Dah, saya terima untuk berkerjasama untuk berkolaborasi dengan group awak sempena comeback new album ni . " Kata Seokjin lalu menyimpan telefonnya ke dalam poket.

Aku tersenyum gembira. Akhirnya Seokjin terima cadangan ini. Hah! Sebenarnya aku kembali ke dunia artis di BigHit tetapi bukan lagi seperti dulu. Aku sudah ada kumpulan aku sendiri yang baru diperkenalkan oleh Bighit beberapa bulan lepas.

Nama kumpulan baru aku ialah ( Author nak tahu jugak nama group apa yang korang nak namakan group korang huha ) . 9 orang ahli dan aku tersenarai dalam maknae line. Tetapi aku lah Leader dan terpaksa menguruskan unnie unnie aku yang lasak mengalahkan gajah hutan. Alasan mengapa aku diberi tanggungjawab sebagai ketua ialah, sebelum ini aku sudah pernah debut.

Tapi apa yang aku perhatikan, aku banyak menghabiskan masa dengan BTS. Bukan aku kata aku tak jalankan tanggungjawab, unnie unnie aku pun sama aje, suka menghabiskan masa dengan sunbae di syarikat,

Aku bersyukur kerana debut kumpulan aku mendapat sambutan hangat di seluruh dunia. ( ECEWAHH ) . Aku dan beberapa orang ahli kumpulan menceburkan diri ke dalam bidang pembuatan lagu. Dengan bimbingan producer tersohor di Bighit lah katakan, seperti Pdogg, Rapmonster , Suga dan banyak lagi, aku dapat membantu syarikat dalam memprodusikan banyak lagu.

Aku turut membantu kumpulan aku sendiri apabila masa untuk comeback tiba. Kami juga sudah mempunyai fanclub official kami iaitu ( Haaa bagilah nama fanclub yang berkaitan dengan nama group korang ) . Tapi tahu tahulah, adat penyanyi. Ada peminat, ada jugalah pembencinya. Boleh tahan ramai yang menjadi haters kumpulan kami.

" (YN) ah! Kat sini kau rupanya. Asyik asyik dengan BTS sunbae kau. Bangtan Sunbaenim! izinkan saya membawa (YN) pergi membuat tugasan ?"

Lamunan panjang aku terputus sebaik sahaja ada seseorang membuka pintu dan menjerit. Salah satu unnie aku itu berlari kecil mendapatkan aku.

" Ha, (YN), sampai ahli kumpulan sendiri cari awak. Dah pergi buat kerja sana. " Jhope menyarungkan kepala aku dengan hood yang sedang aku pakai. bukan itu sahaja, rambut aku juga diserabaikan.

" Arraseoyo, oppa. Eh, malam ni jangan lupa ada parti kat syarikat. " Aku sempat memesan sebelum aku menghilangkan diri di balik pintu.

" Parti apa? Tak ada siapa bagitahu kami pun. " Jungkook membuat muka pelik. Tetapi dia suka parti parti ni.

" Parti yang dianjurkan oleh Bang Pdnim sendiri sempena kelahiran cucu pertama dia. " Aku memberitahu. Dan aku dapat lihat wajah pelik mereka.

" Bila Pdnim ada menantu? Sejak bila pulak dia dah jadi atuk? " Suga menggaru kepala.

" Eh, bukan anak menantu dia ke apa, Ni sempena kucing dia, selamat melahirkan anak. Ramai rakyatnya! Tu yang Pdnim buat parti. Dapat cucu ramai. " Aku menerangkan lebih lanjut lalu melangkah meninggalkan BTS yang sudah mengomel itu ini.

***

Malam Parti.

Aku mengusap usap kepala seekor kucing berwarna putih gebu yang sudah bergelar ibu. Kucing yang diberi nama Dungdae ( HEHE author letak nama kucen author je lah ya ) itu sedang nyenyak tidur. sedangkan anak anaknya bergerak tak duduk diam. 8 ekor semuanya.

" Comel kan cucu cucu beta? "

Aku lantas menoleh ke belakang. " Buang tebiat ke apa , Pdnim ni. Terkejut hamba dibuatnya. "

" Hehe, Saya tak letakkan nama mereka lagi. Tapi saya ada terfkirkan nama nama ni. " Kata Bang Pdnim seraya tangannya sibuk menyusun anak anak kucing itu supaya ada yang tidak terjatuh.

" Oh? Apa dia ? "

" Siti Nurhaliza, Ayda Jebat, Nellydia Senrose, Mak Cun-- "

" Main mainlah , Pdnim ni! " Aku menampar lembut bahu lelaki agak berusia itu.

" Tak lah, saya tak fikirkan lagi. " Bang Pdnim tersengih. Mungkin suka apabila sudah dapat mengenakan aku.

" Pergilah sertai oppa oppa kesayangan awak tu. Saya nak makan ni. Lapaq. " Aku hanya memerhatikan Bang Pdnim melangkah ke meja meja yang dipenuhi makanan setelah usai berkata.

Aku menjongket bahu lalu menuju ke arah beberapa ahli kumpulan aku yang sedang berborak tak ingat mak jemah.

" Hah (YN) mari sini, kami nak bergosip ni! " Aku tersengih melihat mereka sudah beria ria memanggil aku sedangkan aku tidak sampai ke mereka lagi.

" Apa di-- " Kata kata aku terputus apabila pergelangan tangan aku ditarik membuatkan aku terdorong ke kanan.

" Alaaaaa Jhope oppa! " Mereka tadi merungut kerana aku tiba tiba ditarik makhluk bergelar Harapan itu.

" Pinjam sekejap! Dia ahli BTS jugak tau! " Jhope tersengih dengan masih menarik aku merapati sekumpulan lelaki bergelar BTS . Lagi.

" Saya baru nak gosip dengan diorang! " Aku memuncungkan bibir. Tiba tiba Taehyung menjentik dagu aku membuatkan aku ternganga.

" Tak payah nak merajuk. Baik gosip dengan kami. " Taehyung berkata. Aku hanya mencebik bibir.

" Rarin tak datang sekali ke? Kenapa awak tak ajak dia sekali?" Tiba tiba soalan itu terpacul dari mulut Rapmon. Aku tersenyum penuh makna.

Hah! Baru aku ingat. Rarin. Rarin sudah bergelar Trainee tetapi bukan di Bighit Entertainment, tetapi di JYP. Sejak picnic di Hangang Park tahun lalu, Rapmon dan Rarin kerap berhubung. Aku dapati mereka cuma berkawan rapat. Mereka nak bercinta ke apa ke, aku tak mahu ambil tahu lagi. Tetapi bagus juga mereka berkawan baik.

" Dia sibuklah, Rapmon oppa. "

" Eh saya nak gosip dengan member saya lah. " Aku ingin melangkah tetapi ditahan mereka.

" Ingat awak pun dikira sebagai ahli BTS ni. " Suga mengingatkan aku.

Aku tersengih seperti kerang busuk. Aku ingat lagi setelah beberapa hari selepas berpicnic di Hangang Park, aku pergi ke Bighit Entertainment dan bersetuju kembali ke syarikat itu. tetapi dengan syarat aku diberi kumpulan yang baru. Walaupun BTS agak berat dengan syarat aku itu, mereka tetap terima.

Tetapi mereka juga meletakkan syarat . iaitu aku perlu berkerjasama setiap kali BTS akan menjalankan comeback. Itu bermakna, setiap kali mereka comeback, aku seolah olah ahli sebenar mereka. Tetapi aku cuma berkerjasama dalam segi pembuatan lagu, mereka jalan cerita untuk music video dan aku juga akan dipaksa menjadi cast dalam mv comeback BTS.

Jadi, aku bagaikan ada dua kumpulan. Ah tapi tak mengapa. Asalkan semuanya berjalan dengan lancar. Aku akan pastikan yang aku jalankan tanggungjawab sebagai ketua pada kumpulan aku dan tanggungjawab sebagai ahli angkat kumpulan BTS.

Aish, terima kasih Bangtan Boys oppa.

" Yes, I'm The 8th Bangtan Member. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience