Aku membatukan diri. Memang aku tak berani ataupun membuka mulut apabila aku berhadapan dengan tujuh orang lelaki yang sedang bersembang sesama mereka .
Hei ! Notice mi pelish ?.?
Sampainya hati Raksasa ni . Harap je leader , aku pun kau abaikan . Mana buncit ni ?! Lamanya call orang !
Aku mula bermonolog. Bang Pdnim masih belum memunculkan diri setelah telefonnya berbunyi sebentar tadi . Jadi Bang Pdnim keluar dan menjauhi mereka.
Nak tahu macam mana aku boleh ada dengan BTS sekarang ni ? Hm kan tadi Bang Pdnim ajak makan sama sama lepas aku nyanyi kat bilik rakaman tu . Ingatkan makan kat luar, rupa rupanya beli KFC je makan kat asrama .
Hm lagi lagi sekarang ni aku dalam asrama diorang . Nak aje aku keluar masuk asrama aku, nanti Bang Pdnim kata apa pulak .
Diorang masih bergelak ketawa sesama sendiri . Aku ? Makan ayam lah . Lagi senang .
Aku terus mencapai satu kepak ayam yang dari tadi cuba menggoda aku . Baru aje aku nak gigit , satu suara menhentikan tindakan aku .
" Woi kepak ayam jangan ambik, aku punya . " Kata suara itu .
Aku angkat muka . Hek eleh mamat ni .
" Biarlah saya nak makan kepak ni pun. Ada lagi satu tu ha, ambiklah yang itu . " aku memuncungkan mulut pada satu lagi kepak ayam didalam pinggan .
" Semua kepak tu aku yang punya. " Balas lelaki yang aku kenali sebagai Jimin .
" Apesal awak nak ambik banyak banyak ! Many byutipul your faceu ! Bukan awak nak terbang pun. " kata aku lalu menggigit kepak ayam tersebut . Padan muka kau.
" Hei dia ni sabar ajelah ." Jimin membuat lagak garang.
Ya memang aku takut jugak . Mahu aku dihempuknya dengan bekas kentang putar tu, tak ke naya .
Aku kembali diabaikan . Hm bosan lagi . Aku rela bertengkar dari duduk diam macam ni .
Hoi pelish ! Notice mi ?.?
Beberapa saat selepas itu, pintu dikuak dari luar dan seseorang masuk . Oh Pdnim, akhirnya muncul juga kau ya!
" Guys, saya mintak maaf. Saya kena balik ke pejabat sekejap. Jangan balik dulu, awal lagi ni ." Kata Bang Pdnim.
" Kami memang dah balik pun Pdnim. " kata Jhope.
Bang Pdnim menepuk dahinya . Ayoyo! Dia lupa yang dia sendiri bawa BTS balik ke asrama .
" Oh mian. (YN) ,jangan balik dulu tau, sembang dengan diorang dulu. Mana tahu, boleh rapatkan hubungan hihihi. " Bang Pdnim menyeringai .
Namun sengihannya mati kerana Aku dan BTS tidak menunjukkan sebarang reaksi .
" I'll be back. " laju Bang Pdnim keluar .
Aku mengeluh . Kalau macam ni, aku balik asrama aku ajelah . Jadi aku pun bangun dan baru beberapa langkah,..
" (YN) ah.. nak pergi mana ?"
Aku memandang empunya suara. Aku lihat Jhope bangun menghampiri aku .
" Err.. nak balik asrama . Waeyo? "
Jhope menarik muka. Alahai buat muka comel pulak budak harapan ni.
" Janganlah balik lagi . Kita kan BTS . Kalau BTS berkumpul , semua kena ada . Kalau awak tak ada , maknanya BTS tak cukuplah ." Kata Jhope. Aku hampir sahaja nak peluk lelaki itu kerana dia baik !
Kalaulah semua ahli BTS ni macam Jhope , bahagianya aku.
" Hobi ah, biarlah dia nak balik. " Seokjin bersuara pula . Dia dari tadi tak abih abih duk makan .
" Takkanlah. Makanan banyak lagi ni. Korang ni pun , apa salahnya ajak member baru kita ni lepak ." Jhope menepuk bahu aku . Terkejut jugaklah dibuatnya .
" Suka hati kaulah , Jhope. "
" Hhehe. Haa (YN), duduklah semula ." Jhope menunjukkan sofa yang aku duduk tadi.
Aku tak banyak fikir. Entahlah kenapa aku tak tolak aje ajakan Jhope dan terus balik ke asrama aku walaupun aku tengok muka member yang lain macam tak suka.
Ah lantaklah!
Bila aku duduk, aku agak terperanjat bila Jhope mengambil tempat duduk di sebelah aku.
" Kenapa hyung baik sangat pada dia ni? " Jungkook menyoal. Dia ni kan, kalau tak tunjuk muka garang lah sangat dia tu, tak sah!
" Tak salah kan. Lagipun dia kan dah jadi ahli kita . So, kita kena lah berbaik sesama sendiri. " jawab Jhope sambil tersenyum.
" Hm. Kau tahu kan, esok ada video record nak kenalkan kau pada public ? Ataupun pada fan kumpulan ni. Kau tahu nama fanclub kumpulan ni? " Soal Suga , namun kali ini pada aku.
" A.R.M.Y. " Aku menjawab yakin. Aku tahu pun sebab Rarin yang bagitahu. Rarin! Lama aku tak jumpa dia di sekolah . Sekolah pun dah lama aku tak pergi .
Walaupun banyak call daripada dia tu , aku cakap aku ke Kampung halaman, melawat nenek aku .
" Aku tak pasti ada Army yang suka. Tapi aku rasa majoritinya tak suka dengan ahli baru ni. " kata V pula.
" Itu saya tahu . Ahli BTS pun tak senang dengan saya , apatah lagi Army. " jawab aku tenang .
" Kau tanggunglah sendiri. "
Aku mengangguk dengan ayat yang dikatakan oleh Suga tadi .
Namun ,Jhope disebelah menghampiri aku dan berbisik.
" Janganlah risau , saya akan sokong awak dari belakang . Hehe. "
Aku pun memandang dia lalu tersenyum . Friendly betullah budak ni !!
Share this novel