Bab 23

Fanfiction Completed 23158

Aku memasukkan baju yang perlu sahaja ke dalam beg sandang. Baru sahaja tadi Rarin mengajak aku untuk bermalam di rumahnya selepas aku memberitahu yang aku keseorangan di rumah.
Omma, appa dan adik beradik aku yang lain pulang ke Malaysia kerana ada hal yang perlu diselesaikan iaitu untuk berbincang majlis perkahwinan salah seorang saudara aku di sana. Ini membuatkan aku yang sibuk dengan jadual sebelum ini ditinggal.
Setelah siap mengemas barang, aku keluar dari rumah dan mengurus apa yang patut. Jarak rumah aku dan Rarin tidaklah jauh mana. Hanya dalam 20 minit, sampailah.

•••

" Ha sampai pun! Lamanya kau ambik masa berjalan. Aku ingatkan kau dah kena culik dengan bangla tadi. " Aku disambut dengan mulut jahat Rarin. Nak aje aku cepuk kepalanya dengan kaki.

" Kau seorang jugak ke? " soal aku apabila sudah masuk ke dalam rumahnya.

" Tak lah. Mama aku ada kat dapur. Tengah basuh pinggan. " jawab Rarin lalu menolong aku dengan membawa beg sandang aku ke dalam bilik tidur.

" Oh? Ye? Mama!! (YN) dah sampai. " aku menjerit memberitahu kedatangan aku di rumah itu. Hubungan aku dengan keluarga Rarin sangat baik. Mereka juga seperti keluarga aku.

" Oi! Lama tak nampak. Sihat tak ?" Mama Rarin kelam kabut menanggalkan sarung tangan getah merah jambu dan datang menghampiri aku.

" Sihat. Makin sihat ni! " Rarin menyampuk sebelum aku sempat membuka mulut untuk bercakap.

" (YN) dah makan belum? Kalau belum, mama nak panaskan lauk dalam peti. " pelawa mama ramah seperti biasa.

" Eh tak apa mama. Saya dah makan tadi kat rumah sebelum ke sini. " tolak aku dengan baik. Sedangkan aku tidak menjamah apa apa dari siang tadi. Hanya mengalas perut dengan susu sahaja.

" Betul? Kalau macam tu, Rarin bawalah kawan tu tidur. Rehatkan badan. Pergilah (YN) . Mama nak sambung kemas dapur. Nak harapkan budak bertuah ni, rasanya dia dah ada cucu nanti baru nak kemas. " Arah Mama sambil menyelitkan bebelan pada anaknya.

" Iyalah. Rarin masuk tidur dulu dengan orang terkenal ni. Goodnight mama. " Tanpa aku sempat mengucapkan selamat malam juga pada Mama, Rarin terus menyambar tangan dan menarik aku terus ke dalam biliknya.

" isy kau ni. Aku tak sempat nak ucap selamat malam kat mama tadi. " rungut aku lalu dengan hormatnya baring di katil bersaiz queen milik Rarin.

" Hehe aku tak nak dengar mama aku bebel lagi. " selamba Rarin menjawab.

Aku hanya menggelengkan kepala melihat perangainya itu.

" Kau dah inform BTS ke yang kau balik rumah? Kau tak ada jadual hari ni? " soal Rarin, membuatkan aku tersenyum nipis.

" Rarin ah, "

" Hm? Wae? Kau ni macam ada tak kena aje. " Rarin bangun menghadap aku.

Aku menarik nafas dalam. Sudah tiba masanya aku menceritakan hal yang sebenar padanya. Dia patut tahu.

" Aku dah keluar dari group tu. " kata aku bersahaja. Dan jelas riak terkejut terpapar pada wajah Rarin.

" Kenapa?! "

" Aku just.. em, aku tak nak hubungan diorang dengan Army berubah disebabkan aku. Aku rasa bersalah setiap hari. And aku rasa ni tindakan aku yang tepat. Aku betul betul tak nak BTS makin kekurangan dan sokongan peminat disebabkan aku. Kau faham kan? " aku mengenggam tangan sahabat aku itu.

" Aku simpati dengan kau. Entahlah, aku rasa betul jugak apa yang kau buat ni. Daripada terus kau rasa bersalah, baik kau keluar aje. Cuma aku terkilan jugak, kau terlepas impian kau nak jadi penyanyi dengan lebih lama. " kata kata Rarin membuatkan aku tersenyum. Dia memang sahabat!

" Thanks, Rarin. Kau faham aku. And takkan kau tak baca artikel yang BigHit keluarkan tentang rasminya aku keluar dari kumpulan tu di Twitter? " soal aku.

" Tak pun. Bila dia keluarkan? "

" Minggu lepas. Tiga hari selepas aku keluar dari syarikat tu dan balik ke rumah. " ujar aku lagi. Rarin menarik muka pelik.

" Jadi dah seminggu lebih kau balik ke sini? Kau tak ke sekolah? "

Aku menggeleng. Memang tak lah aku kesana. Aku takut kalau kalau ada yang sudah baca artikel itu datang bertanya itu ini pada aku.

" Patutlah beberapa orang sejak kebelakangan ni cari kau. Aku ingatkan diorang nak sign. Sebab tak ceritakan pada aku apa apa langsung. " Rarin memberitahu.

" Ini rantai siapa kau pakai ni? Lawanya! Simbol BTS. " mata Rarin membulat memandang ke arah rantai yang masih terpakai di leher.

" Kalau kau nak tahu, ni hadiah daripada diorang sempena debut aku di Music Bank. Cantik kan? " aku tersenyum.

" Haah! Cantik sangat. Bertuahnya kau. " Rarin mula cemburu.

" Tapi aku akan cari masa yang sesuai untuk bagi semula rantai ni pada diorang. " kata aku lalu bermain main dengan rantai itu.

" Hm? Ikut kaulah. Kenapa tak bagi aku aje................................. " ayat Rarin yang terakhir kurang jelas di telinga aku.

" Apa dia? " soal aku ingin meminta kepastian.

" Tak ada apa, sahabatku! Jom tidur! Esok kita pergi jogging! " Rarin bangun dan menutup lampu. Lalu aku dan Rarin menghempaskan tubuh di atas katil.

" Goodnight, Rarin. "

" Goodnight too, (YN). "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience