Bab 3

Fanfiction Completed 23157

Big Hit Meeting Room.

Pintu bilik mesyuarat terkuak tiba tiba.

"Haloo! Hal--" Seorang lelaki berbadan agak gempal secara mengejut jatuh menyembah bumi. Dan lelaki itu terus bangun sepantas kilat lalu mengibas rambut ke belakang. /Mian PD-nim XD/

Lelaki yang dikenali sebagai Bang SiHyuk atau panggilan manjanya, Bang Pdnim mengambil duduk di hadapan beberapa anak muda yang sudah memandangnya dengan pandangan yang susah mahu diterangkan.

"Ada apa ni, Pdnim? Ada variety show jemput kami ke?" Tanya seorang lelaki berambut kemerahan.

Bang Pdnim tergeleng geleng. Dia memandang wajah jejaka jejaka pujaan ramai yang telah banyak berjasa pada syarikat.

"Cepatlah Pdnim. Buat saspen pulak." Gesa seorang lagi.

"Macam ni lah. Kita baru je habis release album Dark&Wild bulan ni. Album pun dah banyak dijual sampaikan album tu duduk tangga teratas! Chukkahae! Nugu ttaemunae? Hormone ttaemune!" Bang Pdnim tiba tiba menari nari lagu yang menjadi tracklist album Dark&Wild itu.

"Pdnim! Sudah lah tu. Ni pun atas sokongan Pdnim jugak." Kata mereka.

Bang Pdnim berdehem sekali. Dia sebenarnya ada tujuan lain. Bukan dia nak jumpa group ni untuk khabarkan berita album tu, tapi pasal.. ehem.

"Beginilah. Saya straight to the point. Aa.. aaa." Bang Pdnim gagap. Kepalanya digaru garu.

Tujuh orang lelaki di hadapannya itu sudah diam tak berkutik. Menanti orang terhormat itu meluahkan tujuannya.

"Saya nak tambah ahli baru dalam kumpulan ni."

Dum! Kilat sabung menyabung. Petir kedengaran efect kepada betapa terkejutnya tujuh lelaki tadi.

"Tapi."

"Pdnim.."

Semua buat muka. Bermacam muka dipamerkan.

"Wae? Tak suka ke?"

"Tak!"

"Shireo!"

Kumpulan itu menjerit membuatkan bahu Pdnim terangkat angkat. Pdnim merasakan keputusannya itu tidak tepat.

Tapi dia nak sangat tambah ahli kumpulan tu. Tapi kenapa diorang tak nak? Apa salah dia? Apa.. eh kenapa pulak dia nak sedih? Dia CEO, sukati dia lah kan?

"Saya tetap dengan keputusan saya. Minggu depan saya panggil lagi untuk meeting seterusnya."

Bang Pdnim bangun. Lalu keluar meninggalkan ketujuh tujuh orang lelaki yang bagaikan tunggu masa untuk meletup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience