Bab 15

Fanfiction Completed 23158

Pintu bilik latihan tarian aku tolak perlahan . kosong dan gelap . eh tak ada orang ke ? kalau ditengok semula jadual yang aku tulis semalam, pukul 1 tengahari iaitu saat ini adalah sesi latihan untuk music show yang dijemput .

tak apelah, aku tunggu je dalam bilik ni . mana suis lampu ?

tangan aku meraba dinding untuk mencari suis lampu , saat aku dah berjaya mengesan kedudukan suis dan sempat menekan suis tersebut , aku tersepak sesuatu menyebabkan aku jatuh tersembam . diikuti suara seseorang menjerit .

suara menjerit ?

lampu akhirnya menyala menerangi ruang bilik . mata aku membulat bak tayar lori apabila mendapati aku mendarat atas perut seseorang . siku aku betul betul bagaikan 'menikam' perut makhluk tersebut .

cepat cepat aku bangun dan membetulkan hoodie yang aku pakai . beberapa kali aku menunduk meminta maaf kerana telah melakukan perkara yang boleh mendatangkan marah lelaki ini .

" Tak reti nak bukak lampu dulu ke? " tegur suara itu kasar .

memang aku reti nak bukak lampu . masalahnya ni first rime aku cari suis dalam bilik ni . kalau aku ni mata kucing , nampak kau baring kat hujung dinding tu , dah lama aku tak sepak kau tadi . kau tu tak reti ke nak tidur kat asrama ? nak tidur kat sini , tak boleh ke bukak lampu dulu ?

aku hanya mampu membebel dalam hati . biarlah hempedu , jantung , dan buah pinggang aku aje yang mendengar luahan itu .

" maaf lah, saya tak nampak awak kat bawah tu . yang awak tak bukak lampu awal -awal kenapa ?" aku bertanya lalu menanggalkan beg sandang dan meletakkan objek itu di tepi dinding .

lelaki itu diam . mungkin tahu ada salahnya juga .

" Awak buat apa dalam gelap ni , Jungkook ?" aku sekali lagi memberanikan diri untuk bertanya pada lelaki yang bernama Jungkook ini .

aku terpandang beberapa batang pen dan pensil , beberapa helai kertas dan iPhone miliknya .

" Tak ada apa . yang kau datang sini awal - awal buat apa?" tanya Jungkook lalu duduk menyusun kertas kertas yang agak bertabur tadi dan dimasukkan ke dalam fail berwarna merah . pen dan pensil dikutip sebelum dimasukkan ke dalam bekasnya semula .

" semalam kata ada latihan pukul 1 ni . saya datang tengok tak ada orang pun , diorang lupa ke ?" aku menggaru kepala yang tidak gatal lalu melabuhkan duduk di atas lantai .

" dah aku ni bukan orang ?"

" Err.. " itu sahaja yang keluar . tak tahu apa nak balas.

" diorang bukan lupa , tadi diorang dah cakap nak makan dulu jadi ,kejap lagi sampailah ." kata Jungkook lalu mencapai iPhonenya.

" Oh, awak tak pergi makan ?"

" Tak."

aku mengangguk . aku kekoklah kalau berdua dengan dia ni . garang semacam aje . tahulah tak suka aku pun . jangan garang sangat pada aku .

" Kau dah makan ke? " Jungkook bertanya . oh tak ku sangka dia tanya aku sama ada aku dah makan ke belum .

" Dah, dengan kawan tadi . "

" Diorang ni lambat betullah . masa nak berlatih, mulalah sakit perut , penat , perut berat , ada ada aje. " aku hanya mampu melihat Jungkook membebel dengan comelnya .

" Jomlah berlatih dulu. " ajak Jungkook tiba tiba .

Huh? uh? dia ajak aku berlatih dulu?

" Lekaslah. " gesanya lagi .

aku bangun dan berdiri tak berkutik dengan melihat tubuh Jungkook menuju ke arah komputer di atas meja .

" aku nak bagitahu yang kita berlatih lagu ni untuk show dekat Music Bank minggu depan . jadi, masa kau nak berlatih dance ni singkat aje . kau tahu kan lagu comeback kumpulan kita baru baru ni ?" tanya Jungkook dengan mata masih di skrin komputer .

" Uhm, I Need U ? " ( Author akn gunakan lagu lagu yang past ya , anggap ajelah lagu RUN and Buttefly tu belum wujud lagi kat muka bumi )

" Ya betul tu . lagi satu comeback baru kita, Dope. "

" Dope ? oh comeback lagi ?" aku bertanya pula . berapa banyak comeback diorang buat ni ?

" Ya dah memang concept kumpulan ni dari dulu lagi , adakan dua comeback dalam satu album . kau kena tahu tu . " balas Jungkook acah cikgu di sekolah aku .

" Oh and tarian I Need U tu saya dah pernah tengok sebelum ni , tapi saya tak berapa nak boleh ikut . macam susah aje. "

" mana ada susah , lama lama senang lah . ikut aku ."

Lagu I Neeu U bergema di setiap ruang . Jungkook sudah mula bersedia , jadi aku ikut apa yang dia buat dari belakang . aku hanya melihat pergerakan hadapannya melalui pantulan cermin besar .

" I Need U girl . Neon areumdawo ~ "

mak aii , kena wave pulak . segannya nak wave .

" Jap jap , kau tak reti wave dengan penuh perasaan ke? cuba kau wave lagi sekali aku nak tengok . " Jungkook meng'pause' lagu dan berdiri menghadap aku .

alahai aku sebenarnya boleh wave , tapi kalau depan dia ni aku malu lah .

" cepatlah wave . tu point penting lah ."

" Ya ya. "

lalu aku dengan terpaksanya mengwavekan pinggang aku tiga kali . lalu aku berdiri tegak semula dan memandang wajah Jungkook dengan pandangan -amacam?-okey-ke-tak?

" Kau kena masukkan emosi tu sekali , baru dapat buat wave yang sempurna . macam ni, biar aku tunjuk contoh . " Jungkook bersuara sebelum bertindak megwavekan badannya di hadapan aku . wow, sangat shekshi ini oppa.

" kau cuba pulak ."

ish lagi sekali .

aku mengwavekan badan sekali lagi . tahan malu.

" boleh lah, dalam asrama nanti kau berlatih lah wave sampai badan kau lembut ." saran Jungkook .

" Jungkookiee ~~ "

terdengar suara dari arah belakang aku . Jimin, Suga , Rapmon, Jhope , Seokjin dan Taehyung masuk dengan air kotak di tangan .

" Oh (YN) pun dah ada . korang berdua buat apa ni ?" tanya Rapmon lalu mendekati aku dan Jungkook .

" Tadi Jungkook ajar saya dance lagu I Need U . heeee ." aku tersengih panjang .

" Dah kalau semua kat sini , jom lah berlatih . tak ada masa , disebabkan Seokjin hyung la, makan sampai enam pinggan . " rungut Taehyung lalu memeluk Jungkook dari belakang sebelum bergayut di belakang lelaki itu .

" heee mianhae ~ saranghae~ " Seokjin membuat muka comel ,

" Dah cepat ambik tempat. " arah Suga yang selalu dengan reaksinya . aku sampai dah biasa dengan riak muka garang dia .

" (YN) ah, saya rasa Jungkook pun dah mula nak selesa dengan awak , saya tumpang gembira. " bisik Jhope tiba tiba . aku tersenyum mendengar apa yang lelaki ini cakap .

" mana nak tempatkan budak (YN) ni? " suara Jimin dengan jari telunjuknya lurus ke hidung aku .

" Hm sir Seungdeuk tak ada , nampaknya kita kena guna idea kita sendiri lah ." balas Taehyung pula .

" Letak lah dia kat tengah tengah dulu , pandai pandailah kita tengok pergerakan tu macam mana jadinya ." arah Suga lagi lalu menarik aku ke tengah tengah . terkejut beruk jugak lah .

" Okay ready, "

Sesi menari bermula, punya susah jugaklah aku nak ikut gerakan diorang ni . uwaan mau patah tengkuk aku . dan aku tahu diorang pun susah jugak nak fikir gerakan aku untuk buat group ni nampak elok susunan tariannya.

tapi aku bersyukur jugak sebab akhirnya usaha kami berjaya !

first time aku nak kena menari atas pentas minggu depan . music bank lagi ! airgh takutnya beta .

~~~~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience