Bab 27

Fanfiction Completed 23158

Hoodie kelabu berkain tebal yang tersarung di tubuh aku dibetulkan sebaik sahaja aku bangun dari kerusi. Rarin yang aku tunggu dari dua jam tadi sedang berjalan ke arah aku dengan senyuman lebar. entah mengapa malam ini gadis itu berdandan dengan kemas sekali.

" Aku tahulah kau excited nak jumpa BTS tu. tapi tak perlulah kau berdandan secantik ni. " aku menegur lalu Rarin tersenyum lagi.

" Terima kasih sebab kau puji aku cantik. eh memang perlulah! aku nak jumpa Rapmon oppa! " serta merta pipi Rarin bertukar kemerahan. mengada pulak aku tengok kawan aku seorang ini, dengan blaus merah jambu paras bawah lututnya. aish! aku mengaku dia cantik, kerana dia kacukan Korea dan Jepun. walaupun rakyat di kedua negara itu nampak sama, tapi mereka tetap cantik.

" Dah. Jom kita pergi. Konsert tu aku rasa dah nak mula. tunggu kau lah ni! " Aku dan Rarin mula berjalan menuju ke simpang ke jalan raya. kami akan menaiki teksi untuk ke sana.

Aku mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandang ungu aku. iaitu mask hitam , cermin mata berbingkai dan satu topi berwarna putih. Rarin yang terlihat kelakuan aku itu menarik muka pelik.

" Kau nak buat apa dengan semua ni? takkan kau nak pakai kut? " Gadis itu menyoal.

Aku hanya mengangguk mengiyakan soalannya. aku memakai topi , mask dan cermin mata lalu menyarung pula kepala aku dengan hoodie.

" Dah nampak macam artis terkenal nak keluar curi curi dating dah aku tengok kau. " tegur Rarin membuatkan aku ketawa kecil.

" Aku tak nak ARMY kat konsert tu cam aku. jadi aku terpaksa buat macam ni. " jelas aku membuatkan Rarin mengangguk faham.

***

Suasana bingit menyentuh gegendang telinga aku sebaik sahaja kami melangkah masuk ke dalam konsert itu. Lautan cahaya yang terhasil daripada lightstick official BTS itu sungguh cantik di mata.

Rarin menarik tangan aku melintasi beberapa barisan ARMY untuk sampai di tempat kami yang sepatutnya. inilah kebaikan ada tiket VIP , dapat tengok artis dengan lebih dekat dan yang paling penting dapat duduk dengan selesa.

" Wah! aku tak sabar nak tengok diorang keluar! haha kau dah dengar lagu comeback diorang? Dasi-- " belum sempat Rarin menghabiskan nyanyiannya, suara ARMY menjerit apabila lampu stage dipadamkan memotong. aku tersengih di sebalik mask hitam aku.

sejujurnya, aku masih belum mendengar lagu comeback bekas kumpulan aku itu. entah bagaimana lagunya pun aku tidak tahu. dan hari ini aku akan dengar semuanya.

" Annyeonghaseyo ARMY! "

" WARGHHHH ARGHHHH !! " okay, itu ARMY menjerit bagaikan histeria. termasuk ARMY yang membeli tiket VIP. lagi lagi, seorang ARMY yang duduk bersebelahan dengan aku. sudah seakan akan roh bakal keluar dari tubuhnya.

Lampu stage perlahan lahan menyala semula. pentas yang tadinya kosong mula dipenuhi dengan tujuh orang lelaki berdiri dengan gayanya. melihatkan wajah mereka yang sekian lama tidak muncul pada pandangan , aku mula rasa nak menangis.

" Kita berjumpa lagi! saya rasa terharu sangat bila lihat ARMY yang sentiasa ke konsert yang kami adakan. terima kasih! " Seokjin bersuara dan suaranya bergema di setiap ruang bersatu dengan jeritan para peminat.

" Apa khabar semua! " Jimin menjerit lalu menghalakan mikrofon ke arah depan seolah olah memberikannya pada ARMY.

" BAIK!! " ruang bergema sekali lagi.

" okay tanpa melengahkan masa, sudah tiba masanya untuk kami mempersembahkan lagu pertama yang akan disampaikan. "

" I NEED U! "

para ARMY diserang histeria sekali lagi.

Music dimulakan sebaik sahaja mereka mengambil posisi masing masing. habis terimbas kembali segala kenangan aku sewaktu masih bersama mereka. kenangan sewaktu aku naik ke pentas dan terpijak Suga, kenangan aku bernyanyi di atas pentas dan tidak lupa juga kenangan dibaling susu basi. kenangan Suga melindungi aku . kenangan Jimin menjaga aku sewaktu aku diserang demam, kenangan Jungkook mengajar aku tarian I need U sementara menunggu ahli lain, kenangan sewaktu aku dilayan baik oleh Jhope dan banyak lagi kenangan yang bermain di fikiran seiring lagu I need U yang masih disampaikan oleh mereka. I miss you, guys.

Rarin pula mengganas sebaik sahaja part Rapmon rap. gadis itu menjerit jerit cuba melawan jeritan para ARMY yang lain.

Selepas 3 jam dan dalam 3 jam itu, BTS sudah mempersembahkan beberapa lagu lagu comeback mereka yang lepas lepas seperti War of Hormone, Boy in Luv, No more dream dan lain lain.

" wah, ARMY jjang! " Taehyung menayangkan thumbs upnya. alahai comel sangat . kecomelannya itu telah membuatkan seorang ARMY yang duduk di sebelah aku tadi menjerit sehingga terbatuk batuk.

" Sedihnya, kami akan sampaikan dua lagu terakhir bagi menamatkan konsert pada malam ini. harap kamu semua akan terus menyokong kami! " Suga tersenyum sebaik sahaja menghabiskan ayat.

" Terimalah! "

lampu stage dimalapkan seketika, mengundang jeritan histeria sekali lagi. alunan musik yang kedengaran nyaman di telinga bermula disatukan dengan paparan tulisan di skrin besar.

" BUTTERFLY . Produce by Pdogg, [ Hitman Bang, (YN) , Slow Rabbit. ] "

itulah tulisan yang terpapar di skrin. melihatkan nama aku disitu membuatkan aku hampir mengalirkan air mata sekali lagi. Macam mana mereka boleh tahu aku ada menulis lirik untuk lagu Butterfly ini?!

" eh, nama k--" cepat cepat aku menutup mulut Rarin. kalau ada yang terdengar macam mana? melihatkan anggukan faham daripada Rarin, aku melepaskan tangan aku dari mulutnya.

"Amugeotdo saenggakhaji ma,

Neon amu maldo kkeonaejido ma Ayo, oh

Geunyang naege useojwo, ye"

" Nan ajikdo mitgijiga anha

I modeun ge da kkumin geot gata

Ayo, oh

sarajiryeo hajima ."

aku menekup mulut walaupun aku masih memakai mask. aku terharu kerana mereka masih sudi menjadikan lirik yang aku tulis untuk dijadikan comeback mereka. malah, mereka membuat lagu itu indah didengari. kalau mereka jadikan lagu ini sebuah lagu Ballad Hiphop, bagaimana pulak lagu Run?

" mesti aku jatuhkan kertas itu sewaktu berjumpa Bang Pdnim dulu. " kata aku perlahan.

Para ARMY melambaikan tangan ke atas mengikut alunan lagu. aku pula sedang menahan perasaan. kalau diikutkan, mahu sahaja aku naik ke pentas dan memeluk mereka semua!

sebaik sahaja music lagu Butterfly tamat, disambung pula dengan musik yang lain. walaupun aku masih tertanya tanya, tapi aku yakin itu semestinya lagu Run.

" RUN . Produce by Pdogg [ Hitman Bang, (YN), SUGA, Rap Monster, V, Jungkook, Jhope. ] "

aku tidak dapat menahan air mata lagi. jadi aku biarkan ia jatuh. mereka benar benar telah buat yang terbaik. aku amat terharu, terharu yang amat sangat! melihatkan tarian yang dipersembahkan dengan lagu RUN itu, mood gembira aku bertambah.

tepukan gemuruh bergema di setiap ruangan sebaik sahaja persembahan RUN tamat. aku turut memberi tepukan atas kerja keras yang telah mereka lakukan.

" Terima kasih. sebelum kami turun dari pentas ni, saya ingin sampaikan sesuatu. " Jungkook bersuara sambil tangan kirinya mengelap peluh di dahi menggunakan sehelai kain yang diberikan staff tadi.

" saya harap.. um. " Jungkook menhentikan ayatnya. dia tersenyum nipis.

" (YN), saya harap, ah bukan. Kami harap awak ada disini. " mendengarkan ayat yang disampaikan oleh Jungkook itu, ARMY menjerit , suka maybe? ah kalau begitu, terharulah aku!

" (YN) ah! kalau awak ada disini, kami nak minta maaf. jujurnya, kami rindukan awak (kyaaaaaa) . terima kasih, terima kasih kerana telah buat lirik lagu yang dapat buat kami tertarik. awak memang berbakat! " Taehyung turut menambah.

para ARMY tak habis habis menjerit. dan aku pula disini dah tak tahan nak menangis.

" Terima kasih selamatkan saya, (YN) ah! saya nak sangat jumpa awak! " kali ini Suga pula .

" (YN) ah.. "

aku mengangkat muka sebaik sahaja suara yang aku sangat kenali bergema. wajah Jhope yang tak berapa jauh dari tempat aku, dipandang.

" Oppa nak jumpa awak. oppa harap awak sudi untuk jumpa kami lagi. (YN) ah! oppa tunggu! "

aku lantas tergelak kecil dalam menangis. sejujurnya, aku nak sangat jumpa mereka!

Seokjin ah, Jimin ah, Taehyung ah, Rapmon ah, Suga ah, Jungkook ah dan Jhope oppa, bila hari itu tiba, kita pasti berjumpa! percayalah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience