Bab 6

Fanfiction Completed 23151

Kedengaran nama aku dilaung sewaktu aku sedang melukis orang lidi atas kertas di kaunter. Kepala aku laju didongakkan memandang empunya suara.

"Kenapa sunbae ?" Aku bertanya Sungjae yang memandang ke arah aku.

"Tu ada orang nak jumpa. Dia kata dia tunggu kat dalam kereta. Yang itu." Jari telunjuk Sungjae menunjukkan sebuah kereta Audi hitam berkilat yang terparkir berdekatan restoran.

"Macam ada yang tak kena je. Kenapa nak jumpa dalam kereta pulak? Kenapa tak dalam ni je?" Kepala aku digaru.

"Banyak tanya pulak budak ni. Pergi je lah saya pun tak tahu kenapa. Cepat, nanti dia lama pulak tunggu awak." arah Sungjae tiba tiba.

Aku terus tak banyak cakap. Kaki dihayunkan mendekati kereta manusia yang nak jumpa aku tu. Apa yang dia nak ha?

Agak lama aku berdiri di hadapan kereta itu. Bayangan seorang lelaki dari dalam kereta membuat isyarat tangan mengarahkan aku masuk di tempat sebelah pemandu.

Pintu kereta aku buka lalu menyusup masuk ke dalam dan mata aku terus menyapa wajah seorang lelaki berusia dengan cermin mata hitam bertenggek atas hidung yang tak berapa mancung.

" Nuguseyo ? " aku mengangkat kening.

Lelaki itu terus menanggalkan cermin matanya. Aku tergamam sikit. Macam pernah tengok ahjussi ni.

"Annyeong. Bang Si-Hyuk imnida." Lelaki itu bertindak memperkenalkan dirinya.

"Oh." Itu je yang keluar dari mulut aku.

"Eh. (YN) imnida." Aku menyambung pantas.

"Oh (YN) ssi. Semalam saya tengok awak menyanyi dekat restoran awak kerja tu. Saya berkenan dengan antonasi suara, gaya, mimik muka awak so.. saya straight to the point je lah ya?"

"Haa silakan silakan."

"Saya berminat nak awak join syarikat rakaman saya." Katanya lancar.

Aku terpinga sekejap. Syarikat rakaman ? Apakah ?

"Apa nama syarikat tu?" Aku menyoal.

"BigHit Entertainment." Bang Pdnim tersenyum.

Aku mengangguk angguk. Apa aku nak jawab? Wahai otak yang ku kasihi, berjalanlah dikau.

"Saya tengok dulu macam mana?" Aku berkata.

"Okay saya boleh bagi awak masa nak fikir. Esok atau lusa saya hantar orang jumpa awak dekat sini. Tapi saya berharap sangat awak terima tawaran saya." Kata Bang Pdnim penuh pengharapan.

"Oh saya fikirkan dulu."

"Ne arraseo. Awak boleh pergi sambung kerja balik. Kamsahamnida." Bang Pdnim memakai semula cermin mata hitamnya.

"Ne." Aku turun dan menutup pintu. Langsung kepala aku kusut fikir jawapan apa yang perlu diberi esok. Tapi kan, ni tawaran emas! Ingat senang nak dapat macam ni?

Aku masuk ke dalam restoran dengan rambut serabai akibat dikusutkan aku tadi. Sungjae yang tadinya mengelap meja menghampiri aku.

"Ada apa? Kenapa? Cer cerita?" Sungjae bertanya.

"Banyak tanya pulak budak sunbae ni. Pergi buat kerja sana." Aku membalas dan serentak itu aku mendapat semburan sabun dari makhluk bernama Sungjae .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience