Bab 19

Fanfiction Completed 23151

melabuhkan duduk di sofa empuk selepas mengemas ruang dapur membuatkan aku tersenyum lega . penat jugak nak kemas dapur walaupun dapur tak besar pun . telefon bimbit yang berada di atas meja kopi pantas aku capai .

gambar aku berselfie bersama ahli Bangtan yang ditangkap oleh Jhope semasa rakaman Music Bank menghiasi wallpaper telefon aku . teringat pula segala kejadian yang tak diingini berlaku sewaktu itu . ah tak apalah , Jhope sudah khabarkan pada aku yang sesetengan Army yang sudah bertindak sebegitu sudah memohon maaf di laman media sosial twitter . sama ada ikhlas atau tak, itu aku tak tahu . biarlah.

aha! lupa pula aku .

aku lantas berlari ke bilik tidur . beberapa helai kertas yang agak berterabur di atas meja aku susun lalu di pin dengan pin kertas . aku mengukir senyuman sebaik sahaja mata aku terpandang bait bait ayat yang sudah aku tulis tadi .

" You're my hope. " aku berbisik pada helaian helaian kertas itu . tak, aku masih waras.

telefon yang aku bawa bersama aku tadi dibuka . nombor telefon seseorang aku dail lalu gajet itu aku lekapkan pada telinga . agak lama aku menunggu untuk empunya nombor mengangkat panggilan aku dan ..

" Oppa! "

hah angkat pun . kalau aku panggil oppa mestilah Jhope . tak ada orang lain dah .

" (YN) ah! wae telefon oppa malam malam ni? ada apa yang pelik ke di asrama? " tanya Jhope ramah seperti selalu.

" aniyo, oppa. sekarang oppa ada di mana? asrama?" tanya aku laju . helaian kertas yang masih aku pegang itu dipandang lagi .

" di bilik latihan . kenapa?" soal Jhope . mungkin pelik apabila aku tiba tiba menelefon dan terus bertanya keberadaannya sekarang .

" oh, okay!"

aku terus mematikan panggilan. dengan rasa teruja ,aku mencapai hoodie hitam yang tersangkut di kerusi lalu menyarungkan pada tubuh. aku membuka pintu untuk keluar namun aku terhenti di hadapan pintu . aku dapat rasakan kaki aku ada berlaga dengan sesuatu .

aku pantas menoleh ke bawah.

" eh apa ni?"

satu kotak kecil berwarna biru lembut aku capai . hiasan dan corak pada kotak tersebut meyakinkan aku ini adalah kotak berupa hadiah. wah! aku dah ada fans? hadiah dari fans pertama untuk aku ?

di hadapan pintu itu juga, aku buka kotak kecil itu . em? ada kad dan seutas rantai berbentuk satu simbol . macam kenal simbol ni . macam..

" simbol BTS? " aku agak tergamam melihat rantai itu , betul betul cantik! oh aku lupa pula dengan kad tadi . kad berwarna putih biru itu aku buka dan bait ayat yang tertulis itu aku baca dengan suara perlahan .

" Tahniah atas debut awak di Music Bank . awak sangat hebat! jangan kecil hati dengan sesetengah orang yang membenci awak. dari, BTS. "

BTS ? BTS HANTAR HADIAH NI PADA AKU? AKU DAPAT HADIAH DARI BTS ? RANTAI DARI BTS?

ya memang aku dah nak gila sekarang . tetapi aku masih boleh kawal perasaan teruja melampau aku itu . rantai yang masih berada di dalam kotak aku ambil lalu dipakaikan ke leher aku . wah! cantik sangat!

tanpa buang masa lagi , aku berlari menuju ke bilik latihan dengan membawa helaian kertas tadi dengan perasaan gembira . tak sabar nak tunjukkan ini pada mereka!

skip,

hanya beberapa langkah untuk aku sampai di hadapan pintu bilik latihan . wah berdebarnya .

" patut ke kita buat macam ni? dia baru sahaja debut beberapa hari lepas. tak akan tak ada peluang untuk dia? "

huh? langkah aku terhenti serta merta. suara dari dalam bilik latihan membuatkan aku tertarik untuk mendengar dari luar .

" kau kena jaga nama kumpulan kita juga, hobi . aku takut ada fan yang buat cerita sampai nama syarikat dan kumpulan kotor macam mana? "

" aku yakin tak ada fan yang sanggup buat macam tu. kalau namanya fan , mesti sokong apa tindakan kita kan? "

" tak semua manusia macam tu ."

" tapi aku ingat lagi dulu Suga hyung ada cakap . untuk tempoh 7 bulan sahaja dia boleh bersama kita , dua bulan pun tak sampai lagi. berilah dia peluang lagi. " aku kenal dengan suara ini . Suara Jhope oppa.

" Hobi hyung, Jungkook tahu hyung sayangkan dia macam hyung sayangkan kami, kan? Hyung kan terlalu friendly. Tapi betul jugak apa yang lain cakap. Tak semua fans yang sokong kita. "

Perlahan lahan aku rasa ada sesuatu yang mengalir di pipi aku. Dengan telinga aku sendiri aku dengar apa yang mereka bualkan .

Aku mengambil keputusan untuk berpatah balik . Rantai yang baru sahaja aku pakai tadi digenggam kemas . Helaian kertas yang aku bawa sekali juga dipandang kosong .

Nampaknya takdir aku untuk tak bersama BTS dengan lebih lama . Sia sia aku luahkan bakat aku untuk menulis lirik lagu . Ya, aku baru sahaja membuat lirik lagu untuk dipersembahkan pada mereka .

Aku dapat rasa BTS tak bahagia dan seronok seperti selalu sejak kedatangan aku .

Aku patut buat sesuatu .

Hanya ada satu jalan .

Ya, aku akan tarik diri dari kumpulan ini .

Mianhae Jhope oppa .

Mianhae BTS .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience